Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Walaupun Sarawak Besar, Namun Masih Dianggap Miskin. Kenapa?

BY Irwin Umban

Updated 01 Aug 2019




Pada pendapat admin, Sarawak ni bukanlah sebuah negeri yang miskin seperti mana digembar-gemburkan tapi sebenarnya kaya dengan sumber semula jadi. Kalau korang pernah melawat Sarawak terutamanya di kawasan bandar-bandar utama macam Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu, bandar-bandar ni sebenarnya membangun dengan pesat. Tambahan lagi, industri minyak dan gas telah wujudkan banyak peluang pekerjaan kat Sarawak ni. Keadaan ekonomi yang semakin membangun menyebabkan semakin banyak pusat membeli belah, kompleks kilang dan kelab-kelab malam dibuka demi memenuhi permintaan penduduk.

Dah tu, kenapa masih ramai orang cakap Sarawak ni negeri yang mundur dan miskin? Pelik, kan? Sebab tu, hari ni admin nak rungkaikan kebenaran di sebalik statement yang negatif ni.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sebelum tu, macam mana Sarawak menjadi sebahagian dari Malaysia? 

Sebelum kita terus bincang pasal pembangunan di Sarawak, ada baiknya kalau kita faham dulu sejarah Sarawak ni. Berikut adalah rentetan peristiwa:

31 Ogos 1957: Tarikh keramat ni adalah bukti Tanah Melayu memperoleh kebebasan dari pihak British dan telah disytiharkan merdeka oleh PM pertama kita, Tunku Abdul Rahman. Tapi, waktu ni Sabah dan Sarawak tak bergabung dengan Semenanjung lagi tau



22 Julai 1963: Kerajaan British serahkan kuasa kembali kepada Sarawak dan diberi pemerintahan sendiri. Tarikh ni diingati sebagai Hari Kemerdekaan Sarawak atau Hari Sarawak

16 September 1963: Setelah perbincangan dibuat, Sabah, Sarawak dan Singapura bersetuju untuk bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Peristiwa ni dikenali sebagai Hari Malaysia. 

9 Ogos 1965: Walaupun takde kena mengena dengan topik kita, sajelah admin nak bagitau pada tarikh ni Singapura buat keputusan untuk keluar dari Malaysia.

Semasa kita berjaya memperoleh kemerdekaan, gabungan di antara Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu masih belum terjadi. Sebab tu, ramai kawan-kawan Sabah dan Sarawak kita rasa hari kemerdekaan Malaysia ni macam untuk penduduk Semenanjung je sebenarnya. 

Atas sebab berikut, wujudn lah Hari Sarawak ni dan tarikh 22 Julai telah digazetkan sebagai cuti am (untuk orang Sarawak je lah).

Sejak mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun, apa perubahan yang boleh dilihat kat Sarawak?


Senarai KDNK negeri-negeri Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Sumber imej: Wikipedia

Sejak berjaya memperoleh kemerdekaan, KDNK yang dikeluarkan oleh Sarawak adalah sangat bagus berbanding negeri-negeri lain. Buktinya boleh dilihat berdasarkan statistik kat atas. Pada tahun 2017, Sarawak telah memperoleh tempat ketiga dari aspek pengeluaran ekonomi. Ha, tepuk lah sikit!


2016 Pendapatan Isi Rumah mengikut Negeri. Sumber imej: Jabatan Perangkaan Malaysia

Bagi memahami kadar ekonomi di Sarawak, kita kenalah tengok purata pendapatan isi rumah bulanan. Statistik menunjukkan Sarawak mempunyai purata sebanyak RM5,387 dan telah menduduki tempat ke-10. Kira okay lah, kan?

Tapi, kenapa masih ramai orang cakap yang Sarawak ni antara negeri yang paling miskin kat Malaysia?

Okay, sebelum kita menunding jari, menyalahkan gomen atau acah sentap, lebih baik kalau kita tengok keadaan Sarawak ni berdasarkan fakta yang statistik kat bawah (lagipun fakta mana pernah menipu).


Sumber imej: Jabatan statistik Malaysia

Seperti yang kita dapat lihat kat atas, pada tahun 2012, Sarawak berada di kedudukan ke-3 dari segi kemiskinan dengan kadar 2.4% penduduk miskin tegar dan 0.3% penduduk miskin. 

Kalau ikut gomen (seperti yang dinyatakan dalam Malaymail), bagi penduduk Sarawak miskin tegar, purata pendapatan isi rumah bulanan cumalah RM660, manakala penduduk miskin ialah RM990

Secara anggarannya, pendapatan bulanan Sarawak adalah sebanyak RM4,293. Jadi, kenapa Sarawak masih jugak dikategorikan sebagai negeri miskin? 

Admin difahamkan Sarawak ni dikategorikan sebagai negeri yang miskin sebab mempunyai 7 daripada 10 daerah paling daif kat Malaysia



Mengikut Borneo Post, 7 daerah daif tersebut adalah Lubok, Antu, Song, Kanowit, Selangau, Simunjam, Daro dan Pakan (dikatakan paling miskin) disebabkan faktor geografi.

Kesemua 7 daerah ni berada di kawasan pedalaman dan kebanyakan mempunyai akses yang terhad sehinggakan terpaksa menggunakan sampan/bot. Pastu ada jugak yang duduk kat  kawasan berbukit.



Disebabkan keadaan geografi yang sedemikian, penduduk daerah-daerah ni hanya mampu menyara diri dengan sektor ekonomi primer macam perlombongan, perikanan dan aktiviti pertanian sebagai mata pencarian utama. 

Harga komoditi ni pulak dipengaruhi sepenuhnya oleh permintaan antarabangsa. Kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. 

Namun begitu, berdasarkan apa yang admin dapat cari pasal Sarawak ni, admin tak rasa yang Sarawak ni sebuah negeri yang miskin, cumanya terdapat ketidakseimbangan di antara yang miskin dan yang kaya, tu je. 

Jadi, bila dah tau isu sebenar pasal Sarawak, bukan ke lagi patut kalau gomen majukan daerah-daerah ni dengan aktiviti ekonomi sekunder atau tertier bagi menghasilkan lebih banyak keuntungan? 

Cakap memang lah senang, tapi nak bangunkan kilang-kilang kat daerah-daerah di ceruk pedalaman ni bukannya mudah. Daerah-daerah ni semua terletak jauh dari bandar-bandar utama dan pelabuhan. Lagi satu, nak bangunkan sektor tertier/perhidmatan pun turut mendatangkan cabaran jugak di mana kadar penembusan jalur lebar kat Sarawak masih rendah - 51.8% je. Bukannya takde langsung sambungan internet kat Sarawak, ada tapi agak menyakitkan hati lah sampai siap kena daki bukit semata-mata nak dapat line. 

Sebab tu lah ramai penduduk Sarawak berpindah ke bandar untuk cari peluang pekerjaan.  

Macam mana pulak dengan peruntukan belanjawan dari gomen, cukup ke tak? Ke membazir je sediakan belanjawan kat daerah-daerah ni? 

Berdasarkan laporan The Star, Menteri Besar Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyatakan bahawa sebanyak RM8.2bil belanjawan telah diperuntukan di mana  sebanyak RM5.7bil akan digunakan bagi pembangunan dan 37% dari jumlah tersebut (RM3.1bil) akan digunakan bagi kawasan pedalaman (tapi dia tak cakap pulak setiap daerah dapat berapa). Apa yang admin tau, belanjawan ni akan digunakan untuk pembangunan infrastruktur macam jalan raya, telekomunikasi, elektrik dan sumber air. 

Orang Sarawak kan selalu komplen pasal gomen tanam janji kosong. Jadi, admin harap belanjawan kali ni betul-betul digunakan untuk membangunkan daerah-daerah di kawasan pedalaman dan bukannya masuk poket orang lain pulak.


Sumber Imej: The Edge

Yelah, macam mana orang Sarawak tak bengang, janji nak buat jalan sampai ke sudah takde, janji sumber air bersih digantikan dengan air tangki, pembinaan sekolah pulak, buat sekerat jalan, tak pun kena tunggu berzaman baru siap. Cakap pasal buat kerja tak siap ni teringat pulak kat Lebuhraya Pan Borneo , sampai sekarang tak siap-siap. 

Nasihat admin untuk Orang Sarawak, sentiasa pastikan ahli politik korang tunaikan janji untuk bangunkan ekonomi negeri. Bukan apa, kan Sarawak dah umumkan belanjawan negeri sebanyak 11.9bil bagi tahun 2019 dan admin tak nak duit ni digunakan untuk perkara lain pulak. 

Admin bukan nak cakap apa lah… kalau lah  keuntungan dari hasil minyak yang dikeluarkan oleh Sarawak dapat dipegang oleh negeri tersebut, konfirm Sarawak boleh jadi maju macam Singapura, kan? Mana taknya, hasil minyak yang dikeluarkan banyak kot. Contohnya, pada tahun 2017, hasil minyak adalah sebanyak RM1.9bil.  Malangnya, Sarawak cuma dapat nikmati 5% dari hasil minyak yang dikeluarkan

Tapi takpe, gomen baru dah berjanji akan menaikkan royalti minyak Sarawak kepada 20%, okay lah tu kan? Lagi banyak duit yang Sarawak boleh gunakan untuk majukan negeri. 

Jadi, apa lagi yang gomen buat untuk meningkatkan kedudukan kewangan dan pembangunan Sarawak?

Salah satu inisiatif yang dilaksanakan adalah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) yang diwujudkan untuk menarik minat pelabur asing. Dengan wujudnya kilang-kilang pelabur asing yang baru di Sarawak, peluang pekerjaan jugak akan turut bertambah. 

Berdasarkan sebuah laporan berita pada tahun 2018, projek ni telah berjaya meraih pelaburan sebanyak RM79.3bil dari sektor awam dan jugak sktor swasta. Bukan tu je, projek ni jugak telah berjaya membuka lebih dari 61,000 peluang pekerjaan baru. Wow! 

Sebagai orang Sarawak, macam mana nak menyumbang kepada kemajuan negeri?

Kalau korang jenis yang minat kepada teknologi dan startups, tentunya korang nak join events atau komuniti usahawan yang dapat membantu korang belajar skill usahawan dan mampu bagi korang funding sekali, kan? Ha, berita baik buat korang, geng-geng The Founders Club ada buat senarai organisasi/komuniti yang mampu menolong korang capai impian sebagai usahawan digital.



Selain dari tu, terdapat jugak inisiatif dari agensi dan kementerian yang korang dapat gunakan untuk membantu mulakan perniagaan, contohnya Program 1AZAM. Program ni bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan pedalaman dengan membantu peserta program menubuhkan perniagaan kecil. Bagi yang berminat nak join program ni, korang kena mendaftar di bawah Sistem e-Kasih yang boleh diperolehi dekat Pejabat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Buat masa sekarang, pendaftaran program ni masih tak boleh dilakukan secara online. Bawak bersabarlah ye.

Mungkin susah untuk rakyat yang miskin untuk tau pasal program ni disebabkan takde internet. Jadinya, kalau korang ada kawan-kawan atau sedara mara yang korang rasa layak untuk program ni, tolong kongsikan dekat diorang tau.


Penghantaran peralatan kepada peserta Program AZAM Tani. Sumber Imej: LKIM Sarawak

Berminat dengan aktiviti cucuk tanam? Jangan lepaskan peluang ni tau! Korang kena join Program AZAM Tani ni. Program ni dapat bantu korang mula mulakan perniagaan bersumbrekan pertanian dan industri agro macam tanaman, perikanan, pertanian dan pemprosesan makanan. Yang bestnya, program ni turut sediakan peralatan macam kiosk dan gerai. Masyuk kan? Mana yang berminat degan program pertanian ni, korang boleh terus pergi ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) untuk mendaftar. 

Sebenarnya banyak je program yang telah disediakan yang mampu membantu keadaan kewangan korang di samping menyumbang kepada negeri. Semuanya terpulang kepada korang nak rebut peluang tersebut sebaiknya atau pun tak. 

Akhir sekali, kepada semua anak-anak Sarawak, jangan pernah putus asa bekerja keras untuk membangunkan Sarawak. Bak kata Rentap, seorang pahlawan Iban yang femes: “Agi Idup Agi Ngelaban”, yang membawa maksud selagi nyawa dikandung badan, jangan pernah berhenti berlawan.



Dan kepada semua orang Sarawak, selamat menyambut Hari Sarawak!

PENAFIAN: Segala pandangan dan idea yang ditulis dalam artikel ini hanyalah pendapat penulis sahaja dan tidak mewakili sebarang pihak atau organisasi. 

Diterjemahkan oleh Hakimie Amrie
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Irwin Umban



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)