1. Pajakan (leasehold) vs Pegangan bebas (freehold)
Biasanya, pemilik rumah lebih suka tinggal di kawasan kejiranan freehold berbanding leasehold. Hak milik dalam hartanah freehold akan kekal dengan pemiliknya tanpa had masa melainkan dipindah milik secara sah kepada pihak lain.
Sebaliknya, leasehold adalah aset tetap dengan tempoh maksimum 99 tahun. Akhirnya, hartanah leasehold perlu dikembalikan kepada kerajaan atau jika pemilik semasa mahu menyambung tempoh sewa, mereka perlu membayar yuran tambahan.
Formula dibawah ni menunjukkan premium tanah kecuali bangunan yang dibina di atasnya. Menurut kepada Seksyen 7 yang bertajuk ‘Premium’ daripada Undang-undang Tanah Selangor 2003,
Premium = 1/4 x 1/100 x nilai pasaran tanah (per kaki persegi) x bilangan tahun untuk menyambung x keluasan tanah (dalam kaki persegi)
Sebagai contoh: Sekiranya hartanah kediaman 4000 kps di Damansara yang masih mempunyai baki pajakan sebanyak 20 tahun dan dinilai sebanyak RM 150 kepada setiap kps oleh Pihak Berkuasa, yuran pembaharuan pajakan akan dikena bayar sebanyak.
1/4 x 1/100 x 150 x (99 - 20) x 4,000 = RM 118,500
Harga hartanah freehold boleh berbeza dengan pajakan, contohnya ia boleh lebih tinggi atau rendah secara tanpa mengira tetapi ia terkenal diketahui bahawa biasanya hartanah pegangan bebas mempunyai prestasi yang lebih baik dari segi peningkatan modal pada jangka yang panjang. Hal ini terjadi kerana terdapat sebilangan jumlah pajakan yang besar.
2. Lokasi
Sumber imej: PropertyGuru Malaysia
Terdapat banyak faktor boleh dianggap sebagai lokasi yang baik kepada sesetengah individu. Jomlah kita tengok beberapa faktor di bawah.
a) Jarak dari Sekolah, Tempat Pekerjaan & Kedai runcit
Semakin dekat sekolah, tempat kerja, dan pusat membeli-belah dengan rumah korang, makin mahal la harganya. Lagi-lagi kalau ada shopping mall atau hypermarket dekat situ, harga rumah boleh naik sebab ramai orang suka kemudahan ni. Lagipun, kita rakyat Malaysia kan memang suka shopping!
b) Keselamatan
Dengan kadar jenayah yang makin tinggi sekarang ni, rumah dengan kawalan keselamatan jadi satu keperluan. Kalau kawasan rumah ada pagar, pengawal keselamatan, CCTV, dan landskap yang terjaga, harga rumah tu akan naik sebab kita semua nak rasa selamat dalam rumah sendiri.
c) Kualiti Alam Sekeliling
Sekarang ni, dengan pembangunan yang pesat, kawasan hijau macam taman atau pemandangan semula jadi dah makin kurang. Sebenarnya, masih ramai orang suka kawasan rumah yang ada pemandangan alam semula jadi, macam pokok-pokok atau kawasan hijau.
Jadi, disebab tanah untuk buat rumah makin sikit, bila pemaju pilih untuk tanam pokok atau buat taman, mereka kena korbankan tanah yang boleh dijual untuk rumah lain. Jadi, kos tu akan dimasukkan dalam harga rumah, sebab ada nilai tambahan daripada pemandangan yang lebih cantik dan hijau. Sebab tu, rumah yang ada kawasan hijau ni selalunya lebih mahal.
3. Aksesibiliti
Sumber imej: klia2.info
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang tak mampu untuk memiliki kenderaan sendiri, akses ke bandar atau sekitar bandar memang jadi satu masalah besar. Jadi, mereka lebih memilih untuk duduk di kawasan perumahan yang dekat dengan public transport. Sebab, bolehlah bergantung pada pengangkutan awam macam bas dan rapidkl untuk kemana-mana.
Lebuhraya pula adalah cara paling cepat untuk ke bandar. Sebab kita ni orang Malaysia memang suka cari jalan paling cepat, kawasan perumahan yang dekat dengan lebuhraya macam LDP atau Kesas memang lebih laku, jadi harga pun lebih mahal.
Bagi yang ada kereta, kita semua tahu betapa stress-nya cari tempat parking. Banyak minyak terbuang sebab pusing-pusing cari parking. Kawasan yang ada banyak tempat parking memang jadi lebih menarik.
Faktor aksesibiliti lain macam kemudahan rekreasi juga boleh menaikkan nilai hartanah. Lepas seharian belajar atau bekerja, semua orang nak relax. Apa lagi cara yang lebih best daripada ada kolam renang, gim, sauna, atau sudut BBQ yang dekat kan? Kemudahan-kemudahan macamni lah yang akan menaikkan harga rumah-rumah tersebut
4. Pembangunan pada masa depan
Sumber imej: Edgeprop
Kawasan yang dijangka akan berkembang dan jadi lebih maju pada masa depan biasanya kan jadi lebih mahal. Contoh, di Seksyen 13 Petaling Jaya, bila tanah yang dulu digunakan untuk industri ditukar jadi untuk komersial, harga kawasan tu terus naik.
Selain tu, ketersediaan tanah untuk pembangunan juga penting. Tanah kosong di bandar makin sikit, terutama di Lembah Klang, dan dengan populasi yang semakin bertambah, harga tanah pun semakin tinggi.
Lepas ni, korang dah boleh pilih hartanah dengan betul!
Secara umumnya, hartanah freehold yang terletak di lokasi yang strategik, mudah diakses, dan ada ruang untuk pembangunan biasanya akan terus naik harga. Tapi kalau gaji korang biasa-biasa je, korang tak boleh dapat semua tu sekali gus, jadi korang kena pilih mana yang lebih penting untuk korang prioritise.
Kalau korang berminat dengan kediaman bertingkat tinggi pula, ada beberapa perkara penting yang korang kena fikirkan sebelum beli. Jangan lupa baca artikel “4 Perkara Yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli Unit Kediaman Bertingkat Tinggi” untuk info lanjut!
Dan kalau nak beli rumah, jangan lupa guna alat perbandingan pinjaman rumah kami untuk dapatkan kadar yang terbaik!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca Jugak: