Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Sebab Kenapa Korang TAK PATUT Join Pesta Kaamatan/Hari Gawai

BY Nisya Aziz

Updated 30 May 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Tak lama lagi korang akan travel (atau tengah dalam planning) ke Malaysia Timur, yang di mana sebagai rakyat Malaysia, korang masih kena menghadap imigresen untuk mendapatkan pas lawatan sosial untuk masuk ke Sabah atau Sarawak. Tapi korang tak kisah pasal semua tu sebab korang nak jugak join Pesta Kaamatan atau Hari Gawai.

Walaupun korang excited semacam, korang mesti tak tahu apa yang korang boleh jangkakan, kan? Haa… nasib baiklah korang jumpa artikel ni sebab kami mungkin akan (ataupun tak) ubah persepsi korang pasal sambutan ni. Nak tahu kalau korang boleh setuju dengan sebab yang kami bagi ataupun tak, bacalah dulu.




 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Tradisi dan budaya orang lain tak cukup menarik untuk korang


Di Sabah, Tadau Kaamatan diraikan sebagai tanda penghargaan terhadap semangat, atau lebih dikenali sebagai Bambarayon, setelah menuai padi. Ia juga disambut untuk memperingati semangat korban Huminodun yang menurunkan hujan pada musim kemarau untuk selamatkan penduduk kampung dari kelaparan.



Kat Sarawak pulak, sambutan Hari Gawai ni lebih bersifat keagamaan untuk suku Dayak masa dulu-dulu. Katanya ia disambut sebagai tanda terima kasih kepada tuhan mereka yang dikenali sebagai "Petara" setiap kali selepas menuai dan sebelum memulakan penanaman padi. Sekarang pulak, ia disambut sebagai perayaan perpaduan, aspirasi dan harapan.

Sorry lah,tercerita lebih pulak. Admin tak sengaja nak buat korang boring pasal cerita-cerita camni sebab tak menarik kan.

 

2. Korang tak suka makanan yang sedap dan adventurous


 Konsep ‘food is life’ ni boleh buat korang rasa menyampah. Bukan nak cakap apa lah, tapi kalau korang join jugak sambutan menuai ni, jaga-jagalah - sebab korang akan dihidangkan  dengan banyak makanan tempatan yang lazat. Memang boleh tension, okay.



Kalau korang nak tahu, salah satu menu utama Kaamatan adalah Hinava - ikan mentah yang dah dimarinate dengan air limau dan dihiasi dengan cili dan bawang. Mangga liar (bambangan) pun adalah salah satu makanan yang korang disarankan untuk cuba. Lagi satu, orang-orang kat sana akan cuba untuk suruh korang makan ulat sagu yang berlemak dan bagus untuk kesihatan sebab bak kata orang muda sekarang - YOLO. 



Untuk mereka yang pergi ke Pesta Gawai pulak, korang akan jumpa makanan femes kat sana yang dipanggil pansoh manok iaitu ayam dan serai yang dimasak dalam buluh di atas api terbuka. Huishh, memang sedap tapi untuk korang apa lah sangat makanan-makanan yang dihidangkan tu. Baik makan Nasi Kukus Ayam Berempah kat Klasik Hijau hari-hari, kan?


 

3. Minuman daripada beras? Pelik doh


Tahu tak, kalau korang campur beras ketan yang dah dimasak, ragi , air dan gula, korang akan dapat minuman yang dipanggil tuak (kat Sabah dorang panggili lihing). Bukan nak cakap apalah, tapi Tuak ni memang benda yang wajib ada kat pesta menuai ni.



Dan kat Sarawak, kalau korang takde sekatan keagamaan, korang akan disuruh untuk sertai  "pub crawl" - melawat rumah panjang yang berbeza untuk minum tuak dengan penduduk tempatan! Tapi disebabkan minum air beras ni tak berapa nak hip untuk korang dan apa saja benda pelik korang tak terima, memang korang akan rasa macam janggal. Nak nak kalau diorang dah ajak, pastu korang reject. 

 

4. Korang takkan terpersona dengan persembahan kebudayaan 


Kami nak ingatkan korang supaya berhati-hati sebab kami boleh jamin yang pesta menuai ni akan dipenuhi persembahan yang akan membuat k orang kagum sampai korang lupa macam mana nak bernafas. Jadi korang sure ke nak join sambutan-sambutan ni?



Contohnya, masa Pesta Kaamatan, korang akan berpeluang untuk tengok Tarian Buluh yang dikenali sebagai Magunatip. Kami panggil ni sebagai tarian stamina-siapa-yang-paling-bagus sebab steps dorang penuh dengan lompat sana sini dengan buluh. Pastu, setiap pergerakan kaki akan jadi lebih cepat dan semakin pantas sampai korang pun akan turut semput jugak. Effect dia memang takleh buat bincang tau.



Untuk Hari Gawai pulak, korang boleh tengok tarian yang lebih tenang seperti tarian Ngajat. Masa dulu-dulu, tarian ni dilakukan oleh pahlawan masa diorang balik dari pertempuran - sekarang tak dah lah. Walaupun tarian ni terdiri daripada pergerakan badan, tangan dan kaki yang lemah gemalai, korang masih boleh bulu roma korang meremang sebab penari tu kadang-kadang akan jerit jeritan pertempuran time tengah-tengah menari. Korang pun nanti akan konfius - nak rasa seram sejuk ke atau nak rasa kagum dengan persembahan ni.
 

Atau toksah dengar cakap kami dan rasakan pengalaman tu sendiri


... sebab pengalaman seseorang tu kan sangat subjektif. Selain itu, kalau korang masih tak dapat memo, kami sebenarnya bergurau je. Dengan semua butiran pasal Pesta Kaamatan dan Hari Gawai, of courselah tajuk dia patut jadi  4 Sebab Kenapa Anda Korang Kena Join Pesta Kaamatan/Hari Gawai. Jadi, pergilah korang ke sana dan hopefully korang akan dapat pengalaman yang best-best belaka. 

NOTA: Dan untuk korang yang nak travel tapi dan takde travel insurance (insurans perjalanan), boleh dapatkan ia kat SINI. Bukannya apa, kita takkan tahu bila suka akan bertukar menjadi duka. Gitew.


JANGAN LUPA BACA:
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)