1. Risiko kewangan
Semua usahawan perlu risikokan kewangan peribadi mereka tanpa ragu-ragu. Biasanya, setiap bisnes memerlukan modal permulaan, dan modal ni selalunya datang dari poket usahawan sendiri—kecuali kalau nasib baik, ada yang sudi support. Tak ada jaminan untuk dapat balik modal tu.
Selain tu, perkara yang paling ditakuti oleh usahawan adalah ketidakpastian pendapatan. Bila kos tetap setiap bulan dan pendapatan tak cukup untuk cover semua, gulung tikarlah jawabnya. Kebanyakan usahawan terpaksa berdepan dengan situasi ni, sama ada dengan menangguhkan gaji atau cari jalan lain untuk teruskan bisnes. Nak jangka aliran tunai di masa depan pun susah, dan nenda ni boleh buat usahawan susah tidur malam!
Kemudian terdapatnya leverage agar dapat melihat sama ada untuk memulakan perniagaan atau melanjutkan landasan. Terdapat sebahagian usahawan akan meletakkan semua kewangan peribadi mereka untuk membiayai semula kediaman mereka atau mendapatkan bantuan daripada pinjaman peribadi dan kredit mikro. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan usahawan gagal.
2. Rakan kongsi tak beri kerjasama
Terdapatlah satu pepatah “Tiada apa-apa yang hebat adalah untuk mencapai diri sendiri”. Terdapat kebanyakan usahawan akan berniaga dengan rakan kongsi agar dapat berkongsi tanggungjawab dan bersama-sama mendapatkan hasilnya.
Kalau dapat rakan kongsi yang saling memahami tu okaylah, tapi kalau dapat yang suka lepas tanggungjawab dan kerja sambil lewa tu macam mana pula? Tambah lagi, kalau rakan kongsi korang ada melakukan jenayah atau melanggar undang-undang, nama korang pun akan tercemar sama nanti.
Malang sekali, rakan kongsi tidak akan mudah disingkirkan atau digantikan macampekerja biasa. Walau bagaimanapun, aturan mungkin adalah berbeza daripada kes yang berlainan. Sebab, rakan kongsi pun akan mempunyai pemilikan dan hak untuk bersuara bagaimana perniagaan akan menjalankan. Jadi, kalau nak singkirkan rakan kongsi korang dari bisnes, korang kena buat pembelian semula saham, atau korang sendiri yang tarik diri!
Tengoklah apa jadi dekat Zuckerberg dan Eduardo Saverin di Facebook.
3. Komitmen dan ketegangan gaya hidup
Pastikan korang mempunyai komitmen yang tinggi dan sanggup mengorbankan masa dan gaya hidup korang sekiranya korang menceburi ke dalam perniagaan diri sendiri. Sesiapa yang ingin mendapatkan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan perlulah berfikir betul-betuli. Agak tak sesuai untu korang yang dah berkeluarga sebab korang memang akan kehilangan banyak masa.Senang cerita, takde masalah kalau korang pandai bahagikan komitmen pada bisnes dan diri sendiri.
Selain pandai jaga komitmen, korang juga kena pandai mengawal stress korang. Sebab stress ni lambat laun akan mengganggu kualiti hidup korang. Kami sarankan korang kerap berjumpa doktor untuk dapatkan terapi.
4. Menjejaskan perhubungan
Selalunya, usahawan berpengalaman akan nasihatkan untuk elak bekerja dengan rakan atau saudara mara rapat. Tapi, normal bagi kita untuk ambil orang yang kita rapat untuk bantu ketika mula berniaga. Cuma, kena ingat, proses ni memang penuh tekanan dan boleh buat hubungan jadi tegang. Jadi, tak peliklah kalau ada hubungan yang jadi renggang lepas ni.
5. Selalu berkeseorangan
Usahawan akan merasa tekanan dan cabaran dari pelbagai sudut. Contohnya, usahawan sangat susah nak buat kawan dan selalu kesepian. Bagi mereka, mereka susah nak cari seseorang yang boleh relate dengan diri mereka. Selain itu, mereka susah nak ada masa untuk keluarga, apatah lagi masa untuk kawan-kawan.
6. Menjaga Reputasi
Untuk pastikan bisnes terus berjaya, usahawan kena menjaga reputasi diri mereka dan juga bisnes mereka. Kalau berlaku silap sikit, memang padahlah. Usahawan perlu berhati-hati dan pastikan tidak melanggar kontrak, mungkir janji atau kecewakan pelabur.
Mereka kena berkomunikasi dengan jelas dan jujur, dan pastikan setiap tindakan dibuat dengan pertimbangan yang teliti. Reputasi yang baik bukan saja penting untuk kekalkan pelanggan sedia ada, tapi juga untuk menarik pelanggan dan pelabur baru. Jadi, jagalah nama baik dan pastikan bisnes terus berjalan lancar!
Jadi, adakah korang dah bersedia?
Pastikan korang ada keberanian kalau korang nak jadi usahawan. Walaupun usahawan dapat banyak cabaran tapi akhirnya cabaran tersebut boleh dijadikan pengalaman dan tauladan
Semoga berjaya dan terus berjuang menjadi usahawan.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: