Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nak Jana 2K Jual Baju Bundle Online? Ni 7 Tips Untuk Korang Start!

BY Nor Aziah

Updated 30 May 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

 

Korang ingat tak kisah brader yang pernah viral kat sosial media bukak bisnes jual baju bundle bermodalkan RM100 je, mampu beli rumah untuk keluarga. Umur baru nak cecah 20 tahun dah boleh hidup senang-lenang. Apa tu bisnes bundle dan untung sangat ke bisnes ni?

Bisnes pakaian bundle ni maksud dia jual pakaian terpakai, preloved atau vintage. Pakaian tadi tu akan dikumpul dan dibungkus dalam guni untuk dipasarkan, sebab tu wujudnya istilah ‘bundle’. 

Bisnes ni bukanlah satu bende yang asing. Ramai yang mula jual bundle sebab modal dia rendah tapi pulangan duit berganda-ganda. Bayangkan dengan kos RM200 korang boleh untung sampai RM2,000!

Lagi-lagi masa mula musim Covid, makin ramai yang pilih untuk jual pakaian bundle secara online. Boleh buat duit lebih sikit, kan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?





Sumber: Harian Metro

Camne nak start kedai bundle secara online ni?


1. Tahu target pasaran untuk pakaian yang korang nak jual

Sebelum mulakan apa-apa bisnes korang kena set dulu target pasaran korang. Sangat penting untuk tahu dulu pelanggan berpotensi untuk nilai pakaian terpakai yang korang nak jual. Kebiasaanya peminat baju bundle terbahagi kepada dua iaitu jenis layan pakaian bundle yang rare je (pasaran niche) atau yang jenis tengok brand semasa seperti H & M, Uniqlo, Topshop dan Zara (pasaran massa)

Semestinya banyak pelanggan akan cari brand semasa kerana barangan bundle dari jenama ni lebih murah berbanding dalam store. Contohnya, harga jeans dekat Zara boleh cecah RM200, tapi dekat bundle boleh dapat bawah RM30. Korang akan dapat lebih banyak pelanggan kalau korang target pelanggan dari golongan ni.

Tapi...jangan abaikan peminat bundle rare. Sebab golongan ni akan bayar lebih untuk item limited yang diminati dalam pasaran. Ada yang sampai sanggup beli sehelai jaket berharga RM1,000 sebab nilai original dan faktor item tu terhad! 

Korang WAJIB letak fokus target market yang sesuai ikut jenis peminat bundle, baru lah senang untuk korang buat keputusan nak cari supplier bundle mana yang elok samada nak cari item rare atau item yang senang nak dapat.

2.  Lepas dah tahu target pasaran korang, rajinkan diri test market dulu

Bila dah tetapkan target pasaran korang, dinasihatkan untuk korang cuba dulu jual pakaian terpakai tanpa keluarkan modal. Maksudnya kat sini cuba dulu jual pakaian lama milik korang sendiri, baju tu duduk dalam lemari lelama pun tak guna kan kalau dah tak pakai.

Cuba dulu jual dekat Instagram, Facebook atau Tiktok peribadi korang. Usha dulu keadaan tengok baju korang dapat sambutan ke tak. Bila dah start ada permintaan secara konsisten, baru korang boleh start jual secara serious!

3. Kena daftar dulu bisnes online!

Dah seronok-seronok nak start bisnes bundle, jangan lupa pulak daftar dulu bisnes korang dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kalau korang nak tahu, tak kiralah kedai fizikal atau online dedua ni WAJIB daftar SSM. Untuk elak pelanggan dari kena scam, KDPNKK dah tetapkan semua peniaga-peniaga untuk daftar SSM. Jangan buat main tau, kalau korang tak patuh boleh kena denda RM5,000!

Korang boleh daftar secara online dekat laman web EzzBiz Online. Korang just kena isi butiran peribadi serta maklumat penting bisnes korang. Bila dah selesai, korang akan dapat nombor SSM unik untuk korang letak dekat kedai online masing-masing.

 

 


4. Pilih kos modal yang sesuai dengan poket korang

Korang kena pilih jumlah modal yang korang mampu untuk invest. Ini semua bergantung kepada jumlah dan jenis guni pakaian bundle yang korang nak jual. Biasanye range harga untuk satu guni pakaian bundle dewasa berharga dalam RM200 keatas.

