Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Duit Dalam Akaun Bank Hilang, Ini Yang Patut Korang Buat!

BY Nursabihah Zainuddin

Updated 12 Mar 2020





Pernah tak korang dengar atau terbaca kes duit dalam akaun bank tiba-tiba hilang atau baki kurang daripada yang sepatutnya? Lepas tu duit yang hilang tu kadang-kadang bukan sikit tapi banyak weh! Sape je yang tak panik, kan? Tapi korang takyah risau, ada je saluran yang betul untuk korang dapatkan semula duit tu, ikut langkah-langkah yang admin kongsikan ni sebab semua ni berpandukan dari pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tau! 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Langkah 1: Buat laporan dekat Unit Aduan bank yang terlibat.

Bila perkara ni jadi,  korang kena cepat-cepat buat laporan pada Unit Aduan dekat bank yang korang hilang duit tu. Pastikan laporan yang korang buat tu lengkap dengan maklumat yang terperinci sebab nanti senanglah pihak bank nak buat siasatan lanjut ke atas kes korang ni. 


Langkah 2: Buat laporan dekat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lepas dah buat laporan dekat Unit Aduan bank yang terlibat, korang kena juga buat laporan dekat pihak polis (PDRM). Pergi je mana-mana balai polis yang dekat dengan tempat korang. Lepas tu,  terangkan semua yang berlaku dan tindakan yang korang dah buat dekat pihak polis. 


Langkah 3: Tunggu respon dari pihak bank dalam masa 14 hari.  

14 hari diperlukan untuk kes ni disiasat dan korang akan terima maklum balas daripada pihak bank. Kalau tak ada respon lepas 14 hari, korang kena follow-up balik dengan pihak bank yang terlibat tau. 


Langkah 4: Buat aduan kepada pihak BNM.

Kalau maklum balas yang korang tunggu tak berbalas, ataupun korang tak puas hati dengan maklum balas yang diberikan oleh pihak bank, korang boleh jugak buat aduan lanjut dekat  saluran bantuan, iaitu pihak BNM.

Tapi, sebelum korang buat aduan, ada beberapa skop yang pihak BNM takkan kendalikan tau, baca senarai bawah ni: 


Sumber imej: Malay Mail

BNM tak  akan kendalikan skop bawah ni:

  • Aduan di bawah bidang kuasa OPK, AKPK dan SIDREC;  
  • Aduan yang telah dikemukakan kepada Mahkamah/Tribunal Pengguna, dan yang dikemukakan melalui firma-firma peguam atau yang sedang mereka kendalikan;  
  • Aduan yang tidak menyatakan nama pengadu, tidak ditandatangani, tidak jelas atau aduan oleh pihak ketiga yang tidak dibenarkan;  
  • Aduan oleh ejen institusi perkhidmatan kewangan seperti ejen insurans/takaful, pengutip hutang dan penarik kenderaan terhadap prinsipalnya;  
  • Aduan oleh kakitangan PPK terhadap majikan mereka;  
  • Aduan yang melibatkan tuntutan insurans/takaful melebihi RM500,000 kecuali jika ia berkaitan dengan aduan mengenai kualiti perkhidmatan dan pengendalian tuntutan tidak adil;  
  • Aduan mengenai bengkel kereta yang tidak tersenarai dalam Skim Bengkel Pembaiki Kereta Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM);  
  • Aduan mengenai keputusan komersial yang tidak melibatkan isu mengenai salah guna polisi dan standard BNM;  
  • Aduan terhadap institusi bukan di bawah kawal selia BNM seperti koperasi, syarikat kredit, pemajak gadai dan peminjam wang berlesen bukan bank;  
  • Aduan bukan di bawah bidang kuasa BNM seperti penipuan, pemasaran pelbagai peringkat dll.


Macam mana nak buat pertanyaan atau aduan dekat BNM? 



Ada 3 cara yang boleh korang ajukan aduan atau pertanyaan: 


1. Pusat Perkhidmatan Pelanggan bagi Pengunjung

BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)
Bank Negara Malaysia
Blok D, Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur

Pejabat BNM Pulau Pinang
No. 27, Lebuh Light
10200 Pulau Pinang

Pejabat BNM Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
80000 Johor Bahru

Pejabat BNM Kuala Terengganu
Jalan Sultan Mohamad
21100 Kuala Terengganu
Terengganu

Pejabat BNM Kota Kinabalu
Jalan Lapan Belas
88000 Kota Kinabalu

Pejabat BNM Kuching
Jalan Satok
93000 Kuching

Waktu urusan: 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Isnin – Jumaat).
Kecuali untuk Pejabat BNM Kuala Terengganu : 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Ahad - Khamis).


2. Melalui borang di laman web: eLINK


3. Hubungi pusat hubungan BNM TELELINK

  • Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
  • Overseas: +603-21741717
  • Waktu urusan: 9.00 a.m. - 5.00 p.m. (Isnin - Jumaat)

Admin harap apa yang dikongsikan ni dapat membantu korang semua, kalau boleh jauhkanlah ye semua benda ni berlaku dekat kita, tapi kalau dah terjadi, at least korang tahu dah nak setel masalah ni guna saluran yang betul. Share lah dekat kawan-kawan korang k!

Baca jugak:




 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nursabihah Zainuddin

Seorang penulis artikel sambilan, Sabihah gemar menulis artikel topik kewangan. Katanya, “Ada ilmu, baru berduit!”

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)