Tapi, dengan keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang tak stabil, boleh ke matlamat RMK-11 ni dicapai?
Jawapan simple: Bukan dalam masa terdekat.
Sumber: Kucing Menangis
Kalau ikutkan Laporan Separuh Penggal RMK-11, Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang pesat dari tahun 1997 dengan jumlah pendapatan negara yang meningkat setiap tahun. Pertumbuhan yang tertinggi sekali direkodkan adalah pada tahun 2017 dengan kadar kenaikan KDNK sebanyak 5.9%.
Bukan tu je, tahap kemiskinan rakyat pun makin kurang dimana kemiskinan mutlak hampir dibasmi pada tahun 2016 dengan hanya tinggal 0.6% dari jumlah rakyat.
Selain itu, kenaikan harga barang kat Malaysia pun agak stabil sejak 1992, kiranya kadar inflasi kita takde lah seteruk yang disangkakan.
Cumanya, ada isu-isu lain yang menyebabkan rancangan ni tergendala, macam...
1. Masalah pengangguran rakyat
Kadar pengangguran dalam kalangan belia masih lagi tinggi. Pada tahun 2017, kadar pengangguran yang direkodkan adalah sebanyak 10.5%. Selain tu, isu pemberhentian kerja jugak semakin ketara pada tahun 2018. Sebanyak 48% (15,903) yang telah diberhentikan adalah dari golongan mahir sebenarnya - jangan terkejut.
2. Jurang pendapatan antara golongan B40, M40 dan T20

Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-11
Berdasarkan graf kat atas ni, korang boleh lihat dengan jelas yang jumlah pendapatan golongan T20 dan M40 semakin meningkat setiap tahun manakala purata pendapatan golongan B40 tak banyak berubah sejak tahun 1970.
3. Kos sara diri semakin meningkat
Walaupun inflasi stabil tapi kos sara diri tetap meningkat dan tak selari dengan peningkatan gaji rakyat. Kesannya, kuasa beli kita semakin terjejas. Tengok contoh perbandingan ni kalau nak faham dengan lebih lanjut. Harga gula tapis halus 2009: RM1.65
Harga gula tapis halus 2019: RM2.95
Peratusan kadar kenaikan selama 10 tahun: 78%
Gaji permulaan fresh grads 2010: RM2,228
Gaji permulaan fresh frads 2018: RM2,618
Peratusan kadar kenaikan selama 8 tahun: 17%
4. Produktiviti yang perlahan
Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-11
Kat sini admin nak jelaskan yang produktiviti bukan diukur dengan jumlah masa bekerja tapi dengan gunakan konsep hubungkait antara permintaan, tenaga buruh dan modal.
Selagi ada high demand, selagi tu syarikat boleh laburkan modal yang lagi efisyen dan meningkatkan kadar ‘produktiviti’.
Cumanya, disebabkan produk dan perkhidmatan Malaysia takde high demand, modal yang dikeluarkan pun sikit. Sebab tu lah kadar produktiviti (MFP) rakyat hanyalah sebanyak 37.8% dan tak mencapai sasaran gomen, iaitu sebanyak 40.0%.
5. Agihan pendapatan setiap negeri yang tak seimbang.
Sumber: Kajian Separuh Penggal RMK-11
Pendapatan negeri 2017 menunjukkan negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Sabah mempunyai kadar KDNK yang tak capai pun pendapatan purata negeri, iaitu sebanyak RM42,200. Maksudnya kat sini, tak semua negeri mampu nak menyumbang kepada GNI Malaysia.
6. Kesukaran untuk menjalankan perniagaan kat Malaysia
Berdasarkan Indeks Daya Saing Global (Global Competitiveness Index, GCI) 2018, Malaysia jatuh di tangga 25 berbanding pada tahun 2010, di kedudukan 23 dari 183 negara. Isu ni terjadi sebab Malaysia dah hilang daya tarikan sebagai destinasi pelaburan. Para pelabur dan usahawan dapati isu macam dasar gomen yang tak konsisten, rasuah, rejim cukai, dasar pekerja dan inflasi menjadi halangan utama untuk bukak perniagaan kat Malaysia.
Jadi, bila sebenarnya Malaysia mampu jadi negara berpendapatan tinggi?

Sumber: Kotak Otak
Jadinya, setelah buat semakan separuh penggal RMK-11, Bank Dunia meletakkan target baru - Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi di antara tahun 2022 sehingga 2025 dengan kadar GNI sebanyak US$12,236 (RM50967.41). Jangkaan ni dilihat sebagai matlamat mampu capai setelah melihat pertumbuhan ekonomi Malaysia yang bakal meningkat kepada 4.7 sen pada tahun 2019 dan 4.6 sen pada tahun 2020. Gomen jugak dah set fokus yang baru untuk capai matlamat ni - rujuk gambar kat bawah.

Sumber: Melakafm
Apa lagi langkah yang gomen buat untuk pastikan Malaysia capai target ni?

Sumber: Friends DSAI
PM kita mahu jadikan pentadbiran gomen lebih telus untuk menarik semula dan memulihkan keyakinan pelabur ke Malaysia. Jadinya, berikut adalah langkah yang dibuat oleh gomen baru:
- Wujudkan jawatankuasa pemilih yang akan bertanggungjawab menilai perlantikan jawatan utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.
- Gomen jugak nak perangi rasuah secara menyeluruh - jadikan SPRM sebagai sebuah badan bebas sepenuhnya dan mengkaji semula akta SPRM.
- Menilai kembali Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mempertingkatkan undang-undang pencegahan rasuah.
- Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas aduan dan salahlaku polis bagi memperkasakan integriti serta mencegah salahlaku dalam anggota polis.
Selain cuba perangi rasuah, gomen jugak cuba jadikan kita sebagai rakyat yang lebih berkualiti dan mampu beri pulangan kepada negara. Contohnya, melalui Belanjawan 2019, gomen bagi peruntukan paling banyak kepada Kementerian Pendidikan - sebanyak RM60.2 billion daripada keseluruhan belanjawan. Peruntukan tersebut digunakan sebagai bantuan pendidikan bagi pelajar B40, pelajar tajaan mara, peruntukan modal R&D di peringkat universiti dan sebagainya.
Kalau nak tau apa lagi yang gomen buat untuk jadikan negara berpendapatan tinggi, baca ni: 19 Perubahan Yang PH Buat Untuk Rakyat Selepas SETAHUN Memerintah
Jadinya, apa pendapat korang? Mampu ke Malaysia keluar dari kepompong negara berpendapatan sederhana tinggi setelah sekian lama terperangkap dan seterusnya mencapai hasrat gomen untuk jadi negara berpendapatan tinggi antara tahun 2022 hingga 2025? Kongsikan kat Facebook Loanstreet tau!
Baca Ni Jugak: