Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bajet 2019: 8 Perkara Yang Bagi Kesan Pada Anda

BY MK Zainal

Updated 05 Nov 2018




Bajet 2019 baru je selesai dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Video pembentangan disiarkan secara live kat Facebook, yang korang masih boleh tonton kat sini. Tapi kalau korang takde dua jam untuk dihabiskan, kat sini kami tolong senaraikan 8 perkara yang memberi kesan kepada kebanyakan pengguna:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Pas tanpa had untuk hampir SEMUA pengangkutan awam 

Bermula Januari 2019, kerajaan akan memperkenalkan pas tanpa had bagi semua perkhidmatan tren pada harga RM100, dan satu pas lain untuk bas RapidKL pada harga RM50. Skima ini akan dikembangkan buat perkhidmatan bas yang lain secara berperingkat.

Selain tu, kerajaan juga memperuntukkan RM20 juta untuk meningkatkan perkhidmatan bas percuma, GoKL.

Prasarana juga dijangka akan menaiktaraf lagi sistem pengangkutan awam di Malaysia. Lepas ni mungkin lagi ramai yang tinggalkan kereta kat rumah dan naik tren dan bas je. Bukan je boleh jimat minyak, malah jalanraya kurang sesak dan pencemaran pun berkurang.

2. Subsidi 30 sen untuk minyak petrol RON95

Bermula pada penggal kedua 2019, subsidi ini akan dikenakan pada kereta yang mempunyai kapasiti enjin bawah 1.5L dan motor di bawah 125 cc. Kiranya sistem ni "mengenakan cukai" pada yang lebih kaya, dan cuba mengurangkan beban bagi rakyat yang berpendapatan lebih rendah. 

Cumanya, subsidi ni dihadkan sehingga 100 liter buat kereta dan 40 liter untuk motorsikal. Satu lagi benda yang potong stim adalah harga RON95 akan kembali diapungkan. Mungkin perkara ni akan bagi lebih sebab untuk korang guna pengangkutan awam.

2. Subsidi bagi bil elektrik ditambah kepada RM40

Subsidi kerajaan bagi bil elektrik RM20 ke bawah kini ditingkatkan kepada RM40 ke bawah. Jadi rajin-rajinlah tanggal semua plug perkakasan elektrik yang tak digunakan. Dan malam-malam tu kalau tidur sorang, tak payah pasang lampu dan kipas pun takpe, tidur pakai boxer je sudah.

Perlu diingat yang subsidi ni hanya diberikan bagi mereka yang betul-betul memerlukan, iaitu yang berdaftar dengan program e-Kasih. Jadi kalau korang tau siapa-siapa yang miskin tapi belum berdaftar, pakat sebarkan berita ni.

4. Bantuan keluarga diteruskan sehingga RM1,480

BR1M kini diganti dengan Bantuan Sara Hidup (BSH). Same-same but different, bezanya adalah pada jumlah bantuan tu je. Ini senarainya:

  • Bagi yang bergaji RM2000 ke bawah, mereka layak dapat bantuan sebanyak RM1000.
  • Bagi yang bergaji RM2001 hingga RM3000, mereka layak dapat bantuan sebanyak RM750.
  • Bagi yang bergaji RM3001 hingga RM4000, mereka layak dapat bantuan sebanyak RM500.
  • Bantuan sebanyak RM120 akan diberikan bagi setiap anak, terhad kepada empat orang je.

Jadi katankanlah gaji korang bawah RM2000 dan korang ada empat orang anak, jumlah bantuan adalah RM1480. Jumlah ni lebih banyak daripada BR1M iaitu hanya RM1200, kata LGE sambil tersengih tempe.

Selain tu, BSH juga turut diberikan bagi anak kurang upaya bawah 18 tahun iaitu sebanyak RM120 seorang, dan tak dikenakan sebarang had bagi bilangan anak.

5. Pulau Pangkor akan jadi pulau bebas cukai

Dalam usaha untuk meningkat industri perlancongan, Pulau Pangkor akan dijadikan sebagai pulau bebas cukai. Pada masa yang sama, status Pulau Langkawi pun akan dikembangkan.

6. Spotify, Netflix dan Steam akan dikenakan cukai

Bermula 1 Januari 2019, cukai perkhidmatan akan dikenakan kepada servis luar negara termasuklah perisian, muzik, video, atau apa-apa bentuk barangan digital. Ini termasuklah Spotify, Netflix dan Steam.

Sebenarnya bukan khidmat untuk pengguna je yang kena. Cukai barangan import turut ditambah. Menurut LGE, usaha ini adalah untuk mengimbangkan persaingan antara barangan tempatan dan antarabangsa. Jadi apa kata korang berhenti langgan servis-servis tadi dan sokonglah produk buatan Malaysia. Tak payah Netflix atau Spotify, marilah kita amalkan kembali budaya membaca dengan buku-buku keluaran Fixi dan GerakBudaya. (Cadangan je ye, jangan marah...)

7. Cukai gula diperkenalkan

Bermula April 2019, kerajaan akan mengenakan cukai eksais sebanyak 40 sen seliter bagi minuman bergula. Korang tau tak hampir separuh rakyat rakyat Malaysia menghidap obesiti? Jadi kalau korang dah lama tanam niat nak amalkan gaya hidup sihat, inilah masanya. Mungkin tahun depan kita boleh tengok orang Putrajaya kurus-murus belaka.

Cukai ini terbahagi kepada dua kategori: Minuman yang mengandungi gula atau pemanis lain yang melebihi 5 gram setiap 100ml; dan jus buah dan jus sayur yang mengandungi gula melebihi 12 gram setiap 100ml.

8. Merokok tak lagi dibenarkan di kawasan awam

Pengumuman ni yang paling banyak mendapat tepukan para pengomen di Facebook sebab mereka tak perlu lagi menghidu asap tanpa rela di mamak, di restoran, dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

Bagi yang kuat merokok pulak, mereka diam dan mengiyakan je la pengumuman ni, termasuklah tiga penulis kat Loanstreet. Mungkin lepas ni kami berhenti je terus. RM18 sekotak tu baik buat kumpul beli baju raya tahun depan.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes