Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Ini Segalanya Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penghantaran Wang

BY Team Loanstreet

Updated 05 Dec 2019




Proses penghantaran wang daripada satu negara ke negara lain dahulunya memang menyusahkan dan mahal, melibatkan pelbagai proses seperti cek dari juruwang, penghantaran antara bank, atau kiriman wang. Namun kini, terdapat banyak syarikat bukan bank yang menyediakan khidmat yang sama, dikenali sebagai ‘money remittance’.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Mudahnya menghantar wang ke mana-mana pelusuk dunia adalah salah satu sebab kenapa lebih ramai pekerja asing menghantar wang balik ke rumah. Ini juga menyumbang kepada jumlah pekerja asing di seluruh dunia, yang semakin bertambah atas pelbagai sebab: peluang pekerjaan, bencana alam, perubahan iklim, dan juga perang saudara.

Wang yang dihantar kepada keluarga mereka di negara membangun kini juga menyumbang kepada pelbagai manfaat seperti pelaburan, kesihatan, dan pendidikan.

Apa langkah-langkah yang terlibat?

Hanya daftar dengan mana-mana syarikat yang bereputasi tinggi, dan memang terdapat banyak sepertinya di Malaysia. Contoh-contoh adalah seperti di bawah:

1) MoneyGram

Dengan hampir 350,000 lokasi ejen di seluruh dunia, beserta kewujudan online yang kukuh, syarikat ini membenarkan pengguna untuk memindahkan wang dengan pelbagai cara: online, secara persendirian, akaun bank, dan juga dompet mobil.

Jika anda memilih untuk menggunakan khidmat ejen, anda hanya perlu cari yang terdekat dengan lokasi anda dan isikan borang yang disediakan. Sertakan sekali dokumen yang berkaitan, jumlah yang ingin dipindahkan (sehingga $USD10,000; lebih kurang RM43,000), dan bayar upah yang dicaj.

Anda juga boleh memilih untuk memindahkan wang melalui akaun bank anda, kerana MoneyGram disediakan dalam Maybank dan juga CIMB. Pastikan anda semak dahulu kadar pertukaran dan juga kadar pemindahan menggunakan penganggar kos, supaya anda tidak terkejut dengan amaun yang akan ditolak  daripada jumlah penuh.

2) Paypal

Dengan PayPal, sesiapa pun di seluruh dunia boleh mendapatkan khidmat pembayaran yang selamat, mudah, serta terjamin. Asalkan kedua-dua pihak mempunyai akaun PayPal (yang anda boleh daftar secara percuma).

Untuk memindahkan wang, anda hanya memerlukan alamat emel dan nombor telefon penerima sahaja. Penerima akan mendapat pemberitahuan serta-merta akan transaksi yang telah berlaku dan mereka boleh pilih apa yang mereka ingin lakukan: simpan wang tersebut dalam paypal, pindahkannya ke akaun bank tanpa sebarang kos, atau minta cek daripada PayPal.

Sudah tentulah ada caj minima yang terlibat dalam mana-mana perkhidmatan sekalipun. Di Malaysia, pembayaran domestik akan dikenakan caj 3.9% + RM2*, manakala bagi bayaran antarabangsa, caj pembayaran adalah 4.4% + RM2*.

*Ini merupakan caj tetap PayPal, anda boleh baca mengenainya di sini.

3) WorldRemit

Ini merupakan satu lagi alternatif bagi khidmat pemindahan wang. WorldRemit merupakan sebuah startup yang diasaskan di London dan telah berkembang dengan pesat, dengan menyasarkan dua bilion orang yang tidak mempunyai akaun bank biasa.

WorldRemit menawarkan pilihan untuk anda menghantar wang di mana sahaja (melalui smartphone, tablet ataupun laptop), dan ia juga merupakan satu aplikasi kos rendah yang bukan sahaja mudah, malah berkesan. Penghantar boleh memilih bagaimana wang tersebut akan dihantar: kutipan wang, deposit bank, wang mobil ataupun topup mobil.

Anda hanya perlu pilih negara penerima, cara penghantaran, jumlah penghataran dan masukkan buti-butir penerima. Bayar caj yang dinyatakan, dan wang tersebut akan dipindahkan dalam masa beberapa minit sahaja.

Bagaimana hendak membandingkan antara syarikat-syarikat

Ada beberapa faktor yang anda perlu pertimbangkan dalam memilih syarikat pemindahan wang yang paling sesuai buat keperluan anda:

1) Kadar tukaran

Mungkin faktor paling penting yang anda perlu pertimbangkan adalah kadar tukaran wang asing yang akan menentukan berapa banyak matawang kita yang diperlukan supaya penerima mendapat jumlah yang mereka betul-betul perlukan. Oleh kerana nilai ringgit kini semakin merudum, anda perlukan lebih lagi daripada biasa!

