Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Had 10 Tahun Untuk Refinancing Pinjaman Perumahan

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




Pada Q3 2013 , Bank Negara Malaysia ( BNM) telah mengeluarkan garis panduan baru kepada bank-bank mengenai pembiayaan semula gadai janji. Sebelum ini , sesiapa sahaja boleh membiayai semula rumah mereka dengan tempoh bayaran balik sehingga 35 tahun. Di bawah garis panduan baru , apa-apa wang tunai yang dikeluarkan daripada jumlah pembiayaan semula akan dihadkan tempoh bayaran balik 10 tahun. Ramai orang kini bertanya, bolehkah seseorang mengelakkan daripadanya?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Garis panduan ini adalah sebahagian daripada usaha BNM untuk mengurangkan jumlah hutang dalam ekonomi, dan juga menyejukkan aktiviti spekulasi dalam sektor hartanah yang didorong oleh pinjaman pembiayaan semula.

Kesan garis panduan

Sebelum ini, anda boleh membiayai semula rumah anda sehingga 90% daripada nilai pasaran. Jumlah wang tunai boleh digunakan untuk sebarang tujuan. Ini termasuk pelaburan dalam hartanah dan rumah. Amalan sebegini biasa di kalangan pelabur hartanah bersiri. Tempoh pinjaman maksimum mengikut garis panduan yang ada untuk pinjaman perumahan iaitu 35 tahun.

Andaikan rumah bernilai RM400,000, baki tertunggak pinjaman perumahan adalah RM150,000, kadar faedah pada 4.6% dan margin of finance adalah 90% daripada nilai pasaran.

Contoh pengiraan pembiayaan semula di bawah kaedah-kaedah lama :

  Jumlah untuk menampung baki = RM150,000
  Tunai Daripada Jumlah = RM210,000
  Jumlah Refinance = RM360,000
  Tempoh = Max 35 tahun
  Jumlah Ansuran Bulanan = RM1,726.09

Contoh pengiraan mengikut garis panduan terbaru:

  Jumlah untuk menampung baki = RM150,000
  Tempoh = Max 35 tahun
  Ansuran Bulanan = RM719.20

  Tunai Daripada Jumlah = RM210,000
  Tempoh = Max 10 tahun
  Ansuran Bulanan = RM2,186.54

  Jumlah Refinance = RM360,000
  Jumlah Ansuran Bulanan
  = RM719.20 + RM2,186.64
  = RM2,905.84

Ia merupakan perbezaan sebanyak RM1,179.75 sebulan!

Adakah terdapat apa-apa car untuk mengelakkannya?

Ya! Pada masa bertulis (27 Sep 2013), hanya 5 bank di Malaysia yang telah melaksanakan had ini. Bank-bank lain masih tengah bersedia untuk mengikut jejak pada minggu-minggu akan datang. Selain itu, garis panduan yang baru ini akan mengakibatkan kemunculan semula pinjaman perumahan dengan kemudahan overdraf yang popular pada suatu masa yang dahulu sebelum kemunculan pinjaman Full Flexi.

Jadi jika anda berazan hendak membiayai semula rumah anda, cepat! Gunakan alat perbandingan pembiayaan semula  pinjaman perumahan kami dan hantarkan permohonan anda kepada kami untuk cara permohonan pinjaman perumahan yang paling senang dan ringkas!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2023] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Camne Nak Jual Rumah Yang MASIH BERHUTANG Dengan Bank?

Pinjaman-Perumahan-untuk-Bekerja Sendiri

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan