Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Fakta Atau Auta: MLM Ni Boleh Buat Banyak Duit?

BY Team Loanstreet

Updated 14 Apr 2023




 

Pernah tak, takde angin takde ribut, tetibe kawan lama call ajak lepak mamak? Tengah syok borak, dia tetibe cakap pasal bisnes dan siap lukis plan marketing lagi atas kertas kosong. Dia pun start sebut perkataan cam ‘pendapatan pasif’ dan ‘downline’. Rupanya, kawan lama tu nak ajak korang join Multi Level Marketing (MLM)...

Korang pun berbelah bahagi. Ya lah, korang rasa tertarik nak join sebab siapa je tak nak extra duit, kan? Tapi, korang ada juga rasa waswas. Antara soalan yang berlegar dekat otak korang adalah, “MLM ni bagus ke?”, “Legit ke bisnes ni?” dan lain-lain. 

Jangan risau. Kita akan bincang segala benda berkaitan MLM dalam artikel ni.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


MLM ni apa sebenarnya? Bisnes yang sah ke?

Secara asas kan, MLM ni adalah suatu strategi pemasaran di mana pengedaran yang ada dua atau lebih peringkat komisen yang tinggi (ikut syarikat). Diorang ni tawarkan peluang untuk korang terlibat dalam penjualan barang secara terus kepada pengguna. MLM ni pun dikenali jugak sebagai pemasaran secara rangkaian/rujukan.

Dalam kata lain, syarikat MLM bina dan urus tenaga penjualan dengan merekrut pengedar bebas/agen dan kasi motivasi untuk mereka jual produk kepada pengguna

Kebiasaannya, barang yang dijual adalah produk makanan tambahan, peralatan dapur dan kecantikan. Antara brand MLM yang korang mungkin kenal adalah Avon, Amway, Mary Kay, Herbalife, Cosway, dan Tupperware.

Jujur lah kan, admin boleh nampak kenapa ramai berminat nak join bisnes MLM ni. Ya lah, tak perlu ada modal yang besar pun bila nak start. Pengarah Eksekutif, Lawrence Cheah dari Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) kata ‘starter kit’ untuk join syarikat MLM yang sah selalunya bawah RM200 je untuk beli produk. 

Ada juga syarikat MLM yang tak perlukan korang beli produk bila daftar. Salah satunya adalah NuSkin.


*Sumber gambar: NuSkin

Lagi satu yang menarik jadi pengedar MLM ni, diorang dapat sokongan dari syarikat tu sendiri (produk dan latihan, semua dapat!). 

Tujuan MLM sebenarnya adalah untuk jual produk menggunakan pengedar. Jadi, syarikat tak perlu keluarkan satu kos tambahan pun untuk tujuan pemasaran. Kiranya, semakin maju lah bisnes kalau banyak pengedar MLM berjaya jual produk.

Kalau korang nak tahu, MLM memang sah kat Malaysia. Kalau tak, takkan lah ada 253 syarikat MLM yang berdaftar pada tahun 2015. Cuma, diorang kena daftar dulu dengan DSAM dan akan dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

So, MLM ni BUKAN Skim Piramid?

BUKAN. Banyak bisnes MLM ni cam berada tengah-tengah di antara yang betul-betul sah dan boleh digelar ‘scam’. Ni admin listkan beberapa perbezaan antara skim MLM dan Piramid:
 

 
MLM Piramid
Penjelasan Strategi Pemasaran Skim Penipuan
Yuran Pendaftaran Tiada yuran pendaftaran
(kalau ada pun, sikit)
Yuran pendaftaran yang tinggi
Produk Jual produk/servis yang bernilai. Harga yang berpatutan Takde jual produk. Harga yang tinggi & tak berpatutan
Plan Pembayaran Bayar komisen dekat pelbagai peringkat bila produk/servis dijual Komisen dibayar bila ada rekrut baru
Pengesahan Sah di sisi undang-undang Tidak sah di sisi undang-undang
 

Walaupun ada syarikat MLM yang sah, ada beberapa yang praktis amalan yang dianggap mengeksploitasi pengedar diorang. Ada juga yang bimbang syarikat MLM yang ‘sah’ ni sebenarnya skim piramid tapi tengah menyamar. So, camne nak tahu MLM tu betul-betul sah dan bukan jenis yang suka eksploit pengedar? 

 
Baik/Normal Eksploitasi
Sumber Pendapatan Syarikat Majoriti datang dari pengguna Majoriti datang dari pengedar
Target Jualan Tiada target jualan Ada target jualan setiap bulan
Komisen Pengedar Pembayaran komisen yang terhad Pembayaran komisen kepada semua peringkat
Budaya Rekrut Pengedar Bagi harapan yang realistik Fokus kepada harapan 'cepat kaya'

Salah satu contoh yang admin nak bagi adalah LulaRoe (syarikat MLM yang jual pakaian di Amerika Syarikat). Pada bulan Oktober 2017, LulaRoe kena tindakan undang-undang sebab diorang ni sebenarnya mengamalkan skim piramid. Rupa-rupanya selama ni, pengedar kena bayar yuran kemasukan dan beli saham syarikat (yang boleh naik sampai US$9,000!). Tak cukup dengan tu, diorang dipaksa juga untuk rekrut pengedar baru. 
 



Kat Malaysia pun pernah ada kes tau. KPDNHEP pernah redah satu syarikat MLM ni (nama dirahsiakan) dan rampas produk-produk yang bernilai RM201,136.00. Syarikat tu pun didakwa bawah Seksyen 4 Akta Skim Jualan Langsung dan Anti-Piramid 1993 sebab takde lesen yang sah.

Mengikut Pengarah Negeri, walaupun syarikat tu ada lesen untuk penjualan runcit, diorang decide untuk beroperasi seperti MLM dan skim piramid sebab nak untung lebih. Diorang siap offer bonus yang lumayan untuk penjualan setiap produk yang harga kaw kaw tinggi. Paling rendah RM500 dan paling tinggi RM3,000 kot! 

 

Korang mesti pikir, “Aduh, so camne nak tahu bisnes MLM kat Malaysia ni legit ke tak?” 

  • Kena ada sijil dari Direct Selling Association Malaysia (DSAM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 

  • Takde yuran pendaftaran untuk start bisnes (kalau ada pun, murah).

  • Takde minimum bilangan produk kena order setiap bulan.

  • Tak perlu rekrut pengedar baru (kalau tak nak).

  • Barang yang memang hangat di pasaran dengan harga yang berpatutan. 

 

 

Tapi, memang konfem boleh buat duit ke bisnes MLM ni? 

Kalau ikut model bisnes MLM, pengedar boleh buat duit melalui 2 cara:

  • Duit hasil jualan produk/servis. Waktu korang mula start, majoriti duit akan datang dari cara ni.

  • Komisen hasil jualan downline. Kiranya, once dah kembangkan team dan rekrut beberapa pengedar baru, pendapatan korang akan banyak datang dari cara ni. Lagi-lagi bila korang ada banyak downline. 

Maksudnya kan, semakin banyak downline korang dan semakin banyak produk/servis yang berjaya dijual, semakin banyaklah korang buat duit. Pejam celik pejam celik je lah nanti. 

 

Jom tengok plan pembayaran Amway (syarikat MLM terbesar di dunia) ni camne...


 

Pendapatan korang (sebagai pengedar Amway) akan ikut hasil jualan. Yang lainnya sistem Amway ni, diorang kira hasil jualan guna sistem point dan tak ikut per unit/kos pembelian.

P/s: Ni admin explain beberapa istilah bisnes yang Amway guna:

  • Nilai Produk (Point Value - PV) – nilai berangka yang diberikan kepada produk. Digunakan untuk kira peratusan ‘rebate’ yang korang dapat.

  • Nilai Bisnes (Business Value - BV) – sama dengan harga perolehan pengedar (Distributor Acquisition Price - DAP) produk Amway tanpa cukai.

  • Harga Kilang (Distributor Price - DP)  – harga pengedar beli produk. 

  • Harga Runcit (Customers Price - CP) – harga produk bila dijual kepada pelanggan yang bukan ahli bisnes.


Ok kalau ikut Amway Global, korang boleh buat duit melalui:

1. Mark-up harga runcit

Pengedar dibenarkan untuk naikkan sikit harga runcit bila jual produk. Kiranya, adalah beza sikit dari kos sebenar dan harga korang jual supaya adalah dapat untung sikit. Tapi walaupun pengedar boleh set harga runcit, Amway ada kasi cadangan camne nak set harga runcit untuk produk dia.


 

Sebagai contoh, korang beli produk dengan harga kilang (DP) sebanyak RM100. Tapi, korang decide untuk jual dengan harga RM113 (CP) dan dapat untung sebanyak RM13. Katakan lah korang dapat jual 3 produk tu dalam sehari, dah dapat RM39. Kalau dapat konsisten jual 3 produk tu sehari selama sebulan, boleh dapat RM1,170 kot!

Cuma, jangan lupa yang korang kena beli produk tu dulu sebanyak 90 unit. So memang nak tak nak, kenalah keluarkan duit dulu sebanyak RM9,000.


 

Ini sebenarnya risiko yang korang ambil sebagai pengedar. Ya lah, korang hanya untung bila berjaya jual hampir atau semua produk. Paling kurang lah, korang boleh pusing modal. Barang-barang Amway pun bukannya murah (RM37.80 kot harga 1 deodoran!).   

2. Bonus prestasi

Selain tu, pengedar akan dapat bonus bulanan berdasarkan jumlah jualan. Basically, Amway akan tengok jenis produk dan berapa banyak yang berjaya dijual.



Kita guna contoh yang sama k. Korang kan dah beli produk yang bernilai RM9,000 (DP). Disebabkan BV ikut DP, BV korang adalah 9000. Kalau nak tahu PV berapa, korang kena bahagikan BV dengan 3.92 iaitu ratio PV/BV yang Amway dah tetapkan. Kiranya, PV korang adalah 2,296.


 

Kalau ikut table bonus pencapaian kat atas, korang akan dapat 9% bonus dari BV bulanan korang iaitu RM9,000. Kiranya, korang dapatlah extra RM810 (9% dari RM9,000).

Basically kan, korang still boleh dapat duit extra walaupun takde rekrut sesiapa lagi. Bagus lah kalau camtu? Asalkan berjaya jual produk, korang akan dapat bonus. 

3. Insentif perkembangan

Bila bisnes MLM korang berkembang dan semakin banyak pengedar baru join, korang akan mula terima bonus bulanan ikut jumlah jualan yang dibuat oleh satu team. Bukan setakat dari korang je. Inilah sebenarnya pendapatan pasif yang kawan korang maksudkan tu.

Ini berita baik  sebab bonus pencapaian ikut BV dan tak ikut jumlah jualan korang. Kiranya kalau satu team perform, korang boleh dapat bonus pencapaian yang tinggi.


 

Sebagai contoh, korang ada 10 downlines dan semua (termasuk korang!) beli produk yang bernilai RM100. Tambah semua sekali, jumlah jualan team korang dah RM100 x 11 = RM1,100 (BV = 1,100 & PV = 280). Kalau ikut table bonus pencapaian, korang akan dapat 3% dari jumlah BV iaitu RM33 (3% x RM1,100).

Tapi, downlines korang tak dapat bonus lagi sebab masih belum layak. PV masing-masing pun still rendah.

Struktur ni kan cuma berkesan kalau ada pengedar yang cukup bawah korang. Lagi satu, kena pastikan yang downline korang sentiasa buat sales. Kiranya, semakin banyak downlines korang buat duit, semakin banyak lah korang dapat. 

Bayangkan korang ada 10 pengedar bawah korang dan diorang rekrut lagi 10 pengedar bawah diorang. So, korang ada sebanyak 111 pengedar. Jadi, BV korang adalah 100 x 111 pengedar = 11,100 dan PV pulak 2,806. Kalau tengok balik table bonus pencapaian, korang akan dapat 9% dari BV 11,100 iaitu RM990.
 




TAPI, kena ingat  yang korang kena bagi 3% dekat setiap satu downline atas usaha diorang. Lepas kira, korang akan dapat RM990 - (RM33x10 pengedar) = RM660. Jadi, korang kena pastikan yang semua pengedar keluarkan duit sekurang-kurangnya sebanyak RM100 untuk dapat extra RM660.

Korang siap boleh dapat hadiah wang tunai dan trip percuma ke luar negara sebagai bonus!

 

 

“Bunyi macam best je. So, memang boleh buat duit lah kan?”


 

Memang betul, korang memang boleh buat duit dengan Amway atau bisnes MLM lain yang sah sebab formula diorang lebih kurang sama. Lagi pun, ada je pasaran yang korang boleh masuk untuk jual produk. Cuma, boleh depends ke dengan pendapatan dari MLM? Tak kot - walaupun Amway ada kasi struktur untuk korang guna, kemungkinan nak berjaya tu rendah.

Kalau ikut Amway’s 2017 Business Reference Guide, purata pendapatan bulanan untuk pengedar aktif pada tahun 2016 kan hanyalah US$207 sebulan. Pada waktu tu, hanya 48% pengedar je yang boleh dikira sebagai aktif. Best je dapat US$207 untuk extra belanja tapi habis camtu je lah. Memang tak boleh lah nak tahan untuk sebulan.

Tak sebut lagi yang nak jual produk MLM ni bukan senang. Waktu mula bisnes sampai dah ada 10 pengedar bawah korang tu susah kot!

Cam contoh admin bagi tadi, korang perlukan 100 pengedar (10 generasi) dalam team korang untuk belanja RM100 sorang kalau nak dapat extra RM660. Amaun ni tak tolak kos perbelanjaan lagi. Kiranya memang pengedar korang kena belanja extra kalau nak untung lebih.


 

Berkaitan usaha rekrut pengedar baru ni, bukan senang  nak cari orang yang memang boleh buat sales. Lagi-lagi, bila nak kena pujuk dan buang pendapat negatif yang diorang ada pasal MLM. 

Ok, memang pengedar atas korang (up-line) akan sentiasa bagi kata-kata semangat untuk korang berjaya. Tapi realitinya, diorang nak korang berjaya sebab ada agenda tersendiri. Ya lah, semakin korang berjaya buat sales, semakin kaya lah diorang.

Benda ni lah yang buatkan ramai kurang senang dengan MLM. Korang untung ke rugi belakang kira, asal korang ada keluarkan duit untuk beli produk. Cuba tengok graf kat bawah ni untuk paham apa yang admin maksudkan.


 

Kedua, admin rasa yang hasil jualan MLM ni jenis yang tak tahan lama. Ini disebabkan produk-produk yang dijual bukan jenis yang semua pengguna nak guna. Kebanyakan order yang masuk pun dari pengedar untuk guna sendiri atau semata nak capai target jualan je. Ya lah, kalau tak dapat duit dari pelanggan, suruh je lah pengedar korang beli barang - asal duit masuk.

Kiranya, masuk akal lah kenapa 44% dari pengedar MLM bertahan kurang dari setahun. Diorang ni berhenti sebab sama ada tak dapat buat duit yang mencukupi atau lebih banyak rugi dari untung. Kajian yang sama siap tunjuk yang hanya 25% pengedar MLM saja yang berjaya. So kalau korang di antara yang bertuah tu, tahniah ya!

Tambahan lagi, penulis buku 'MULTI-LEVEL MARKETING UNMASKED' siap share yang 99% orang yang join MLM ni hilang duit. Kiranya, 1% je lah yang berjaya.

 

 

So, camne sekarang? Still berminat ke nak join MLM?

Operasi MLM ni memang efisien dan senang nak urus secara teori tapi bukan dalam realiti. Lagi-lagi bila ramai yang dah ada pendapat masing-masing berkaitan MLM. Korang pun mesti kenal sekurang-kurangnya sorang yang pernah join MLM dan gagal.

Akhir kata dari admin, terpulang kat korang sebenarnya nak join MLM ke tak.. Masing-masing pun dah besar untuk buat keputusan sendiri. Cuma, admin nasihatkan korang consider betul-betul dulu semua benda k. Jangan terus masuk je!

Antara benda korang patut check dulu supaya tak hilang dan rugi duit adalah:

  • Semak syarikat MLM tu berdaftar tak dengan DSAM dan SSM.

  • Syarikat tu ada offer plan pembayaran yang bagus tak?

  • Senang jual tak produk tu? Ke korang still perlukan downline untuk jual supaya dapat duit? 

  • Pasaran dah penuh dengan produk yang sama ke?

  • Paham dan buat analisis betul-betul dulu camne bisnes tu berjalan.

In case lah kan, kalau korang ada nampak MLM yang tak sah atau scam, jangan teragak-agak untuk buat laporan k. Walaupun korang perasan selepas join, report je!

Agensi mana yang patut korang hubungi? 

- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

- Bank Negara

- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

- SSM

- Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC)
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?