1. Anggap yang harga setiap rumah boleh dirunding
Sumber: the balanceImage
Setiap penjual atau ejen menggunakan strategi yang berbeza masa menilai rumah (selain daripada melihat berdasarkan nilai pasaran. Kadang-kadang nilai pasaran tu, sepadan dengan harga dan ruang yang selesa.
Tapi pada masa yang sama, ada jugak pembeli yang nak lebih banyak tawaran. Itulah punca harga yang ditawarkan pun jadi mahal. Benda ni bukan benda yang luar biasa bagi pembeli baru. Cumanya, sikap macam nilah yang menyusahkan sistem jual beli rumah.
2. Salah Nilai Kelebihan Rumah
Sumber: Mudah.my
Pembeli kena perhati betul-betul lot serta keluasan rumah. Check betul-betul ruangan dan struktur rumah tu.
Kebanyakan pembeli selalunya akan tertumpu kat perabot-perabot mewah dan perkakas keluli tahan karat. Sayangnya, diorang berapa nak ambil kira pasal ruang yang ada dalam rumah dan juga keselesaan ruang tu.
3. Taksub Dengan Gambar Rumah Secara Online
Satu lagi kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli adalah terlampau taksub dengan keadaan rumah yang korang nampak kat internet.
Sumber: Archello
Padahal keadaan rumah yang selalu digambarkan kat internet, jauh beza daripada realiti. Boleh jadi gambar yang digunakan tu gambar lama atau pun hasil edit, kan?
Penyudahnya pembeli-pembeli yang taksub ni kecewa sebab, apa yang diimpikan tak sama dengan apa yang diorang dapat. So, penyelesaiannya lebih baik korang tengok sendiri rumah yang korang nak beli ya. Lagi satu, jangan sesekali bayar duit deposit, atau buat keputusan selagi korang tak tengok sendiri rumah tu kat depan mata.
4. Tak Kaji Latar Belakang Kawasan Rumah
Sumber: Astro Awani
Sepatutnya, korang kena ada rasa curiga bila harga rumah yang korang nak beli tu murah gila. Yelah, mesti ada beberapa masalah yang menyebabkan harga yang ditawarkan tu kadang-kadang macam tak masuk akal.
Boleh jadi yang kawasan tu sebenarnya kawasan banjir, jauh dari kemudahan asas dan kawasan kediaman yang boleh dikatakan tidak berapa aman suasananya.
Korang kena tengok jugak suasana kejiranan sebelum beli rumah. Sebabnya, jiran yang mesra akan menceriakan lagi kehidupan kita, betul tak?
Kalau kawasan rumah dan persekitarannya betul-betul selamat, baik dan tak membahayakan, memang layaklah korang pilih untuk jadikan rumah impian korang.
5. Cuba Beli Rumah Tanpa Ejen
Sumber: Yahoo News Malaysia
Untuk pengetahuan korang, biasanya bila pembeli beli rumah tanpa campur tangan ejen, diorang kena bayar dengan harga yang sangat tinggi dari nilai sepatutnya.
Walaupun ejen ada kenakan caj-caj yang tertentu, diorang ni sebenarnya mahir dalam menilai keadaan rumah. Yelah, diorang dah memang ada tugas yang tersendiri untuk mudahkan urusan pembelian rumah korang.
So, lepas ni kalau korang nak beli rumah, korang tak bolehlah sekadar tengok luaran rumah je tau.
Korang kena jugak tengok rupa dalaman dan keadaan keselamatan rumah tu. Ingat ya, beli rumah ini bukan macam beli kek. Kat luar kemain cantik, tapi rasa dia belum tentu sedap.
Pastikan korang buat persiapan, persediaan dan lengkapkan diri dengan ilmu jual beli rumah untuk melancarkan segala urusan korang. Tak pasti berapa pinjaman perumahan yang korang boleh apply? KLIK SINI.
So, korang ada pengalaman tak kena scam ke masa beli rumah? Kalau ada, jangan lupa share di FB post kami ya.
*Artikel ini diolah semula dari artikel “Nak Beli Rumah? Ini 5 Kesilapan Biasa Ramai Orang Buat” yang diterbitkan kali pertama di majalahlabur.com Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: