Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Baguskah Membeli Rumah Semasa Pandemik Covid-19?

BY Team Loanstreet

Updated 06 Aug 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Dengan kerjasama 

Dengan peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (PKP), nampaknya perjalanan pemulihan bagi pasaran hartanah masih panjang.

Ini mungkin membuat sebilangan daripada kita yang telah mempertimbangkan untuk memiliki rumah - anda mungkin salah seorang dari mereka. Tiba-tiba, anda mempunyai perasaan FOMO (fear of missing out). Adakah harga hartanah dijangka turun? Adakah kadar faedah akan tetap rendah? Bolehkah anda mendapat tawaran yang baik?

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Pertama, mari lihat bagaimana COVID-19 mempengaruhi pasaran hartanah...

Menurut firma perunding hartanah, Rahim & Co, pasaran hartanah nampaknya akan bertahan dan kekal lemah untuk setahun lagi. Dalam laporan Property Market Review 2020/2021, firma itu mendedahkan bahawa aktiviti urus niaga hartanah turun sebanyak 204,721 unit pada suku ketiga 2020, 16% lebih rendah daripada jangka masa yang sama pada tahun 2019. Laporan tersebut juga menunjukkan bahawa sektor hartanah kediaman sedikit merosot - 14% dari segi volume dan 14.8% dari segi nilai pada tiga suku pertama 2020.

 


Sumber imej: Laporan Rahim & Co Property Market Review 2020/2021 

Firma itu berkongsi bahawa keadaan ini disebabkan oleh isu-isu seperti keutamaan kewangan dan potensi kehilangan pekerjaan, beserta dengan mod 'tunggu & lihat' untuk tawaran pembelian dan corak perbelanjaan terbaik.

Tang Chee Meng, Ketua Pegawai Operasi Henry Butcher Real Estate juga turut mengeluarkan sentimen yang sama sebelum ini: “Secara keseluruhan, pasaran hartanah pada tahun 2021 dijangkakan mendatar atau boleh mencatat prestasi yang sedikit lebih baik daripada tahun 2020 dengan program vaksinasi yang akan membantu dalam mengawal pandemik Covid-19 dan juga memulihkan ekonomi secara keseluruhan.”

Namun begitu, beliau juga menyatakan bahawa lonjakan kes Covid-19 baru-baru ini dan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mengekang penyebaran wabak itu mungkin akan menunda pemulihan industri hingga tahun hadapan.

 

Jadi, adakah ini masa yang sesuai untuk membeli rumah?



YA. Disebabkan kesan Covid-19 terhadap ekonomi, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memutuskan untuk mengekalkan OPR 1.75%. Ini bermakna anda sebagai peminjam dapat menikmati kadar faedah pinjaman perumahan yang lebih rendah. Sebagai contoh, CBP melalui Pembiayaan Perumahan-i Al-Amali ada menawarkan pembiayaan rumah kepada peminjam dengan kadar keuntungan serendah 3.75% p.a.

Selain itu, anda juga harus memanfaatkan inisiatif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh kerajaan, yang telah dilanjutkan hingga 31 Disember 2021. Menurut laporan The Edge, AmInvestment Bank mengatakan bahawa pelanjutan ini dapat membantu anda (pembeli rumah) jimat sehingga 4% dari kos pembelian.

BACA: HOC 2021 (DILANJUTKAN): Nikmati 10% Diskaun & Percuma Duti Setem

Dalam satu kenyataan, Pengarah Eksekutif KGV International Property Consultants, Samuel Tan, berkata: "... situasi sekarang adalah baik untuk pembeli rumah kerana ia membuka peluang pada pasaran pembeli. Dengan kadar pinjaman berada pada tahap terendah, pemaju lebih bersedia menjual dengan margin keuntungan yang lebih rendah untuk aliran tunai yang lebih baik, dan banyak penjual yang berminat di pasaran bersedia untuk merundingkan perjanjian.

"Kerajaan juga telah memperkenalkan pelbagai insentif, seperti HOC dan pakej rangsangan lain, untuk mendorong pembelian harta tanah, terutama untuk pembeli rumah pertama."

PERLU DIINGATKAN, membeli rumah semasa COVID dikira sebagai idea yang baik JIKA anda:

  • menjana pendapatan tetap
  • mempunyai pekerjaan yang boleh dipercayai
  • mempunyai skor kredit yang baik
  • sudah menyimpan wang untuk bayaran pendahuluan dan kos penutupan
  • bersedia untuk berhutang selama 30 hingga 40 tahun akan datang

Tidak dinafikan, bukan selalu ada penurunan harga dan tawaran kadar pinjaman rendah. Tetapi, jika anda tidak mempunyai kewangan yang stabil terutama sekali pada waktu yang tidak menentu, anda mungkin perlu meletakkan tanda "Perlahan" pada pembelian rumah semasa musim wabak ini.


Sumber imej: Malay Mail

Jika anda perhatikan ekonomi semasa, pekerjaan dan kestabilan pendapatan adalah sangat penting. Menurut Kementerian Sumber Manusia, 99,696 rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac hingga November 2020.

Tinjauan Emir Research baru-baru ini juga mendapati bahawa 8 dari 10 rakyat Malaysia masih takut kehilangan pekerjaan kerana pandemik Covid-19. Laporan itu melaporkan: "Dari segi pendapatan isi rumah, responden yang berpendapatan antara RM3,001 hingga RM5,000 nampaknya merupakan kumpulan yang paling bimbang mengenai pekerjaan dan kos hidup daripada mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000 keseluruhan."

 

Bagaimana untuk mengetahui jika anda mampu membeli rumah? Gunakan peraturan 3-3-5 ini


Gambar asal: kelvinchanphoto.com

Selain daripada kos asas, anda juga harus mengetahui jumlah ideal yang harus anda belanjakan untuk  membeli hartanah. Ini penting kerana anda tidak mahu pinjaman anda ditolak, tidak dapat membuat pembayaran kemudian atau berbelanja lebih.

Peraturan 3-3-5 yang popular ini boleh digunakan untuk anda pertimbangkan sebelum membeli sebarang hartanah. Ini cara ia berfungsi:

  • 3 - mempunyai modal sekurang-kurangnya 30% dari harga permintaan hartanah. Ini untuk memastikan anda mempunyai penjimatan yang mencukupi untuk menampung kos awal.
  • 3 - jangan belanjakan lebih daripada ⅓ daripada gaji bulanan untuk pembayaran gadai janji bulanan anda. Ini untuk memastikan ansuran bulanan setanding dengan gaji bulanan anda.
  • 5 - Harga hartanah tidak boleh melebihi dari 5 kali pendapatan tahunan supaya anda tidak berbelanja lebih kemampuan.

Mari kita lihat contoh di bawah. Katakan, pendapatan bulanan kasar anda adalah RM5,000 dan anda ingin membeli rumah bernilai RM450,000. Setelah menolak perbelanjaan dan simpanan bulanan, anda mempunyai simpanan lebih kurang RM2,000 untuk rumah baru.

Peraturan Pengiraan
Peraturan 1 - 30% dari harga hartanah RM450,000 x 30% = RM135,000
Peraturan 2 - 1/3 dari pendapatan bulanan RM5,000/3 = RM1,666.67
Peraturan 3 - 5x pendapatan tahunan (RM5,000 x 12) x 5 = RM300,000

CATATAN: Kami rasakan ianya lebih mudah untuk menganalisisnya dari bawah ke atas..

Oleh itu, berdasarkan jadual, harga maksimum yang ideal untuk hartanah yang harus anda pertimbangkan adalah RM300,000 (Peraturan 3). Namun, jika anda inginkan hartanah bernilai RM450,000, anda memerlukan kos awal sebanyak RM135,000 (Peraturan 2), yang lebih tinggi daripada memilih rumah RM300,000. Selain itu, walaupun anda mempunyai perbelanjaan lebihan sekitar RM2,000 untuk pembayaran bulanan, anda disyorkan untuk membelanjakan RM1,666.67 (Peraturan 2). 

Berdasarkan maklumat ini, anda harus melihat semula kedudukan kewangan anda dan membuat keputusan yang terbaik. Kami percaya keseluruhan idea peraturan ini adalah supaya anda dapat berjimat cermat dari segi kewangan, dan bukannya untuk menjadi kaya aset dan miskin tunai.

Sekiranya anda ada sedikit masalah dengan kira-kira, jangan risau - ada cara yang lebih mudah untuk melakukannya. Anda boleh menggunakan alat Semakan Kelayakan Pinjaman Perumahan di Loanstreet.

 

Kesimpulannya, pertimbangkan dahulu semua risiko sebelum membuat keputusan

Penurunan harga hartanah dan kadar faedah rendah yang berlaku adalah menarik bagi mereka yang terfikir untuk membeli rumah. Tetapi, keputusan untuk membeli rumah perlu dipertimbangkan dengan teliti. Jangan lupa untuk membuat kajian menyeluruh dan membuat perbandingan pinjaman rumah dari lebih 18 bank di Malaysia DI SINI

Sekiranya anda berfikir untuk mendapatkan rumah impian anda, kami sarankan untuk menjadikannya realiti dengan Pembiayaan Rumah-i-Al-Amali CBP. Dengan kadar keuntungan serendah 3.75% p.a., anda boleh mendapatkan pembiayaan hingga 100% dan tanpa tempoh ikatan. Untuk maklumat lebih lanjut, klik DI SINI.



Ingin kami ingatkan, pembiayaan perumahan adalah komitmen jangka panjang, jadi pastikan anda bersedia secara kewangan, tidak kira apa yang berlaku di pasaran hartanah. 

Semoga berjaya, pembeli rumah!

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai