Syarikat tempatan memberikan kadar kenaikan gaji dan bonus yang rendah pada tahun 2018 berbanding pada tahun sebelumnya. Sebanyak 92.4% responden (eksekutif) diberikan kenaikan gaji berbanding 94.3% pada tahun 2017; dan 92.7% berbanding 94.6% pada tahun 2017 bagi bukan eksekutif.
Tapi, bila masuk bab bonus, sebanyak 78.2% responden diberikan bonus untuk eksekutif berbanding 77.7% pada tahun 2017. Bagi bukan eksekutif pulak, 78.7% bonus diberikan pada tahun 2018 berbanding hanya 76.9% pada tahun 2017. Kalau korang ni salah seorang yang terima kenaikan atau bonus tahun ni, tak pun akan dapat durian runtuh tak lama lagi, min ucapkan - TAHNIAH!

Ni lah masanya untuk korang fikirkan percutian yang dah lama tertunggak tu, takpun sebijik iPong yang dah lama sangat korang idam-idamkan. Mesti korang nak self-reward jugak kan? Yela... dah penat kerja keras kot, tapi ada baiknya jugak kalau korang gunakan bonus tu untuk jangka masa panjang. Ok... min bagi contoh kat bawah ni:
1. Settlekan segala pinjaman
Sebahagian besar bonus korang patut digunakan untuk apa-apa hutang jangka pendek macam kad kredit dan pinjaman peribadi. Hutang jangka pendek mempunyai kadar faedah paling tinggi, jadi kalau bayar cepat-cepat, takde lah korang kena hadap faedah untuk masa yang lama.
Sekiranya korang takde sebarang hutang jangka pendek, gunakan duit tu untuk bayar pajak gadai (kalau ada lah). Penurunan hutang pajak gadai akan kurangkan kadar faedah yang dikenakan. Jom kita tengok contoh kat bawah ni:

Harga Pembelian | RM300,000 |
---|---|
Jumlah Pinjaman | RM270,000 |
Tempoh | 30 tahun |
Kadar Faedah | 5% setiap tahun |
Ansuran Bulanan | RM1,449.42 |
Jumlah Pembayaran | RM521,790.62 |
Jumlah Faedah | RM251,790.62 |
Untuk kurangkan kadar faedah yang dicaj, korang boleh bayar ansuran bulanan lebih daripada RM1,449.42 dengan gunakan duit bonus tu. Bayaran extra ni akan kurangkan jumlah prinsipal pinjaman korang dan secara langsung kurangkan kadar faedah. Apa yang korang buat ni dikenali sebagai kaedah reducing balance. Check sini kalau nak tahu macam pengiraan kaedah ni.
2. Simpanan kecemasan
Sumber imej: Majalah Labur
Simpanan jenis macam ni bergantung kepada keperluan setiap individu atau ikut jenis matawang (ringgit atau dolar) dan mengikut berapa banyak jumlah perbelanjaan boleh di'cover' oleh simpanan tu. At least, korang kena ada simpanan 4 hingga 6 bulan gaji yang boleh korang gunakan kalau ada berlaku apa-apa yang tak dijangka.
Duit ni pun boleh korang gunakan in case hilang kerja atau jatuh sakit. Selain tu, korang jugak boleh gunakan simpanan ni sebagai suatu bentuk pelaburan mudah tunai (high liquidity) dan kemudahan kewangan yang selamat macam Amanah Saham Bumiputera atau simpanan tetap. Semua jenis instrumen kewangan ni akan pastikan korang sentiasa ada tunai bila hadapi krisis kewangan. Jadi, kalau korang masih berusaha untuk buat simpanan, boleh je guna kredit kad sebagai altenatif lain dalam perbelajaan, itu pun kena guna dengan betul tau.

3. Perlindungan insurans
Sumber imej: investopedia
Kalau korang masih takde perlindungan insurans, ni lah masa terbaik untuk beli. Bagi yang baru mula kerja dan bergantung sepenuhnya dengan insurans syarikat, gunalah bonus tu untuk beli insurans perubatan jugak. Yang dah berkahwin dan berkeluarga, pastikan korang ada insurans perubatan dan insurans hayat yang cukup untuk tampung orang tersayang k.
4. Pelaburan (jangka pendek)
Korang memang rugi kalau letak duit bonus dalam akaun simpanan sebab kadar inflasi jauh lebih tinggi dari faedah yang diberikan oleh bank. Dah tu nak labur kat mana pulak? Kalau korang ni baru nak join dunia pelaburan, baik start buat portfolio dulu. Dengan pasaran saham yang tak menentu dan pilihan saham yang terlalu banyak mungkin akan buat korang rugi. Sebab tu lah korang kena belajar betul-betul ilmu pelaburan sebelum start. Kalau nak lagi best, melabur lah dalam amanah saham sebab lagi selamat.
5. Simpanan persaraan (jangka panjang)
Kumpulan Wang Simpanan Persaraan (KWSP) dah semak semula jumlah Simpanan Asas kepada RM240,000 bermula 1 Januari 2019 bagi Skim Pelaburan Ahli (MIS). Maksudnya korang kena letak lagi banyak duit persaraan untuk jaminan masa depan. So, kan lebih baik kalau korang labur dalam produk yang ada pulangan macam saham, amanah saham, skim persaraan swasta (PRS), insurans berkaitan pelaburan, anuiti, hartanah dan bon.
Contoh, kalau korang letak RM50,000 dalam mutual fund dengan kadar kenaikan sebanyak 8% setahun selama 20 tahun, jumlah keseluruhan yang korang akan terima adalah sebanyak RM230,000, fuh... hampir cecah jumlah simpanan minimum yang KWSP rekomenkan.

6. Pelaburan untuk diri sendiri
Sumber imej: Leaderonomics.com
Gunakan duit bonus tu untuk improve diri korang macam beli buku, kelas, sambung study dan belajar skil-skil baru. Semua ni boleh bantu 'market'kan diri korang dalam alam pekerjaan dan kerjaya jugak. Adanya skill dan ilmu yang cukup, bolehlah bukak bisnes yang boleh bantu kewangan korang pada masa depan
7. Enjoy lah sikit
Tak guna jugak kalau duit titik peluh tu guna untuk bayar hutang je. Takkan lah sikit pon korang tak merasa, kan? Tak salah pun nak berbelanja, tapi yang paling penting biarlah berpada-pada. Boleh je pergi cuti-cuti Malaysia dengan orang tersayang atau melancong je kat overseas.
Jadi, mana satu nak fokus ni?
Tu semua bergantung pada apa yang korang utamakan atau pun boleh je nak buat semua. Katakan bonus korang sebanyak RM10,000, bajetkan duit tu ikut jadual kat bawah ni:
Peruntukan | Peratusan | Amaun (RM) | Keterangan |
---|---|---|---|
Hutang | 35% | 3,500 | Jangka masa panjang atau pendek |
Simpanan/Pelaburan | 15% | 1,500 | Simpanan kecemasan |
10% | 1,000 | Jangka pendek | |
15% | 1,500 | Persaraan | |
Insuran | 10% | 1,000 | Insuran perubatan/insuran hayat |
Hiburan | 15% | 1,500 | Hiburan/Percutian |
Jumlah | 100% | 10,000 | - |
Nota: ni semua gambaran kasar je.
Korang kena ingat tau benda ni pilihan masing-masing. Terpulanglah macam mana korang nak belanjakan bonus tu. Korang jugak mampu kecapi kebebasan kewangan lebih awal dari orang lain, itu pun kalau korang plan betul-betul.
Baca Jugak: