Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Menderita Dengan Psoariasis, Inilah Kos Rawatannya

BY Team Loanstreet

Updated 22 Jun 2021




Mungkin anda tidak pernah mengetahui sebarang maklumat berkaitan psoriasis atau mengenali sesiapa yang mempunyai penyakit ini. Namun begitu, anda mungkin pernah nampak orang yang menghidapi penyakit itu - kulitnya kemerahan, bersisik, bintik merah atau luka nanah dekat bahagian siku, tangan, muka dan bahagian belakang. 

Mengikut maklumat dari WebMD, psoriasis bukan penyakit kulit seperti jerawat atau ruam, ia adalah sejenis penyakit autoimun kronik yang menyebabkan badan membuat sel baru kulit dalam beberapa hari (bukan beberapa minggu!).

Sumber Imej: everydayhealth.com

Kalau anda mengikuti kisah-kisah selebriti, mesti pernah dengar kisah pengalaman dari selebriti seperti Kim Kardashian dan Cara Delevingne yang juga menghidapi penyakit psoriasis.  

Tetapi, bukan mereka sahaja yang hidup dengan psoriasis.

Penyakit psoriasis ini dialami oleh 2% hingga 3% populasi dunia. Di Malaysia pula,satu kajian dari Medical Journal of Malaysia menjelaskan 2% hingga 6% pesakit baru psoriasis dijumpai di klinik dermatologi pada setiap tahun.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jadi, apakah punca psoriasis? Adakah ia penyakit berjangkit? 

Sumber Imej: WebMD

Satu perkara yang pasti, penyakit psoriasis bukan disebabkan oleh bakteria, atau benda-benda yang boleh merebak antara individu (ia adalah tidak berjangkit!). Secara amnya, pakar percaya yang kebanyakan psoriasis datang dari faktor-faktor yang sama seperti:

  • Ubat-ubatan 
  • Trauma kulit
  • Alkohol
  • Tekanan 
  • Kegemukan 
  • Gangguan endokrin
 

Apakah jenis-jenis psoriasis yang ada?

Mengikut WebMD, ada beberapa jenis penyakit psoriasis ini. Sangat penting untuk mengetahui jenis psoriasis yang anda hidapi supaya boleh berbincang rancangan rawatan dengan doktor. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menguruskan kos rawatan dengan berkesan. 
 

  • Plaque Psoriasis

Jenis yang paling biasa dialami oleh pesakit psoriasis. Mengikut WebMd, 8 dalam 10 orang ada jenis ini. Beberapa simptom untuk jenis ini termasuklah kulit meradang, bersisik dan panau. Kebiasaannya, jenis ini dapat dilihat pada bahagian siku, lutut, kulit kepala dan bawah punggung.
 

  • Nail Psoriasis

Jenis psoriasis ini boleh menyebabkan beberapa simptom seperti lekapan kuku, pemisahan kuku, perubahan bentuk atau ketebalan dan warna kuku. Satu kajian pada tahun 2016 menyatakan bahawa 80% hingga 90% pesakit plaque psoriasis akan mempunyai masalah nail psoriasis.
 

  • Guttate Psoriasis

Bukan jenis biasa dijumpai seperti plaque psoriasis (kurang dari satu pertiga pesakit psoriasis ada jenis ini), jenis psoriasis ini boleh dilihat sebagai bintik merah, bersisik, kecil, berbentuk air mata. Selalunya, golongan kanak-kanak atau belia akan menghidapi jenis ini. 

Sumber Imej: MedicineNet
 

  • Inverse Psoriasis

Kelihatan seperti tompok merah dan berkilat yang muncul di lipatan kulit seperti ketiak, bawah payudara dan kawasan kangkang. Menurut Healthline, pesakit yang menghidapi inverse psoriasis akan menghidapi jenis lain juga seperti plaque psoriasis di bahagian badan lain.
 

  • Pustular Psoriasis

Pustular psoriasis adalah sakit autoimun kulit yang sistemik - luka dipenuhi nanah yang dilindungi oleh kulit merah. Medical News Today ada berkongsi bahawa 1 dalam 10 pesakit pustular psoriasis pernah menghidapi plaque psoriasis.
 

  • Erythrodermic Psoriasis

Satu kajian ada menyatakan jenis penyakit psoriasis ini adalah jenis yang jarang dijumpai. Dianggarkan hanya 1% hingga 2.25% pesakit psoriasis ada jenis ini - pelepasan kulit yang teruk dalam keadaan besar. Beberapa simptom termasuk penumpahan kulit dalam helaian besar, kulit yang kelihatan terbakar, sakit teruk dan gatal.

 

Adakah penyakit psoriasis ini boleh sembuh? Apakah jenis-jenis rawatan yang disediakan?

