Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

BY Team Loanstreet

Updated 19 Mar 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Chup, sebelum korang mula fikir tentang menu bulan puasa lah, raya lah, dah ready ke belum untuk musim bayar cukai pendapatan tahun taksiran 2023? Haa...sebelum tu, jangan lupa untuk claim segala pelepasan cukai yang korang layak. 


Apa tunggu lagi, jom tengok tips-tips kat bawah ni untuk tambahkan bayaran balik cukai pendapatan korang!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Pergi buat medical checkup, swab test COVID-19 dan penilaian kurang upaya pembelajaran

 

  • Jenis pelepasan cukai: Pemeriksaan kesihatan
  • Jumlah maksima: RM1,000 untuk full medical checkup (termasuk swab test COVID-19), RM10,000 untuk rawatan penyakit serius dan kesuburan

Bukan nak takutkan korang, tapi confirm ke korang 100% sihat? Zaman sekarang ni, terlalu banyak jenis sakit dan virus (musim pandemik, kan!) yang ada. Cuma, kena ke tak je.

Jadi, nak pendekkan cerita, kalau rasa tak sihat dan ada simptom COVID-19, baik pergi buat full medical checkup secepat mungkin. Tak payah risau sangat tentang kos, claim je dari pelepasan cukai pendapatan korang - asalkan tak lebih daripada RM1,000.

KALAU (mintak simpang jauh!) dapat tau korang ada sakit serius macam kanser dan sakit jantung - jangan risau. Korang boleh ringankan sikit beban nak tanggung kos-kos perubatan tu sebab gomen kita bagi pelepasan cukai pendapatan sehingga RM10,000.

Cuma, kena lah check dulu penyakit serius tu tersenarai dalam list dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ni. Jangan tersalah claim pulak, jenuh nanti.

Untuk parents yang ada anak umur 18 dan ke bawah yang ada masalah pembelajaran, worry not! Sebab gomen baru je sediakan pelepasan cukai bagi perbelanjaan untuk penilaian dan rawatan kurang upaya pembelajaran anak-anak. Korang boleh claim sampai RM 4,000!


2. Kalau ada beli laptop baru, JANGAN BUANG resit!

 

  • Jenis pelepasan cukai: Pembelian berkaitan gaya hidup
  • Jumlah maksima: RM2,500
Untuk pengetahuan korang, masa 2016 dulu, nilai gabungan bagi pelepasan cukai pendapatan ni adalah sebanyak RM4,000. Tapi, sekarang dah jadi RM2,500.

Pelepasan cukai ni bukanlah untuk laptop semata tau. Antara yang korang boleh claim bawah kategori ni, termasuklah:
 
  • Buku, majalah, dan akhbar bercetak (kecuali bahan bacaan yang dilarang)
  • Komputer peribadi, telefon pintar, atau tablet
  • Peralatan sukan (kecuali basikal bermotor)
  • Bayaran langganan internet bulanan
  • Bayaran keahlian gim

Berita baik untuk parents yang ada anak baru nak sambung belajar. Yelah sekarang kan semua guna digital jadi laptop ni memang satu keperluan penting lah bagi student. Jadinya, kuranglah sikit beban korang bila ada pelepasan ni, kan?


 

3. Claim KWSP dan insurans hayat korang 

 
  • Jenis pelepasan cukai: KWSP dan insurans hayat
  • Jumlah maksima: RM7,000 (nilai gabungan)


Korang dah lah carum duit KWSP tu setiap bulan - nak guna tu punya lah susah. Sama ada tunggu dah pencen atau boleh keluarkan awal (ada lah proses dia). Nasib baik, korang boleh enjoy pelepasan cukai untuk potongan KWSP dan juga bayaran premium insurans hayat sebanyak RM7,000 (nilai gabungan)!

Sebut pasal pelepasan cukai insurans hayat ni, tahu tak korang boleh claim sehingga 60% daripada jumlah premium insurans hayat yang ada rider untuk Penyakit Kritikal bawah kategori pelepasan cukai untuk insurans perubatan (RM3,000)?

Katakan jumlah potongan KWSP korang dah max out jumlah pelepasan cukai:

 

Potongan KWSP: RM7,000
Premium tahunan insurans hayat: RM800
Premium tahunan insurans perubatan: RM2,600


Okay, dari contoh di atas, korang dah tak boleh claim cukai pelepasan untuk premium tahunan insurans hayat di bawah kategori ni (dah terhad!). TETAPI, ia tak bermaksud korang tak boleh guna premium insurans sendiri.

Check dulu kalau insurans hayat korang ada rider untuk Penyakit Kritikal (tunggu apa lagi, baca polisi insurans korang cepat!) ke tak macam contoh kat bawah ni:



 

Jangan lupa pastikan dulu boleh claim pelepasan cukai ni ke tak, kalau tak, free-free je kena saman atau masuk penjara. Bila dah konfem, baru boleh claim 60% daripada jumlah premium tahunan insurans hayat korang bawah pelepasan cukai kategori ni yang berjumlah RM3,000.

Kalau ikut contoh kat atas, kiraan untuk pelepasan cukai adalah:
 

Jumlah premium insurans hayat yang boleh boleh dituntut: 60% x (premium tahunan insurans hayat) RM800 = RM480


Lepas tu, campur jumlah kiraan di atas dengan jumlah premium tahunan insurans perubatan dari contoh yang sama:

(Premium tahunan insurans perubatan) (RM2,600) + RM480 = RM3,080

Jumlah maksima yang boleh dituntut: RM3,000


Walaupun boleh claim RM3,000 je, still jimat banyak what!
 


 

4. Lagi BANYAK pelepasan cukai kalau korang ada insurans perubatan/pendidikan

 
  • Jenis pelepasan cukai: Insurans perubatan / pendidikan (bukan ikut potongan gaji)
  • Jumlah maksima: RM3,000 (nilai gabungan)


Orang tua-tua kata; rezeki jangan ditolak. Dah gomen bagi sampai RM3,000 pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan pendidikan, claim je la bila failkan cukai pendapatan tu! 


Lagipun, memang bagus kalau korang ada polisi insurans perubatan sendiri. Manalah tahu, kot-kot liputan insurans syarikat tak cukup untuk kos perubatan bila korang sakit. Lagi teruk kalau tiba-tiba korang kena buang kerja, dah tak ada insurans dah!  
 

5. Jaga ibu bapa korang yang sakit pun dapat pelepasan cukai!

 
  • Jenis pelepasan cukai: Tangungan atau perbelanjaan perubatan ibu bapa
  • Jumlah maksima: RM8,000 (tangungan kedua-dua ibu bapa) ATAU RM6,000 (perbelanjaan perubatan, keperluan khas dan penjaga)


Kami tahu korang semua anak-anak role model! Tapi, korang tahu tak boleh claim pelepasan cukai pendapatan sehingga RM6,000 untuk perbelanjaan perubatan mereka?


Lagi satu, in case mak ayah korang kumpulan kurang upaya, pun boleh claim pelepasan cukai sebanyak RM6,000 (terhad) kalau beli peralatan sokongan asas.




6. Hal suami isteri pun ada dapat pelepasan cukai?

 

  • Jenis pelepasan cukai: Suami Isteri
  • Jumlah maksima: RM4,000 (terhad) untuk suami/isteri/bayaran alimoni kepada bekas isteri & RM5,000 untuk suami/isteri kurang upaya


Berkenaan ni, ada beberapa situasi yang korang kena take note. Yang pertama, kalau suami/isteri korang tak bekerja ataupun pendapatan diorang tak lebih dari RM34,000, korang boleh claim pelepasan cukai sebanyak RM4,000. Sama jugak kalau korang (suami) kena bayar alimoni kat bekas isteri. 


Lagi satu, katakan pulak suami/isteri korang tu kurang upaya. Korang boleh tuntut pelepasan cukai sebanyak RM5,000. Cuma, ada syarat lah - diorang kena berdaftar bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

7. Anak tak kahwin lagi? Lagi banyak korang dapat claim!

 
  • Jenis pelepasan cukai: Anak bawah tanggungan
  • Jumlah maksima: RM2,000 hingga RM8,000 untuk anak bawah tanggungan (bawah/lebih 18 tahun), RM1,000 bila beli alat penyusuan anak & RM3,000 untuk hantar anak ke tadika
     

 
Kata kunci penting - masih tak berkahwin. Kalau korang masih ada anak yang belum berkahwin dan masih lagi belajar, ni adalah beberapa jenis pelepasan cukai yang boleh diclaim:
 

  • Belum berkahwin dan berumur bawah 18 tahun: RM2,000
  • Belum berkahwin tapi dah berumur lebih 18 tahun yang tengah belajar atau ambik kursus latihan profesional: RM8,000
  • Anak kurang upaya: RM6,000
  • Anak kurang upaya berumur 18 tahun ke atas; belum berkahwin dan tengah belajar (diploma di dalam Malaysia atau degree kat luar negara): RM8,000


P/s: Kalau korang masih ada anak-anak kecik, ada lagi dua jenis pelepasan cukai korang boleh claim. Untuk anak berumur 2 tahun ke bawah yang masih menyusu, korang boleh claim RM1,000 (terhad) kalau beli alat-alat penyusuan tu.  


Lagi satu, korang pun boleh claim sebanyak RM3,000 (terhad) kalau hantar anak-anak ke tempat asuhan atau tadika. Okay lah, kan? Yuran tadika sekarang bukan main mahal!
 

Jangan lupa maksimakan pelepasan cukai pendapatan (Taksiran 2023) korang SEKARANG!


Lagi banyak korang claim pelepasan cukai, lagi banyak jumlah bayaran balik korang akan dapat tahun depan. Duit beb, dah gomen nak bagi balik duit, try la untuk dapatkan sebanyak yang mungkin. Tu pentingnya plan perbelanjaan dan pastikan korang simpan segala jenis resit yang ada lek-lok (lagi bagus kalau ada satu fail khas!).

Kalau korang nak tahu apa lagi pelepasan cukai yang ada, pergi je ke laman web LHDN. Manalah tahu kan, dapat duit lebih tahun depan nanti ada can beli kereta baru pulak. Selamat claim!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.


BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!