Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tingkatkan Perniagaan Anda Dengan DaaS dari RM4.80 sehari

BY Team Loanstreet

Updated 25 May 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Bila perniagaan semakin berkembang, secara tidak langsung anda akan memerlukan lebih ramai pekerja. Dalam masa yang sama, peranti yang betul juga diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti secara cekap dan efektif. Masalahnya, kos yang diperlukan untuk teknologi yang canggih boleh dikatakan agak mahal, dan modal pendahuluan yang diperlukan boleh menjejaskan aliran tunai anda.

Hakikatnya, teknologi yang canggih tidak semestinya perlukan kos yang tinggi.

Tahun 2022 menjadikan fleksibiliti sebagai nadi utama bidang  perniagaan. Pokok pangkalnya, fasa lockdown Covid-19 telah membuka perspektif baru, dimana syarikat MESTI mampu untuk meningkatkan atau mengurangkan skala perniagaan dengan kepekaan yang tinggi dan segera untuk kekal kompetitif.

Jom kita tengok penyelesaian yang anda patut tahu.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Perkhidmatan Peralatan ICT/Device As A Service (DaaS) : Apa & bagaimana ia berfungsi?

loanstreet-manfaat-daas-device-as-a-service-untuk-perniagaan-anda

Untuk pengetahuan anda, DaaS adalah model rantaian bekalan moden untuk pengurusan peranti yang bertindak sebagai penyelesaian perniagaan yang terkenal, terutamanya dalam kalangan usahawan PKS yang kekurangan sumber untuk dilaburkan bagi perkakasan (hardware) secara pukal. Jika diperhatikan, sebenarnya DaaS bukanlah perkara yang baru-ianya telah lama bertapak dalam dunia perniagaan dengan kegunaan mesin fotostat.

Jadi, bagaimana ia berfungsi? Kalau sebelum ni, anda perlu membeli semua perkakasan teknologi secara sekaligus, kini anda boleh menikmati fleksibiliti dengan melanggan secara bulanan untuk menyewa perkakasan peranti seperti laptop, tablet berserta aksesori dengan servis kitaran hayat, run-up dan pemasangan di dalam satu bulan dan satu kontrak untuk setiap individu. Dengan cara ini, anda mampu menjimatkan kos pendahuluan (ATAU TIDAK, dengan melanggan khidmat penyelesaian DaaS seperti SNS OnePlan™).

Kalau anda perhatikan, konsepnya agak mudah dan lebih kurang sama seperti anda melanggan saluran Netflix atau Amazon Web Services. Cuma, terdapat sedikit kekeliruan dengan beberapa konsep teknologi perniagaan moden yang juga menggunakan istilah DaaS seperti— Data sebagai perkhimatan (Data as a Service)  atau Desktop sebagai perkhidmatan (Desktop as a service). Pastikan anda semak terlebih dahulu sebelum memilih.


Jadi, bagaimanakah DaaS boleh membantu perniagaan anda berkembang dengan kadar perbelanjaan minimum?

Untuk pengetahuan anda, DaaS mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding sewaan standard:

1. Kurangkan perbelanjaan modal

loanstreet-manfaat-daas-device-as-a-service-untuk-perniagaan-anda

Pembelian perkakasan secara langsung sememangnya melibatkan jumlah perbelanjaan yang kukuh. Secara tidak langsung, perbelanjaan tersebut boleh dikatakan agak membebankan bila adakalanya anda tidak mempunyai modal tambahan untuk dibelanjakan bagi urusan yang selain penjanaan.

Apa-apa pun, jangan risau! Dengan adanya penyelesaian berasaskan perkhidmatan seperti DaaS, anda boleh beralih daripada model perbelanjaan modal (CapEx) kepada perbelanjaan operasi (OpEx). Maksudnya, anda sendiri yang akan tetapkan skala bilangan peranti samada tinggi ATAU rendah, untuk kesesuaian dan keperluan perniagaan anda, serta mengurangkan kos.
  PERANTI PEROLEHAN DAAS  (SNS ONEPLAN™)
KOS PERMULAAN Tinggi Tiada
PEMASANGAN Konfigurasi Berbilang Sekali sahaja
SOKONGAN & PENYELENGGARAAN Sokongan daripada pasukan IT dalaman Sokongan disediakan sebagai sebahagian daripada kontrak
KEBOLEHLAKSANAAN Tetap (kos lebih tinggi) Bayaran untuk setiap penggunaan (kos lebih cekap)
JANGKA HAYAT PERANTI Bajet dan kitaran baru yang sukar diramal Peranti tamat hayat dilupuskan & dikitar semula dengan selamat
Seperti yang anda lihat, kos yang diperlukan bagi sesebuah peranti bergerak seiring dengan masa, dan berpunca dari faktor seperti kerosakan yang tidak disengajakan, hilang (pekerja jarak jauh), peranti lama, pelanggaran keselamatan (security breach), dan sebagainya. Hal-hal inilah yang boleh mendatangkan kerugiaan dari segi kos yang perlu ditanggung bagi tujuan baik pulih dan penyelenggaraan.

