Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

HOC 2021 (DILANJUTKAN): Nikmati 10% Diskaun & Percuma Duti Setem Bila Korang Beli Rumah

BY Team Loanstreet

Updated 15 Jun 2021





Situasi pemilikan rumah kat Malaysia ni rumit sebenarnya - ada permintaan dan ada jugak bekalan rumah, tapi isu kewangan yang menjadi masalah utama kat sini. Berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM), wujudnya ketidakseimbangan penawaran-permintaan rumah dalam pasaran hartanah sejak tahun 2015 lagi. Atas sebab apa berlakunya ketidakseimbangan ni? Yang pastinya bukan sebab susah nak dapat pinjaman perumahan, tapi sebab (drum roll sikit…) Sebab kita semua dah tak mampu nak beli rumah.

Fenomena ni pulak mencetuskan satu lagi masalah yang agak parah - UNIT TAK TERJUAL. Yup, menurut Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), bilangan unit kediaman siap yang tak terjual meningkat setiap tahun daripada 20,304 ke 30,115 (sehingga 30 September 2018). Weh, banyak gila kot lambakan rumah tak terjual kat Malaysia ni.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 


Bagi mengatasi masalah ni, Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng buat satu kempen perumahan yang dikenali sebagai Kempen Pemilikan Rumah (HOC) pada tahun 2019 dengan harapan untuk menyelesaikan masalah perumahan ni dan menggalakkan pemilikan rumah. 

Tahun lepas (2020), kerajaan memperkenalkan Rancangan Pemulihan Ekonomi Jnagka Pendek (PENJANA) sebab ekonomi Malaysia ni mendapat kesan teruk dari isu pandemik COVID-19 dan jugak. Antara salah satu inisiatif yang dekemukan ialah pengenalan semula HOC 2020 yang dah pun dilanjutkan sehingga Mei 2021!

Tapi, disebabkan keadaan yang tak berapa nak memberansangkan ni, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) telah mengumumkan yang skim pengecualian duti setem kediaman di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) akan dilanjutkan selama enam bulan lagi sehingga 31 Disember 2021.
 

Macam mana nak tahu kalau layak ataupun tak?

  • Warganegara Malaysia
  • Takdehad untuk jumlah pembelian
  • Harga hartanah (sebelum diskaun) berada dalam lingkungan RM300,001 hingga RM2.5 juta (untuk tujuan tempat tinggal je tau)
  • Perjanjian Jual Beli (SPA) mesti dicap antara 1 Jun 2020 dan 31 Disember 2021
  • Potongan minimum 10% (dari harga hartanah) yang berlaku untuk semua unit yang tak dikenakan kawalan harga dari pihak kerajaan
  • Pengecualian duti setem dikenakan untuk perkara berikut:


Surat Pindah Milik Harga

House Price Duti Setem Duti Setem Dibawah HOC 2020-2021
RM100,000 pertama 1% Dikecualikan
RM100,001 hingga RM500,000 2% Dikecualikan
RM500,001 hingga RM1,000,000 3% Dikecualikan
RM1,000,001 hingga RM2,500,000 4%
3%


Surat Perjanjian Pinjaman

Jumlah Pinjaman Duti Setem Duti Setem Dibawah HOC 2020-2021
Sehingga RM2,250,000 0.5% Dikecualikan
 

Jadi, camne nak calculate HOC ni? Okay, kalau korang ada cita-cita nak beli rumah beharga RM550,000…

Tanpa HOC, korang kena bayar banyak ni (berdasarkan Kalkulator Pinjaman Rumah & Duti Setem Loanstreet):

Bayaran Pendahuluan RM55,000.00
Duti Setem Pinjaman RM2,475.00
Duti Setem MOT  RM10,500.00
Ansuran Bulanan
(3.5% @ 35 tahun tempoh pinjaman, 90% dari harga pembelian)
RM2,045.79
Jumlah Bayaran RM70,020.79
 

Tapi dengan HOC, korang akan bayar lagi murah:

*Bayaran Pendahuluan
(with 10% discount)
RM49,500.00
Duti Setem Pinjaman RM0.00
Duti Setem MOT RM0.00
Ansuran Bulanan
(3.5% @ 35 tahun tempoh pinjaman, 90% dari harga pembelian)
RM1,841.21
Jumlah Bayaran RM51,341.21
* Hartanah di bawah HOC berhak mendapat diskaun minimum 10%

 

Lagi satu perkara nak habaq...

Korang kena take note yang pengecualian bayaran tu cuma untuk kediaman yang ada kat pasaran utama je mcm landed house, kondominium dan service apartment yang dah siap atau yang masih dalam pembinaan. Selain itu, kediaman ini juga harus dikawal oleh Akta Pemajuan Perumahan dengan pengiklanan dan permit jualan yang sah (AP) dan lesen pemaju (DL) dan/atau Perakuan Penyiapan dan Pematuhan (CCC).



Jadinya, kalau korang ada angan-angan nak beli sebuah small office/home office (SoHo), small office/versatile office (SoVo), small office/flexible office (SoFo) atau subsale unit - SORRY GUYS, hartanah jenis ni tak layak.

Bagi hartanah yang layak pulak kat Semenanjung Malaysia MESTI berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak pulak, hartanah yang layak mesti berdaftar dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (SHAREDA) dan persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA). 

So,  kalau tak nak kecewa, sebelum nak beli apa-apa rumah melalui HOC tu, pastikan korang check dulu sama ada rumah tersebut layak atau tak. Nak senang, korang tanya je ejen hartanah kat showroom semua tu, tak pun, call pemaju terus pun boleh. 


“Admin, saya nak tanye...”




1. Saya kena bayar yuran dulu ke sebelum beli rumah melalui HOC? 

Kalau ada orang tetiba mintak korang bayar yuran dulu kalau nak dapat promosi HOC, korang suruh je bahenol tu pergi main jauh-jauh. Tak de maknanye korang kena bayar yuran dulu kalau nak join HOC ni. Hanya pemaju je yang kena bayar yuran pendaftaran pensijilan ni. 


2. Baru-baru ni kan, saya ada beli rumah tapi tak dapat pun pengecualian cukai 10% atau pengecualian duti setem. Ha macam mana tu?

Sekiranya lah kan korang ada sign SPA dalam tempoh kempen HOC ni tapi korang tak dapat pengecualian cukai 10% dan pengecualian duti setem untuk Surat Pindah Milik harta dan Surat Perjanjian Pinjaman, korang boleh mintak bayaran balik.

Check pemaju unit yang korang beli melalui HOC tu berdaftar tak dengan REHDA, SHAREDA atau SHEDA. Lepas tu, pastikan jugak diskaun 10% yang korang dapat tu tertera dalam SPA.

Kalau korang ada pertanyaan lebih lanjut, boleh terus hubungi Sekretariat REHDA Malaysia:
  • E-mel: hoc.admin@rehda.com
  • Telefon: +603 7803 2978
Apa-apa pun, jangan lupa untuk check kelayakan korang melalui Laporan Kelayakan Pinjaman Rumah Komprehensif kami untuk tahu jenis rumah dan harga rumah yang sesuai untuk korang suapay dapat bantu korang keputusan yang betul sebelum membeli rumah. 

Selamat membeli rumah!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 


BACA JUGAK:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai