Kriteria kelayakan TRA adalah seperti berikut:
- Individu B40 yang merupakan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- Perusahaan Mikro dengan jumlah kelulusan pinjaman atau pembiayaan sehingga RM150,000 bagi setiap kemudahan dan memenuhi salah satu kriteria seperti berikut:
b) Mempunyai kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa
PENTING: Untuk memenuhi kriteria kelayakan TRA, pinjaman atau pembiayaan pelanggan juga mesti diluluskan sebelum 1 Oktober 2020 dan tidak tertunggak melebihi 90 hari pada tarikh permohonan. Pelanggan yang memohon TRA boleh memilih antara penangguhan ansuran bulanan selama 3 bulan atau pengurangan bayaran ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan untuk pinjaman/pembiayaan mereka. Selain itu, Maybank juga akan menawarkan pakej komprehensif lain kepada golongan pelanggan tersebut.
Semua permohonan TRA yang diluluskan akan berkuatkuasa dari 1 Disember 2020 sehingga 30 Jun 2021.

* Sumber imej: NST
Permohonan boleh dibuat dengan mudah melalui 4 saluran yang disediakan seperti berikut:
- Memohon melalui e-mel kepada weassist@maybank.com (untuk pelanggan individu) atau SMErelief@maybank.com (untuk pelanggan PKS), dengan memberikan nama, nombor Kad Pengenalan, nombor telefon dan jenis pinjaman (contoh: Gadai Janji, Sewa Beli, Pembiayaan Pinjaman Berjangka). Untuk pemohon dengan pinjaman Sewa Beli, sila nyatakan Nombor Kenderaan juga.
- Hubungi mana-mana cawangan kami, Pusat PKS atau Pusat Kewangan Auto (mana yang berkaitan) di seluruh negara
- Hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688, dan tekan *1 untuk Bantuan Pembayaran Balik; atau
- Memohon secara dalam talian melalui Maybank2u (untuk pelanggan individu dan perniagaan milikan tunggal) atau Maybank2u Biz (untuk Perusahaan Mikro dan PKS) - tersedia bermula 5 December 2020.
Selain itu, proses permohonan juga telah dipermudahkan untuk kumpulan terpilih. Bagi pelanggan B40 dan Perusahaan Mikro yang memenuhi kriteria kelayakan untuk TRA, tiada dokumentasi diperlukan manakala pelanggan M40 yang terdaftar dalam pangkalan data Bantuan Prihatin Nasional hanya memerlukan kenyataan pengisytiharan diri untuk permohonan Bantuan Pembayaran Balik mereka.
NOTA: Mereka yang ingin memohon di cawangan kami digalakkan untuk membuat janji temu secara dalam talian dengan menggunakan Maybank EzyQ (melalui Maybank2u) sebelum lawatan mereka. Pelanggan boleh memilih cawangan, tarikh serta waktu temu janji, dan janji temu boleh dibuat seawal satu hari bekerja dan sehingga 10 hari bekerja lebih awal dari tarikh yang dijadualkan di www.maybank2u.com.my/ezyq.
Untuk maklumat lebih lanjut dan untuk membaca soalan lazim mengenai pakej Bantuan Pembayaran Balik Maybank, termasuk TRA, sila kunjungi www.maybank2u.com.my/covid19 atau hubungi Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1-300-88-6688, dan tekan * 1 untuk “Bantuan Pembayaran Balik”.