Dengan DaaS, anda hanya perlu bayar untuk perkhidmatan yang anda perlukan sahaja kerana kos yang dikeluarkan akan dikira mengikut kegunaan individu. Secara tidak langsung, anda akan lebih bersedia dengan jumlah kos yang perlu dikeluarkan dan mengurangkan jumlah kos pemilikan dan perkhidmatan kitaran hayat yang boleh didapati dalam satu pakej.
 

2. Dapatkan teknologi terkini

loanstreet-manfaat-daas-device-as-a-service-untuk-perniagaan-anda

Jika sebelum ini anda masih setia menggunakan peranti yang lapuk, DaaS menawarkan jalan penyelesaian terbaik untuk anda dapatkan peranti baru yang jauh lebih canggih dan selari dengan perkembangan teknologi. Paling penting, DaaS meliputi pengurusan dan kemaskini peranti, menepati beban kerja terkini. Anda hanya perlu kemas kini peranti apabila anda memperbaharui sewaan –masalah pun selesai!

Apabila anda memindahkan tanggungjawab dan kos pelupusan peranti secara selamat daripada organisasi kepada pembekal, tidak mustahil yang perniagaan anda mampu mencapai tahap kecekapan yang lebih tinggi dari segi perbelanjaan dan proses pembaharuan semula perkakasan.

Sebagai contoh, salah satu pembekal DaaS di Malaysia, SNS Network telah disahkan oleh Peranti Intel sebagai Pakar Perkhidmatan. Ini bermaksud, mereka telah menunjukkan pengalaman yang menyeluruh dari segi pelaksanaan penyelesaian berasaskan Intel®. SNS Network juga mempunyai akses kepada beberapa nilai tambah yang didapati daripada Intel yang membezakan mereka daripada pesaing dari aspek penyediaan penyelesaian yang lebih baik untuk anda.

Dengan SNS OnePlan™, anda akan ditawarkan penyelesaian pintar dan ringkas yang menyediakan pelbagai seleksi peranti, termasuk yang dibina berasakan platform Intel vPro® dengan perkhidmatan kitaran hayat peranti.

Mungkin ada dalam kalangan anda yang tahu, peranti berasaskan Intel vPro® platform, sesuai untuk kegunaan perusahaan kecil, sederhana dan lain-lain.  Ia merupakan pilihan yang sangat baik kerana ia menyediakan prestasi kelas perniagaan, ciri keselamatan perkakasan yang telah dipertingkatkan, keupayaan pengurusan jarak jauh dan kestabilan platform. KLIK DI SINI untuk maklumat lebih lanjut.


3. Mengurangkan permintaan dan beban IT

manfaat-daas-device-as-a-service-untuk-perniagaan-and

Sebagai sebahagian daripada penyelesaian DaaS, anda (pelanggan) boleh menerima bantuan segera sekiranya anda memerlukan khidmat baik pulih atau troubleshooting yang sewajarnya bagi mengelakkan tugas pekerja anda tergendala. Tanpa sistem sokongan IT, anda terpaksa menanggung kerugian dari segi penurunan tahap produktiviti pekerja anda setiap tahun semata-mata untuk mengorbankan waktu bekerja mereka untuk melakukan troubleshoot dan proses kemaskini.

Contohnya, selain tawaran pelbagai pilihan peranti Intel® Core™ yang moden dan terkini dengan perkhidmatan kitaran hayat peranti, SNS OnePlan™ juga dilengkapi dengan sokongan servis menyeluruh, yang merangkumi segala-galanya daripada khidmat konsultasi, pemasangan dan penyelenggaraan.


Apa pendapat anda? Adakah pendekatan DaaS sejajar dengan teknologi yang diperlukan perniagaan anda?

loanstreet-manfaat-daas-device-as-a-service-untuk-perniagaan-anda

Secara keseluruhannya, model DaaS membolehkan perniagaan anda menyesuaikan kegunaan peranti mengikut keperluan serta mengemaskini perkakasan dengan pantas dan kerap tanpa menambah operasi harian. Anda tidak perlu lagi membuang masa atau tenaga untuk mengemaskini teknologi yang amat diperlukan oleh organisasi anda.
manfaat-daas-device-as-a-service-untuk-perniagaan-anda 

Jika anda sedang mencari pembekal DaaS, SNS OnePlan™ patut menjadi pilihan anda  -
Tanpa bayaran pendahuluan dan dari serendah RM4.80* sehari, perkhidmatan berasaskan langganan ini merupakan gabungan daripada sewaan peranti, pengurusan kitaran hayat, pelaksanaan dan pemasangan ke dalam kontrak bulanan tunggal. Lebih  menguntungkan, ianya disertakan sekali dengan sokongan servis dari awal hingga akhir yang merangkumi segala-galanya daripada konsultasi, pemasangan hinggalah kepada penyelenggaraan.

Akhir sekali, seandainya perniagaan anda perlu beroperasi dengan bajet yang agak terhad, jangan risau kerana SNS OnePlan™ juga menawarkan penyelesaian pembayaran yang fleksibel dengan syarat yang sesuai untuk perniagaan anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut atau untuk bertanya tentang SNS OnePlan™, KLIK DI SINI.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!