Malangnya, masih belum ada penawar untuk penyakit psoriasis buat masa ini lagi mengikut Persatuan Dermatologi British. Walau bagaimanapun, ada beberapa rawatan yang dapat membantu melegakan dan menguruskan penyakit psoriasis.  

Kalau gagal dirawat, ia boleh menyebabkan psoriatic arthritis (PsA) atau keadaan kesihatan yang serius seperti kardiovaskular, kencing manis dan kemurungan.

Oleh itu, sangat penting untuk anda berbincang dengan doktor jika ada sebarang simptom yang timbul. Jenis rawatan yang anda akan dapat bergantung dengan jenis dan tahap psoriasis tersebut.
 

  • Rawatan Topikal



Disapukan pada bahagian permukaan kulit untuk rawatan. Boleh didapati dalam bentuk ubat minyak, krim, losyen dan gel. 
 

  • Fototerapi 



Boleh dirawat dengan mendedahkan kulit dengan rawatan cahaya ultraviolet B (UVB) dan ultraviolet A (UVA). Dikenali juga sebagai terapi cahaya, boleh dibuat di hospital, klinik atau rumah - asalkan mempunyai alat rawatan khas. 
 

  • Rawatan Sistemik



Boleh didapati dalam bentuk pil, tablet, kapsul atau ubat cair. Ia menjadi sumber psoriasis yang berpotensi untuk merawat dalam badan anda. 
 

  • Biologik



Sama seperti rawatan sistemik, jenis biologik ini merawat dengan menyekat laluan tertentu dalam sistem imunisasi badan. Rawatan jenis ini boleh diterima melalui suntikan atau infus intravena (IV) yang diberikan melalui jarum. 

Kebanyakan pakar percaya rawatan biologik adalah antara pilihan yang terbaik. Kajian yang dibuat oleh National Center for Biotechnology Information (NCBI) mendapati bahawa lebih separuh dari pesakit psoriasis akan mendapat kulit yang bersih (bergantung pada Peningkatan 100 PASI) pada minggu ke-48.

 

Bagaimana anda boleh menguruskan kos rawatan psoriasis?


Bergantung pada keparahan penyakit psoriasis, kos rawatan merupakan satu beban kewangan yang besar. Berdasarkan petisyen dari Persatuan Psoriasis Malaysia, kebanyakan pesakit tidak mampu untuk menanggung kos rawatan.

Tambahan lagi, kajian tempatan yang dilakukan oleh Jurnal Antarabangsa Kesihatan & Pengurusan menyatakan kebanyakan pesakit-pesakit di Malaysia menghidapi psoriasis tahap sederhana. Dan untuk kos rawatan pula, satu pesakit dianggarkan perlu sebanyak RM5,000 hingga RM36,000 setahun bergantung dengan jenis rawatan dan ubat yang diterima. 

Kalau anda adalah salah seorang pesakit psoriasis yang mempunyai masalah kewangan, berikut merupakan beberapa cara yang boleh dibuat untuk menguruskan kos rawatan:

1. Penjimatan dari pembelian ubat-ubatan.

Sebelum anda mengeluarkan kad kredit untuk bayar ubat minyak rawatan topikal yang mahal, tanya doktor anda tentang sampel ubat percuma terlebih dahulu untuk menguji reaksi kulit. Anda juga boleh tanya berkaitan skim bantuan rawatan atau Program Bantuan Pesakit (Patient Assisted Programme - PAP) untuk menjimatkan kos rawatan.
 

2. Pengeluaran duit KWSP.

Ya, KWSP membenarkan pencarum untuk mengeluarkan duit simpanan dari Akaun 2 untuk membayar perbelanjaan perubatan yang dikeluarkan, rawatan penyakit kritikal DAN/ATAU untuk pembelian peralatan bantuan perubatan.
 

3. Dapatkan perlindungan insurans.

Bincang dengan ejen insurans anda untuk memastikan diri anda dilindungi oleh insurans perubatan untuk kos rawatan dan perubatan.
 

4. Dapatkan pembiayaan alternatif seperti pinjaman peribadi.

Memandangkan kos dan kerumitan jenis rawatan, kesan kewangan rawatan psoriasis boleh jadi sangat tinggi. Kalau anda tidak berkemampuan membeli ubat yang ditetapkan oleh pakar dermatologi, boleh cuba untuk mendapatkan bantuan kewangan. 

KLIK SINI untuk mula membuat perbandingan dari bank-bank berlainan bagi memastikan anda mendapat pinjaman peribadi yang sesuai dengan bajet dan situasi. Jangan biarkan kos rawatan yang tinggi menghalang anda daripada mendapatkan rawatan psoriasis yang sepatutnya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kos rawatan psoriasis, sila berbincang dengan pakar kesihatan anda.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta