Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

8 Perkara Korang Kena Check Sebelum Pilih Kad Kredit

BY Team Loanstreet

Updated 29 May 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Pada satu peringkat dalam hidup, korang mesti terfikir untuk ada sekurang-kurangnya satu Kad Kredit, selain Kad Debit atau Kad Caj. Jadi korang mesti konfius kad kredit yang mana satu korang patut apply? Apakah aspek yang perlu korang bandingkan? Artikel ini akan jelaskan semua persoalan ni untuk korang.


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sebelum korang start, meh tengok aspek-aspek yang perlu korang bandingkan sebelum memilih kad kredit.

 
Aspek Keterangan Cari
Yuran Tahunan Caj tetap tahunan untuk Kad Percuma, pengecualian bersyarat, ATAU paling murah
Pembiayaan KadarFaedah Faedah dikenakan atas baki kad anda jika terdapat baki telah dibawa ke bulan hadapan Kadar faedah yang terendah
Program Pemindahan Baki Skim pembayaran balik kadar faedah istimewa untuk memindahkan baki dari 1 kad kepada yang lain Kadar faedah yang terendah
Pengeluaran Tunai Pengeluaran di ATM dengan menggunakan Kad Kredit Yuran pengeluaran tunai yang terendah
Kemudahan Mudah Tunai / Tunai Segera Pinjaman tunai dengan menggunakan had kad kredit anda yang sedia ada, yang dipindahkan ke akaun simpanan / semasa anda Kadar faedah yang terendah DAN jumlah minimum yang terendah
Program Pembayaran Mudah / Pembayaran Flexi Skim pembayaran balik kadar faedah istimewa untuk pembelian kad kredit yang besar Tiada faedah ATAU kadar faedah terendah DAN jumlah minimum terendah
Konvensional / Islamic Pembiayaan Islamic hanya berfungsi dengan perniagaan halal Jika anda tidak mempunyai keutamaan, kad Konvensional di mana ia mempunyai flexibiliti yang paling
Ganjaran / Manfaat Faedah tambahan 1) Pulangan tunai
2) Manfaat minyak
3) Manfaat Perjalanan
4) Mata ganjaran
5) Hubungan peniaga
6) Bonus Daftar
7) Keistimewaan lain


Ni Tips yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli Kad Kredit 


1. Bagi Sesiapa Yang Bawa Lebihan Baki Bulanan


Dapatkan kad kredit plain-vanilla dengan kadar faedah pembiayaan terendah. Sebab, apa-apafaedah yang korangbayar pada baki bawa ke hadapan akan seimbangkansebarang faedah yang korangdapat. Bandingkan jugak Program Pembayaran Mudah / Pembayaran Flexi yang maybe berguna untuk pembelian yang lebih besar. Korang boleh mintak bank untuk tukarkan pembelian kepada Skim pembayaran mudah / pembayaran flexi, yang meletakkan ia pada pelan ansuran tetap pada kadar faedah yang istimewa.

Kalau korang dah carry baki yang besar, banyak kad kredit juga juga ada tawarkan Program Pemindahan Baki yang korang bolehpertimbangkan.Dengan program ni, korang boleh pindahkan baki korang  dari kad kredit semasa kepada kad yang baru pada kadar faedah yang istimewa.


2. Bagi Sesiapa yang Mahu Tunai Segera


Kad kredit korang boleh digunakan untuk mengambil pendahuluan tunai. Terdapat 2 cara. Yang pertama, adalah untuk menggunakan kad kredit korang di mana-mana ATM untuk membuat pengeluaran dengan kod PIN yang betul. Ingat, kita ada 2 kos yang perlu dipertimbangkan apabila menggunakan kad kredit untuk pendahuluan tunai itu:
 

  1. Yuran pendahuluan tunai (Biasaanya 5% daripada jumlah)

  2. Kadar faedah pendahuluan tunai biasanya 18% setahun yang dikira berdasarkan dasar harian.

Kaedah yang kedua adalah untuk mendapatkan pinjaman tunai (kadang kala dikenali sebagai Mudah Tunai atau Tunai Segera atau mendial untuk kemudahan tunai). 

 

Pinjaman-pinjaman ini adalah diambil atas had kredit yang korang ada, dipindahkan ke akaun semasa atau simpanan atas pilihan korang sendiri, dan dibayar balik secara ansuran tetap dalam sesuatu tempoh. Sama macam “pra-kelayakan” Pinjaman Peribadi. Pelanggan yang ingin memohon kemudahan tersebut perlu menghubungi bank masing-masing.


3. Bagi yang Pentingkan Kos


Mencari kad kredit yang tiada yuran tahunan dan pilihan untuk mengetepikan cukai perkhidmatan kerajaan. Ganjaran / manfaat / programs yang lain adalah tidak berapa penting.
 

4. Bagi Penganut Islam yang Taat


Kalau korang nak elakkan diri daripada riba’ dan nak pastikan urusan kewangan korang ikut prinsip-prinsip syariah, korang boleh pertimbangkan Kad kredit Islamik, atau lebih dikenali sebagai Kad Kredit-i. Kad Kredit ni ditawarkan supaya muslim dekat Malaysia ada alternatif untuk dapatkan Kad Kredit yang mengekalkan Syariah Islam.
 

Konsep Syariah yang selalu digunakan dalam Kad Kredit-i ialah Tawarruq, Ujrah dan Qard. Korang hanya akan bayar perkhidmatan daripada bank, biasanya dalam bentuk caj keuntungan yang ditetapkan. Jadi, tiada unsur riba dalam proses kewangan korang. Antara Kad Kredit yang gunakan konsep Tawarruq ini adalah, Bank Islam Platinum MasterCard Credit-i dan Bank Islam Visa Infinite Credit Card-i


5) Bagi yang Pentingkan Ganjaran/Manfaat


Kalau korang jenis yang tak bawak baki ke hadapan, tak perlu runsing dengan membandingkan kadar faedah pembiayaan. Sebaliknya, korang boleh dapatkan kad kredit yang memberikan ganjaran / manfaat yang korang betul-betul nak. Manfaat ini boleh dikategorikan seperti berikut:
 

  1. Manfaat Pulangan Tunai – Memberi % tertentu sebagai rebat atas urus niaga kad kredit. Pertaruhan yang paling selamat bagi mereka yang tiada pilihan.

  2. Manfaat Petrol – Memberi % rebat yang tinggi atas pembelian petrol. Untuk road worriors dan perjalanan orang jualan.

  3. Manfaat Perjalanan – Biasanya datang dengan manfaat kekerapan penerbangan dan lapangan terbang. Terbaik untuk orang yang kerap melancong.

  4. Mata Ganjaran – boleh ditebus untuk hadiah dan ganjaran yang lain. Untuk orang yang berbelanja besar dan gemar membeli-belah.

  5. Hubungan peniaga / Penjenamaan Bersama – program promosi khas dengan peniaga-peniaga yang terpilih. Untuk mereka yang mempunyai kemahuan tertentu.

  6. Bonus Pendaftaran – masa terhad untuk ganjaran promosi bagi mendaftar kad kredit dengan bank. Jika tiada apa-apa, cari kad yang mempunyai promosi daftar yang menarik.
     

Tips Extra Untuk Pilih Kad Kredit

 
  1. Elakkan memohon kad kredit yang terlalu banyak pada masa yang sama. Bolehmembawa gambaran negative kepadaprofil kredit anda.

  2. Kalau korang takde sejarah kredit di Malaysia (Sebagai contoh pinjaman kereta / pinjaman perumahan / pinjaman peribadi / kemudahan overdraf), mempunyai sekurang-kurangnya 1 kad kredit.Boleht membantu mengilap profil kredit anda.

  3. Kad kredit antara yang mempunyai kadar faedah pembiayaan tertinggi dari semua kemudahan kredit. Cuba untuk membayar semua baki kad kredit dengan segera.

 Lepas pertimbangkan semua ni, barulah boleh decide

 

Time pilih Kad Kredit tu,t,korang kena tengok semua aspek dalam hidup, kemudian barulah putuskan kad mana yang sesuai dengan gaya hidup korang.Tapi, bila dah dapat kad kredit,jangan lupa kalau boleh  bayar baki tepat pada masanya!


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

ALSO READ:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)