Bagi yang nak keluar modal sikit je dulu, pembekal akan repack balik 1kg hingga 10kg dari guni bundle untuk dijual dalam harga RM15 hingga RM100. Repack tu akan dibungkus kecil kemudian dipos kepada mereka yang nak start bisnes bundle secara kecilan.

Macam mana pulak dengan harga satu guni bundle? Ini semua bergantung kepada jumlah dan jenis guni pakaian bundle yang korang nak jual:

Jenis Gred Apa tu? Harga borong (sehelai) Harga pasaran (sehelai)
A Pakaian terpakai dengan kualiti macam baru (cukup lengkap takde rosak) RM8 hingga RM12 (atau lebih jika berjenama RM15 hingga RM30 (atau lebih jika berjenama)
B Pakaian terpakai berkualiti cuma ada kerosakan kecil (butang tercabut, zip rosak) RM4 hingga RM6 (jenama-jenama biasa) RM10 hingga RM20 (jenama-jenama biasa)
C Pakaian terpakai dengan kualiti agak kurang memuaskan (lusuh, warna turun) RM3 hingga RM5 (tidak berjenama) RM5 hingga RM10 (tidak berjenama)
 

Biasanye kebanyakan tauke bundle akan pilih Gred A, sebab banyak baju yang berkualiti macam baru. Nak campur semua gred dalam satu guni pun boleh! Satu guni pakaian bundle kebiasaannya korang boleh dapat paling murah RM200 sehingga RM1000 bergantung pada gred. 

Pastu, mungkin korang nak include kos untuk buat iklan kat sosial media supaya boleh dapat reach yang luas. Kalau mulakan bisnes online tanpa iklan ni, agak susah sikit untuk korang ada audience korang sendiri. Jadi, penting untuk invest dekat iklan! Korang boleh guna Pengurus Iklan Facebook.Tak mahal pun, korang boleh pilih untuk invest RM15 hingga RM50 sebagai permulaan buat iklan.

Jangan lupa kos nak dobi cuci semua baju bundle tadi! Ini sebab guni bundle baju tu dah travel banyak tempat, bau pun dah macam kene peram. Korang boleh guna dobi layan diri atau ikut tips akak ni untuk hilangkan kotoran. Ini pun untuk kepuasan hati bakal pelanggan korang jugak, kan?

Ini semua bergantung dekat bajet modal korang. Kalau rasa tak mampu nak keluarkan modal lebih, korang boleh mulakan dengan hand-pick dulu pakaian bundle yang rare dan jual secara kecil-kecilan dulu untuk kumpul modal. Asalkan korang rajin nak selam bundle satu-satu!

Baca Jugak: Cara-cara Untuk Membiayai Perniagaan Baru Anda

5. Survey pembekal & jenis bungkusan bundle

Dah set modal, boleh la korang start survey jenis bungkusan bundle yang sesuai dengan target pasaran korang. Proses survey bundle ni penting untuk korang cari supplier yang tak scam. Selain tu, proses ni nak mudahkan korang sebab korang boleh pilih samada nak beli dalam bentuk kilo atau bale (guni) bundle.

Cuma, proses survey guni bundle ni makan masa sikit sebab korang banyak kena tanya-tanya penjual bundle otai atau survey secara online mana nak dapatkan pembekal guni bundle terbaik untuk bisnes korang. 

TAPI KENA INGAT! Jangan tertipu dengan pembekal baju bundle scam kat luar sana. Dah ramai mereka yang nak start bisnes macam korang, bayar supplier bundle lepas tu supplier tadi lesap dengan duit korang.

Untuk ambik langkah berjaga-jaga, korang boleh follow Facebook atau tengok video brader ni share macam mana nak nilai antara baju fake dan original kat SINI.