2) Jumlah yang hendak dipindahkan

Kebanyakan syarikat mempunyai jumlah minimum yang boleh dipindahkan, dan jumlah ini berbeza daripada satu syarikat ke syarikat yang lain. Tapi tahukah anda yang sesetengah syarikat juga mempunyai jumlah maksimum? Ini kerana sesetengah negara ada undang-undang mereka sendiri bila membabitkan pemindahan wang.

3) Caj pemindahan

Ini merupakan satu lagi faktor yang perlu diambil kira. Ada syarikat yang mungkin mempunyai kadar tukaran wang asing di pasaran, tetapi mengecaj jumlah yang tinggi bagi khidmat mereka. Jadi pastikan sama ada ianya caj yang tetap, berdasarkan peratus, ataupun tiada caj langsung, biasanya semua ini adalah ditunjukkan sebelum anda membuat bayaran.

4) Tempoh pemindahan

Sebelum ini, proses memindahkan wang boleh mengambil masa beberapa hari bekerja sebelum amaun tersebut nampak di dalam bank anda. Namun dengan teknologi moden kini, banyak syarikat bukan bank menawarkan khidmat yang membolehkan wang tersebut dihantar serta-merta, ini sangat berguna terutamanya di waktu kecemasan.

5) Cara kutipan

Zaman kini, anda tidak perlu lagi mengisi pelbagai borang yang melecehkan, malah tidak perlu beratur untuk mengutip wang anda. Pilih syarikat yang mempunyai beberapa pilihan, manalah tahu penerima anda tidak mempunyai baink, ataupun bagi yang sedang bermusafir

6) Khidmat pelanggan

Ada masalah dalam transaksi anda, kepada siapa perlu anda mengadu? Periksa sama ada syarikat yang menawarkan khidmat tersebut juga mempunyai khidmat pelanggan pada hari minggu dan cuti umum, dan sama ada ianya khidmat 24 jam.

Beberapa fakta tentang pemindahan wang:

Memang impian semua rakyat Malaysia untuk tinggal di negara yang mempunyai nilai matawang yang tinggi. Kadar gaji yang tinggi serta nilai ringgit yang merudum merupakan dua faktor utama; ia membolehkan rakyat Malaysia menyimpan lebih banyak wang berbanding di negara sendiri, di samping mengirim wang kepada yang tersayang.

Satu dunia pun mempunyai pendapat yang sama, seperti yang ditunjukkan dalam fakta dan nombor (diambil dari World Bank) di bawah:

1) Pemindahan wang mengalir tiga kali ganda daripada kesemua pertolongan pembangunan rasmi (istilah yang digunakan untuk menggambarkan bantuan kewangan antarabangsa) daripada semua sumber.

2) Dijangkakan yang satu daripada tujuh orang di dunia terlibat dalam proses pemindahan wang – sama ada memberi atau menerima – menyumbang kepada lebih USD450bil (kira-kira RM1.93tril) pada 2017. Ini merupakan 51% lebih banyak wang daripada sedekad yang lalu. Lebih daripada 200 juta pekerja asing akan menampung 800 juta keluarga secara global, menurut Dana Antarabangsa untuk Pembangunan Pertanian (IFAD).

3) Bank Dunia melaporkan yang jumlah rakyat yang tinggal di luar negara kelahiran mereka dijangka melebihi aras 250juta (3.4% daripada populasi dunia) tahun ini. Koridor Mexico-Amerika merupakan koridor terbesar di dunia, diikuti oleh Russia-Ukraine dan akhirnya Bangladesh-India.

4) Pada 2016, Bank Dunia juga mengjangkakan aliran pemindahan wang daripada negara berpendapatan rendah ke negara berpendapatan sederhana untuk mencapai USD442bil (kira-kira RM1.89tril), satu peningkatan sebanyak 0.8% sekitar 2015.

5) Orang Asia nampaknya dalam misi untuk memecah dan menakluk! Laporan darpada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan hampir separuh daripada pendatang di peringkat antarabangsa adalah lahir di Asia, dengan Asia menerima 55% daripada aliran pemindahan wang ini. Antara 2000 ke 2015, jumlah pendatang dari Asia meingkat lebih banyak berbanding rantau lain, dengan jumlah keseluruhan 256uta pendatang tambahan.

6) Dari segi tempatan, Malaysia termasuk dalam senarai teratas negara yang mengirimkan wang mengikut Buku Fakta 2016 Bank Dunia. Pada tahun 2014, Malaysia mencatakatkan jumlah sebanyak RMUSD8.1 bil (kira0kira 34.8bil), iaitu 2.4% daripada GDP.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)