Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

“Wei, keje semua dah settle tapi KLIEN STILL LIAT NAK BAYAR PAYMENT!”

BY Nisya Aziz

Updated 25 Feb 2019




Kalau korang seorang freelancer atau kenal member yang buat kerja freelance, mesti korang dah biasa dengar masalah ni: 

Korang dah bersusah payah buat untuk client ni, tak miss deadline, kerja semua dah settle, invois pun dah hantar pastu… SENYAP - takde khabar berita. Berpuluh emel dah dihantar, siap call lagi untuk follow up dan klien asyik bagi alasan sama. Dorang cakap tak lama lagi payment masuk tapi sampai kesudah balance duit kat bank tu sama je rupanya. Ni memang bikin panas hati.
 
Memang tak kelakar okay kalau dapat klien yang liat nak bayar payment ni. Ada yang sampai sudah tak bayar-bayar. Mana boleh kasi muka macam ni - orang lain pun nak cari makan jugak. Nasib baik lah kita ada undang-undang kat negara ni. Walaupun cam leceh sikit proses dia, perkara ni lagi bagus daripada tak buat apa-apa dan membawang sana sini.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Bila cakap baik-baik tak jalan, fail saman tuntutan kecil 



Kalau amount payment kerja freelance yang tak dibayar tu kurang dari RM5,000, korang boleh bawak perkara ni ke Mahkamah Majistret melalui prosedur tuntutan kecil (di bawah Aturan 54 Prosedur Tuntutan Kecil Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980).

Mesti korang fikir benda ni kena pakai banyak duit sebab nak hire lawyer bagai. Salah ye konsep tu. Kalau korang nak tahu, prosedur tuntutan kecil ni  berbeza daripada menyaman seseorang. Untuk nak buat tuntuan kecil ni korang tak perlukan peguam dan proses dia lagi senang dari saman orang yang biasa kita dengar. 

 

So, camne nak fail prosedur tuntutan kecil ni?

1. Pergi mana-mana Mahkamah Majistret yang terdekat. Cari kaunter pertanyaan dan tanye kakak/abang kerani kat situ sambil senyum, “Hai, kat mana boleh saya dapatkan borang saman tuntutan kecil (Borang 164)?”. Percuma je borang tu.

2. Pastu, isi borang tu dengan TELITI mengikut arahan - nama, nombor IC, alamat. Dorang jugak perlukan maklumat yang sama diperlukan untuk pihak defendan (orang yang korang buat tuntutan tu. Selain tu, korang sebagai plaintif  kena bagi butiran mengenai tuntutan dan fakta penting yang boleh back up perkara ni.

3. Lepas dah settle tu, tandatangan borang tu dan serahkan kat kaunter pendaftaran. Ada fi mahkamah yang korang perlu bayar untuk pendaftaran borang tu, tak mahal pun - RM30 je.



4. Borang tadi akan dimeterai dan perlu dihantar kepada client korang (si defendan) secara serahan tangan atau pos. Kami syorkan korang guna Pos Ekspres sebab mahkamah nak bukti yang saman ni dah dihantar. Kos dia selalunya dalam linkungan RM3 ke RM4.50 (bergantung pada berat dan ketebalan dokumen tu). Kalau nak buat serahan tangan pun boleh, cuma kena mintak tanda tangan sengai bukti. Nak pulak klien tu nak layan tanda tangan surat saman korang? Fikirlah sendiri.

5. Tarikh pendengaran akan di set.

 

Lepas tu, apa jadi?

6. Klien korang kena bagi respons dorang. Kalau dorang rase dorang tak salah, dorang boleh nafikan tuntutan tu dengan memfailkan Borang 165 dan jelaskan kenapa dorang tak nak buat bayaran. 

7. Semasa pendengaran tuntutan kecil ni, korang perlu buktikan tuntutan anda terhadap klien. Proses itu termasuk menyerahkan dokumen dan keterangan lisan dari kedua belah pihak - plaintif dan defendan. 

Contohnya, kalau korang seorang pereka grafik bebas, korang perlu mempunyai dokumen seperti sebut harga, invois dan salinan kerja yang lengkap. Klien korang juga perlu memberikan bukti yang sama. Kalau korang takde kontrak perkhidmatan yang betul, korang boleh menggunakan emel/mesej whatsapp yang yang mengandungi fakta yang diperlukan sebagai bukti.

8. Selepas mendengar kedua-dua belah pihak, majistret kemudiannya akan membuat keputusan, samada untuk membenarkan atau menolak tuntutan tu.



9. Kalau klien korang offer untuk selesaikan masalah ni sebelum pendengaran dan korang rasa korang boleh percayai orang itu  lagi lepas semua perkara yang telah korang lalui, korang boleh menerima offer tu dengan menulis surat penerimaan kepada klien. Jangan lupa untuk hantar salinan surat korang tu ke mahkamah sekali. Kes korang akan dianggap ditarik balik. Satu je kami nak nasihat: Jangan percaya dengan semua cerita sinetron yang klien korang bagi. 

10. Kalau klien korang tak hadir masa pendengaran, mahkamah boleh berikan pertimbangan untuk korang. Yey!

11. Kalau korang menang kes itu, majistret akan bagi korang tuntut secara keseluruhn atau sebahagian daripadanya. Selain tu, korang boleh tuntut kos lain macam yuran mahkamah dan pos; yang penting tak melebihi RM100.

 

Tapi kalau klien tu macam tak makan saman - masih tak bayar, macam mana pulak?



12. Kalau klien korang tu masih buat loqlaq , tak bayar payment lagi, koramg boleh pergi balik ke Mahkamah Majistret dan failkan kes korang. Gunakan Borang 174. Prosesnya sama macam koramg first time failkan kes tu. Pastu hantar notis kepada klien korang menggunakan pos.

12. Klien korang perlu hadir di mahkamah pada tarikh yang ditetapkan untuk menunjukkan sebab melainkan dia dah selesaikan hutang tu dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis. Kalau defendan tak hadir di mahkamah macam yang diperintahkan, waran tangkap akan dikeluarkan oleh Majistret.

13. Di mahkamah, Majistret mempunyai 3 pilihan untuk sekolahkan klien korang:
  • Beri  lebih banyak masa untuk selesaikan penghakiman atau memberikan pembayaran secara ansuran.
  • Perintah writ penyitaan dan penjualan. Ini bermaksud seorang bailif akan menilai barangan defendan, merampasnya dan melelongnya. Hasilnya akan digunakan untuk membayar hutang korang.
  • Perintah klien korang untuk dipenjarakan.
 

Dalam situasi apa lagi yang korang boleh gunakan prosedur tuntutan kecil ni?

Selain tidak dibayar untuk kerja freelance korang, korangk juga boleh failkan tuntutan kecil ni untuk dapatkan wang bayaran balik untuk pembelian barangan yang rosak, tuntutan untuk komisen yang sepatutnya dibayar, tuntutan untuk pembayaran perkhidmatan yang diberikan, kemudahan yang dibekalkan, atau pembaikan yang dilakukan tapi tak dibayar; atau bila kawan korang pinjam duit, tapi buat bodoh bila time nak kena bayar.

Apa-apa pun, sebelum korang  teruskan tuntutan korang, pastikan korang dah hantar surat warning terlebih dahulu terlebih kepada pihak yang berhutang dengan korang dengan mengancam tindakan mahkamah dan menetapkan masa untuk dorang buat pembayaran. Bila nampak macam orang tu buat tak tahu, teruskan niat koramg untuk failkan kes korang di mahkamah.
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)