Mitos 1: Pelaburan ni rumit lah.
Okay, ni ada betul dia sebab ada produk kat luar sana yang memang complicated. TAPI, ada lagi banyak produk dan platform yang mudah untuk korang paham. Siap ada yang boleh tolong set up portfolio yang sesuai ikut keperluan, kemampuan dan tahap risiko korang.
Contohnya macam aplikasi pelaburan Affin Hwang, Allocate Plus. Kalau nak tahu, app ni berfungsi sebagai penyelesaian digital untuk para pelabur yang mencari cara yang lebih senang untuk buat transaksi Unit Amanah (Unit Trust), dan Skim Persaraan Swasta (PRS) menggunakan peranti mudah alih tak kira masa dan tempat.
Selain tu, kami paham kalau bakal pelabur rasa insecure nak mula sebab banyak istilah pelaburan yang rumit. Tapi, dengan Allocate Plus, korang tak perlu risau. Diorang guna perkataan yang senang untuk semua orang paham.
Mitos 2: Perlu hire orang lain untuk uruskan duit.
Takde masalah pun kalau korang ada duit berjuta-juta dan perlukan bantuan profesional untuk kurangkan pembayaran cukai.Kami tak nafikan yang ada banyak kelebihan kalau guna pakar tapi TAK PERLU PUN TAKPE. Harga servis diorang pun bukannya biashe-biashe; MAHAL.
Kalau korang baru nak mula, lebih prefer do-it-yourself (DIY) sendiri tanpa perlu bersusah payah monitor pelaburan korang macam helang, boleh save duit tu dengan memilih platform pelaburan online yang automatik dan senang guna. Silap-silap, datuk dan nenek korang pun boleh guna.
Katakan korang bukak akaun dengan Allocate Plus, hanya perlu top-up portfolio pelaburan, tebus dan tukar antara dana yang ditawarkan je tanpa perlu bantuan sesiapa pun!
Mitos 3: Kena ada banyak duit untuk melabur.
Memang salah lah kalau korang anggap pelaburan ni hanya untuk orang have-have, CEO duit berkepuk-kepuk dan broker saham yang drive Ferrari. Sebenarnya, korang hanya perlukan modal yang kecik je untuk mulakan portfolio pelaburan yang boleh kasi pulangan dari masa ke masa.
Dengan ada internet dan teknologi (syukur), ada pelbagai cara melabur yang tak perlukan amaun minimum yang tinggi. Yang bagusnya, lebih senang nak akses dan sesuai untuk semua jenis pelabur.
Platform-platform ni dapat tolong korang untuk rasa lebih selesa dalam pelaburan so that boleh start awal dan tengok pelaburan berkembang. Sebagai contoh, Allocate Plus menyediakan fleksibiliti untuk korang melabur dengan nilai serendah RM50 tanpa tempoh terkunci (lockin).
Mitos 4: Pelaburan sangat berisiko.
Tak dinafikan yang risiko memang ada bila buat pelaburan. Tapi, sangat berisiko? Itu bergantung kepada jenis pelaburan yang dibuat. Selain dari simpanan tetap konvensional, dana pasaran wang dan ASB, korang boleh jugak pilih Unit Amanah (Unit Trust) dan Pertukaran Dana Dagangan (ETF).
In case korang tak sure, chill je. Kebanyakan aplikasi pelaburan akan tolong rancang portfolio dengan tanya beberapa soalan. Cam Allocate Plus, diorang bagi korang pilih combo portfolio yang menawarkan kepelbagaian sesuai dengan matlamat kewangan korang.
Lagi satu, korang boleh tahu dengan clear tahap risiko untuk setiap jenis dana. Perkara ni bukan saja memudahkan akses untuk pelbagai portfolio tapi boleh jugak kurangkan risiko sambil memaksimumkan pulangan korang.
Korang kena tahu, tak kisah lah apa tahap risiko korang, akan ada jenis pelaburan sesuai untuk semua - sama ada korang ni jenis pelabur yang berhati-hati atau agresif. Yang penting kena paham risiko apa yang ada dan berapa banyak korang boleh handle.
Mitos 5: Terlalu muda untuk mula melabur.
Jap, korang pikir since tengah muda dan enjoy ni, boleh mula pikir pasal pelaburan bila dah tua? SALAH, sebab korang mungkin terlepas kelebihan faedah berganda (compound interest)!
Let say korang melabur RM1,000 dalam sebuah pelaburan dengan purata pulangan sebanyak 5% setahun. Bila dah cukup setahun, korang akan dapat extra RM50 - ni faedah simple. Tahun seterusnya, korang akan dapat faedah untuk RM1,000 dan jugak RM50 tu sekali.
Dengan kata lain, faedah korang akan dapat faedah dan semakin lama, duit korang pun akan menjana pendapatan sendiri! Sama jugak kalau start lambat, tapi tak sebagus (optimum) mula awal lah. Tengok perbandingan kat bawah:
Umur (Waktu mula) | Tempoh pelaburan (Tahun) | Tempoh faedah berganda umur 60 (Tahun) | Pelaburan tahunan (RM) | Jumlah amaun dilaburkan (RM) | Jumlah nilai pelaburan pada umur 60 tahun (RM) |
---|---|---|---|---|---|
30 | 20 | 30 | 12,000 | 240,000 | 837,960.42 |
40 | 20 | 20 | 12,000 | 240,000 | 467,912.72 |
**Untuk tujuan ilustrasi. Tidak menunjukkan secara spesifik prestasi lama atau baru alat pelaburan.
Table kat atas ni menunjukkan yang kalau korang mula melabur 10 tahun awal, memang konfem dapat pulangan berlipat kali ganda. Tu pentingnya korang manfaatkan kelebihan ni selagi boleh!
Moral cerita ni: Jangan biarkan cerita dongeng control kewangan korang
Cara terbaik untuk lawan mitos pelaburan ni adalah pendidikan kewangan. Kalau kita semua ada pemahaman yang sama pasal pelaburan, memang senang nak hilangkan salah paham dan kepercayaan mitos ni.
Jadi, camne? Ada yang berhasrat nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan? Ni kami nak cadangkan korang guna Allocate Plus.
Korang hanya perlukan handphone dan RM50 untuk set up akaun; dan mula melabur dalam pelbagai produk termasuklah Unit Amanah dan Skim Persaraan Swasta (semua ada dari konvensional dan patuh Syariah!). Korang jugak akan ada akses untuk pelbagai kelas aset (ekuiti, pendapatan tetap dan emas) dan terdedah dengan pelaburan luar Malaysia camne.
Tengok video bawah ni untuk tahu lebih lanjut pasal Allocate Plus:
Berminat? Download Allocate Plus kat Google Play dan Apple Store untuk mula melabur hari ni!
Untuk info lebih atau korang ada soalan nak tanya, baca page FAQ ni.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.