Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

BY Team Loanstreet

Updated 09 Oct 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Kalau korang tengah fikir nak beli kereta, mesti pinjaman kenderaan ni jadi salah satu benda yang main kat fikiran, kan? Jangan risau, jom kita sembang pasal apa yang korang kena tahu sebelum sign apa-apa deal.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Baru Vs Terpakai



 

Biasalah, bank selalu bagi kadar faedah lebih tinggi untuk kereta terpakai berbanding kereta baru. Sebabnya? Kereta terpakai ni nilai dia susah nak jangka dalam masa beberapa tahun. Kalau korang plan nak beli kereta secondhand, bank selalunya ada had umur kereta (macam sampai 12 tahun je). Jadi, pastikan korang check dulu dengan bank tu sebelum buat apa-apa keputusan.

 

2. Nasional Vs Bukan nasional

 

Kereta buatan Malaysia macam Proton dan Perodua biasan lebih murah berbanding kereta import macam Kia dan Ford. Jadi secara automatiknya pinjaman yang korang kena ambil pun akan jadi lebih rendah. 

 

Tapi, bank selalunya akan bagi kadar faedah yang lebih tinngi untuk kereta nasional berbanding yang bukan nasional. Kenapa? Sebab kereta nasional selalunya ada nilai jualan semula yang lebih rendah berbanding kereta import.

 

3. Tempoh pinjaman pendek Vs Panjang

 

Pinjaman jangka panjang biasanya datang dengan kadar faedah lebih rendah. Tapi, kalau korang boleh bayar ansuran lebih tinggi, pinjaman jangka pendek lebih menguntungkan sebab korang tak payah bayar faedah yang banyak lama-lama.

 

4. Dapatkan pra kelulusan pinjaman

 

Kalau korang tak sure korang mampu ke tak nak beli kereta, korang boleh dapatkan pra kelulusan pinjaman. Pergi je beberapa bank, tanya berapa banyak korang boleh pinjam, kadar faedah, dan berapa lama tempoh bayaran. Senanglah korang nak bajet nanti!

 

5. Margin pembiayaan

 

Bank akan menawarkan kadar faedah yang lebih rendah bagi margin pinjaman yang rendah. Kalau korang mampu membayar wang pendahuluan yang lebih besar, korang akan dapat berjimat dari bayaran faedah.

 

6. Pengedar Vs Bank

 

Selalunya semua urusan pinjaman dilakukan oleh pihak pengedar . Ianya memang memudahkan, tapi mungkin ada caj tersembunyi yang akan korang takkan perasan. So, rajin-rajinlah research  pengedar mana yang memberi nilai terbaik.

 

7. Fikir sebelum membuat penyelesaian awal pinjaman

 

Kalau korang ada cash lebih, memang logik nak settle pinjaman awal, kan? Tapi sebenarnya, kadang-kadang lagi untung kalau korang letak duit tu dalam pelaburan macam Fixed Deposit (FD) . Baca lebih lanjut tentang penyelesaian awal untuk mengetahui sama ada korang perlu menyelesaikan pinjaman awal.

 

8. Islamik Vs Konvensional

 

Bila korang nak buat pinjaman kenderaan, dua pilihan utama yang korang ada adalah pinjaman Islamik dan pinjaman Konvensional. Pinjaman Islamik berasaskan konsep syariah, di mana bank tak boleh ambil faedah (riba). Manakala, Pinjaman Konvensional pula beroperasi dengan cara biasa – korang pinjam duit dari bank, dan bayar balik dengan faedah. 

 

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal perbezaan pinjaman-pinjaman ni, korang boleh baca dekat sini

 

9. Kadar faedah tetap Vs Berubah

 

Ada dua jenis kadar faedah yang korang boleh pilih: tetap atau berubah. Kadar tetap lebih stabil sebab bayaran bulanan dia tak berubah, sesuai kalau korang suka yang takde kejutan. Tapi kadar berubah ada jugak kelebihan dia, bergantung pada situasi pasaran.

 

Macam mana nak buat keputusan yang tepat? 

 

Bila nak buat pinjaman kenderaan, korang kena tengok semua faktor seperti yang diatas. Dan yang paling penting, jangan terikut dengan promosi atau tawaran yang nampak menarik kalau korang tak betul-betul mampu. 

 

Pilih pinjaman yang sesuai dengan kemampuan korang, dan jangan lupa kira balik sama ada korang boleh bayar ansuran dengan selesa setiap bulan. 

 

Semoga semua tips ni boleh bantu korang buat keputusan yang bijak!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia