Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Langkah Kewangan Yang Korang Boleh Ambik Bagi Hadapi Covid-19

Updated 23 Jul 2020 – By Nursabihah Zainuddin



Bagi membendung penularan virus COVID-19 ni, kerajaan dah pun melancarkan perintah kawalan pergerakan (PKP) kepada semua rakyat malaysia. Walaupun terdapat sektor yang dikecualikan dari perintah kawalan gerakan ini, secara umumnya kebanyakan rakyat Malaysia turut terjejas. Bukan je dari segi pergerakan, tapi kewangan sekali. Jadi, apa langkah kewangan yang korang boleh ambik bagi menghadapi virus COVID-19 ni?
 

1. Wujudkan simpanan kecemasan



Kalau sebelum ni, korang rasa menyimpan tu tak penting, buat masa ni, korang dah nampak betapa pentingnya simpanan kecemasan bagi waktu yang tak dijangka. Adakah dah terlambat untuk korang menyimpan? Walau dalam keadaan ini, korang dah boleh mula amalkan dengan asingkan peruntukan bagi wang kecemasan walaupun sedikit jumlahnya.

Nak belajar menyimpan? Artikel ni boleh bantu korang: Azam Tahun Baru Nak Menabung? Nah, 7 Idea Untuk Menyimpan


Baru-baru ni, kerajaan kita dah umumkan lagi Bantuan Prihatin Nasional untuk membantu bagi mereka yang layak. Haaa masa ni la korang dah boleh mula simpan slow-slow daripada jumlah yang dapat. Tak banyak pun takpe, asal ada simpanannya.


 

2. Pelbagaikan sumber pendapatan: Offline dan Online




Bagi mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap, korang sangat digalakkan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan korang. Kebanyakan daripada kita mempunyai sumber pendapatan hanya dari satu sumber iaitu offline.

Apabila berlakunya perintah kawalan gerakan ini, bagi mereka yang tidak mempunyai sumber pendapatan lain, pastinya ini sangat struggle. Dalam waktu ini, cuba cari pendapatan secara online dengan menjadi ejen dropship, atau menawarkan perkhidmatan anda yang boleh dilakukan secara online. Sebagai contoh: menulis, khidmat tuisyen secara online dan sebagainya.

Paling koman, bagi korang yang menawarkan perkhidmatan yang tak boleh buat secara online, sentiasa update costumer korang dengan tips atau aktiviti berkenaan perniagaan korang. Sebagai contoh, mekanik boleh buat live di media sosial tentang baiki motor, pemilik restoran/ bakery boleh buat live memasak. Sekurang-kurangnya, korang boleh berinteraksi dengan pelanggan korang sementara menghadapi wabak ini.

 

3. Insurans perubatan/ income replacement

Kita mulai sedar pasal kepentingan insurans atau takaful ni dalam kehidupan terutamanya bila berlaku situasi yang tak dijangka seperti sekarang. Bagi mereka yang dah ada insurans, jangan lupa untuk update adakah polisi insurans korang cover bagi COVID-19 ni.

Bagi yang belum ada, korang dah boleh start survey insurans yang terbaik untuk korang. Apa yang penting, pastikan polisi insurans korang nak ambik ni sentiasa cover bagi situasi yang tak dijangka seperti COVID-19 ni.

 

4. Sentiasa semak bantuan kewangan/pembiayaan yang ditawarkan




Dalam menghadapi situasi ini, kerajaan dan juga pelbagai badan korporat sedang aktif bagi membantu rakyat dalam menghadapi situasi ini. Jadi, korang kena sentiasa kena alert manfaat kewangan yang korang boleh gunakan bagi menghadapi situasi yang mencabar ini

Nak tahu apa lagi bantuan kerajaan yang korang boleh dapat? Jom baca artikel kat bawah ni:
COVID-19: Senarai Bantuan Kewangan Yang Korang Kena Tahu

 

5. Kukuhkan pelaburan dengan memanfaatkan kadar faedah yang mengalami penurunan




Mesti korang tertanya-tanya, adakah ini masa terbaik untuk korang kukuhkan pelaburan dalam situasi yang sukar ni? Jawapan bergantung kepada keadaan kewangan korang kukuh atau tidak. Jika masih tak kukuh,simpanan kecemasan pun ada tak ada, jangan sesekali cuba untuk tambah hutang atau buat pelaburan

Kalau kewangan anda dah kukuh, dan korang yakin dengan kemampuan kewangan korang, sebenarnya masa ni adalah waktu yang terbaik untuk kukuhkan portfolio pelaburan korang. Dalam situasi sebegini, korang boleh buat pelaburan dekat beberapa pilihan aset untuk korang. Yang penting, pelbagaikan pelaburan dan jangan fokus pada satu pilihan je.

Kategori pelaburan yang boleh dibuat:

  • Pelaburan yang mudah cair: Mudah cair ni secara mudahnya senang untuk korang tunaikan. Contohnya, simpanan deposit tetap, simpanan ASB biasa, tabung haji. Boleh digunakan untuk ditunaikan dengan cepat kalau waktu kecemasan
  • Pelaburan yang boleh bagi income tambahan: Sebagai contoh, rumah sewa. Bank telah menurunkan kadar faedah, jika terdapat rumah dengan harga di bawah pasaran, mudah untuk dapat cashflow positif.
  • Pelaburan korang boleh jual balik: Contohnya, saham, unit amanah. Bila situasi kewangan dunia semakin gawat, harga akan jatuh. Manfaatkan situasi  dengan beli dengan harga yang murah, tapi pastikan kewangan korang kukuh dan mampu hold dan sesuai dijual balik dengan harga yang sesuai
  • Pelaburan yang boleh dicagarkan: Contohnya, hartanah, emas fizikal

Walau mungkin memakan masa untuk dicagarkan, tetapi boleh membantu bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan korang

Kami tahu, situasi ini sangat sukar bagi semua orang, bukan sahaja daripada segi kewangan, malah emosi dan juga perasaan. Semoga daripada situasi ini, rakyat Malaysia bukan sahaja bangkit daripada segi kewangan, malah bersatu dan bangkit kembali melawan situasi yang sukar bagi negara kita ini

Jangan lupa, #kitajagakita dan be safe everyone!

 
Teruskan Pembacaan...

Artikel Disarankan Untuk Anda

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2019

Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik di Malaysia 2020

 Moratorium Pembayaran Balik BNM: 4 Perkara Korang Perlu Tahu

Moratorium Pembayaran Balik BNM: 4 Perkara Korang Perlu Tahu

Garis Kemiskinan M’sia: Gaji Bawah RM4,850 Dikira Kumpulan B40?

Garis Kemiskinan M’sia: Gaji Bawah RM4,850 Dikira Kumpulan B40?