Mesti korang terpikir-pikir mana je korang boleh dapatkan pembekal bundle secara online? Kat bawah ni adalah top 5 Pembekal Bundle Online kat Malaysia

1. Arafah Bundle

2. Pembekal Bundle Terengganu

3. BigGo.my

4. Hana Pembekal Bundle

5. Pembekal Bundle Australia 

6. Belajar perkara basic nak ambik gambar produk

Langkah ni nampak remeh tapi sangat penting untuk korang ada gambar produk pakaian bundle yang menarik. Ni sebab bila korang jual secara online, peluang korang untuk impress customer tu kecik sikit nak banding dengan jual secara fizikal. Sebab tu cara korang tampilkan baju bundle penting! Ikut tips kat bawah ni:

  1. Invest dekat kamera atau kamera smartphone yang elok

  2. Pastikan lighting ketika ambik gambar produk cantik (beli ring light)

  3. Pastikan angle kamera lawa, jangan bagi gambar senget!

  4. Gunakan model (untuk tunjuk baju bila dipakai dekat badan cantik ke tak)

  5. Editing! (download apps digunakan untuk edit gambar bagi lagi cerah dan menarik)

7. Cipta akaun socmed dan mulakan bisnes bundle!

Sekarang dah selesai setup sume bende, korang boleh la start buat akaun socmed khas untuk jual pakaian bundle korang. Korang boleh buat akaun percuma dekat Facebook, Instagram atau Shopee (yuran komisyen 1% hasil jualan).  Boleh lah mula buat posting-posting menarik atau free gift untuk tarik followers!

Selalunya geng jual bundle ni akan focus buat live dekat Tiktok atau Shopee dulu. Sebabnye dekat dua ni senang dapat audience berbanding Instagram atau Facebook. Bila dah ada pengikut korang tersendiri, baru lah sesuai untuk korang gunakan medium IG atau FB.

Kalau korang nak aim untung lagi tinggi dengan jual pakaian bundle korang ke luar negara seperti Singapura, US dan Jepun, korang boleh gunakan platform seperti Ebay, Etsy dan Grailed. Korang tak perlu bayar apa-apa untuk listkan produk korang dekat Ebay dan Grailed tapi, Etsy akan cas RM0.83 untuk satu produk listing.

 

Satu guni pakaian bundle agak-agak berapa untung boleh dapat?

Okay mesti ramai yang nak tahu anggaran jumlah keuntungan yang korang boleh jana melalui bisnes jual pakaian bundle ni. Jom kita buat kira-kira!

Contohnya korang pecah guni bundle berharga RM400. Dalam satu guni tu ada 300 ke 400 helai pakaian bundle mengikut Gred A, B dan C. Nak kasi senang korang asingkan dulu pakaian tu mengikut gred dan harga.

Contohnya:

  • Gred A ada dalam 100 helai (jual RM20 sehelai)

  • Gred B ada dalam 100 helai (jual RM10 sehelai)

  • Gred C ada dalam 200 helai (jual RM5 sehelai)

Jenis Gred Harga Jual (RM) x Helai Jumlah (RM)
Gred A RM20 x 100 RM2,000
Gred B RM10 x 100 RM1,000
Gred C RM5 x 200 RM1,000
  Jumlah Jualan RM4,000
 

Bila korang tolak jumlah jualan dengan jumlah modal, korang akan dapat hasil untung RM3,600!

Kalau lah korang tak mampu jual semua pakaian dalam guni tu sebab faktor takde yang berminat sebab kondisi baju kurang memuaskan. Jangan bimbang! Sebab kalau korang mampu jual 50% pakaian daripada dalam guni tu, korang masih lagi dapat hasil keuntungan RM1,800! Masih masyukk! Nak lagi untung keluarkan sikit modal dekat guni bundle Gred A.

Sekarang dah belajar tips nak bukak bisnes bundle online ni, korang dapat semangat nak mulakan bisnes bundle online belum? Semua bisnes kena mula secara kecil-kecilan dulu baru lah korang boleh slow-slow berjaya. Kena ada banyak kesabaran macam kisah Asyallie ni. Apa bisnes bundle yang korang rasa menarik? Boleh kongsikan dekat ruangan komen dekat bawah!

 

BACA JUGAK:

●        6 Tip-tip Untuk Mengelak Dari Ditipu Semasa Memohon Pembiayaan Peribadi

●        Skim Kemudahan Kredit SME Kerajaan

●        Nak Jatuh Muflis Sebelum Umur 30? Cuba 5 Perkara Ni!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!