Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Ini Cara-Cara Nak Elak Dari Kena Scam Dengan Polis Palsu

BY Nisya Aziz

Updated 09 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Sekarang ni dah banyak kes polis palsu kat Malaysia ni - seram tau. Macam masa 2019, ada berita pasal dua orang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis kat Klang  yang cuba menyamun atuk yang tengah buat hal sendiri masa tu. Mengikut cerita atuk tu, dorang tahan dia dan buat cerita nak bawak pergi balai lah, apa lah. Of course lah atuk ni ikut je sebab tak tahu apa-apa kan.

Lepas tu, polis palsu ni pun berhenti kat lorong Taman Sentosa  dan..ha bermulalah cubaan untuk peras ugut. Tapinya kan, atuk ni pun boleh tahan berani, okay. Dia cubalah untuk melawan tapi sekali kena tumbuk, aduhai (kuajaq sungguh). Tapi syukur, tak sempat nak kena samun, sebab ada abam pulis yang tengah buat rondaan kat kawasan kejadian tu ternampak dan terus tangkap penyangak-penyangak tu. 

Jadi, hati-hatilah ye. Admin harap perkara ni dijauhkan daripada kita semua. Tapi, kadang-kadang nasib tak menyebelahi kita. Kat sini, admin ada himpunkan tip-tip i supaya korang tak terpedaya dan jadi mangsa polis palsu ni  pada masa akan datang. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Mintak Kad Kuasa Polis



Sumber imej: Twitter

Ramai yang tanya, “Boleh ke kita tau kalau polis tu palsu atau tak melalui penampilan?” Jawapan jujur: TAK BOLEH (rupa-rupanya, set lengkap seragam polis ni boleh dibeli dengan harga RM2,000 je tau). 

Tapi korang ada hak untuk mintak dorang tunjukkan Kad Kuasa Polis. Kalau kena tahan dan keadaan masa tu macam mencurigakan, dengan penuh budi bahasa (sambil senyum), korang tanya lah ,  “Tuan, boleh tunjuk kad kuasa tak?” Ini untuk pengesahan.


Perhatikan Warna Kad Kuasa Polis tu:

 
Warna Merah: Anggota polis tu telah digantung. Dia takde kuasa pun sebenarnye untuk buat apa-apa kat korang. So korang bla je lah.. 

Warna Biru: Polis yang berpangkat Inspektor dan keatas.

Warna Kuning: Polis yang berpangkat dibawah Inspektor

Warna Putih: Polis Simpanan

Kalau nak selamat lagi, korang catatlah nama, nombor anggota polis pada Kad Kuasa Polis/pakaian seragam dia dan nombor pendaftaran pada kereta peronda, motosikal atau kenderaan polis tu. 
 

2. Tanya soalan yang betul




Biasanya, polis palsu ini akan  cuba mengalihkan perhatian korang dengan fokuskan soalan-soalan dorang pada korang - dorang akan perhatikan apa-apa kesilapan atau kelemahan dan gunakannya terhadap korang! 

Kalau perkara ni berlaku kat korang, perkara yang paling penting untuk korang tahu ialah dorang tak boleh tahan korang melainkan ada sekurang-kurangnya sorang anggota polis yang berpangkat tinggi (kad kuasa warna biru) kena ada kat situ. Lagi satu, jangan melawan sebab  polis ada hak untuk menggunakan kekasaran yang ‘munasabah’ kalau korang degil. Jadi, ikutlah langkah-langkah kat bawah ni:
 
Pertama: Tanya dorang elok-elok, “Adakah saya ditahan?”. Kalau dia cakap YA, tanya pulak, “Kenapa saya ditahan?”. Kalau takde alasan yang kukuh, dorang tak boleh tahan korang sebab bertentangan dengan undang-undang tau.

Kedua: Jangan lupa tanya balai polis mana korang akan dibawak. 

Ketiga: Korang ada hak untuk buat SATU panggilan telefon. Call kawan, keluarga,  jiran, peguam atau sesiapa je yang boleh harap) dan bagi tahu dorang kat mana korang berada dan butir-butir anggota polis yang tahan korang tu supaya dorang boleh tolong apa yang patut. Korang jugak boleh call Pusat Bantuan Guaman (LAC) berdekatan untuk tolong korang.
 
Pusat Bantuan Guaman
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-3372 2792
• Negeri Sembilan : 06-7633 035
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451 / 04-3316 830

Keempat: Selagi bantuan tak sampai, jangan gatal mulut tu nak bersuara kat anggota polis.


3. Jangan bagi dorang geledah tanpa waran



Sumber imej: Berita Harian

Kalau ada anggota polis datang rumah pastu cakap nak  check rumah korang - hati-hati. Sebab pernah ada kes polis palsu yang buat perkara camni untuk nak rompak rumah rumah tu. Jadi, kalau korang kena camni, jangan lupa untuk mintak dorang tunjukkan waran geledah.

Waran geledah ni ialah dokumen undang-undang yang berikan dorang hak untuk masuk dan geledah rumah korang sama ada korang benarkan ataupun tak. Korang kena tahu yang anggota polis tak boleh suka-suka geledah rumah korang melainkan ada hal yang berkaitan dengan kesalahan besar di bawah Kanun Prosedur Jenayah (CPC). 

INGAT: Jangan biarkan anggota polis terlalu dekat dengan korang. Bukan nak acah-acah ‘personal space’ tapi untuk berjaga-jaga dari kena scam. Kalau dorang nak check beg, keluarkan semua dalam beg tu dengan rela hati. Ini semua untuk nak elak polis palsu tu untuk letak dadah (atau apa-apa yang menyalahi undang-undang) kat dalam beg korang supaya korang nampak macam pesalah.

Selain tu, kalau polis tu nak check telefon bimbit korang, jangan bagi melainkan dorang ada waran. Mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA), polis perlu ada waran (Seksyen 247) dorang boleh check telefon korang. Kalau takde waran, perkara ni boleh dianggap sebagai pencerobohan privasi dan pelanggaran hak perlembagaan korang.
 

4. Berjaga-jaga dengan kenderaan yang mencurigakan




Polis palsu sekarang dah makin pandai untuk manupulasi orang. Dulu, ada kes dua orang lelaki yang beli kereta polis yang dah tak pakai kat kedai lelong dan modify kereta tu sampai nampak macam kereta polis original. Siap ada siren dan lampu yang sama lagi tau! Gigih kan!

Kalau korang berada dalam situasi ni, admin nasihatkan korang untuk bertenang. Kalau korang rasa macam ada tak kena, ikut tip #2. Jangan nak pandai-pandai nak buat deal dengan polis tu. Kalau dorang tu polis palsu, memang dorang akan guna peluang ni untuk mintak duit kopi yang lagi banyak. Lagi sakit, kalau tu bukan polis palsu. Jangan main-main dengan rasuah, kalau kena tangkap boleh masuk jail tau.


5. Jangan jadi sasaran mudah!




Admin rasa kita semua perlu tahu hak-hak sivil kita supaya kalau perkara macam ni berlaku, takde la ketaq lutut atau keras kaku tak tahu nak buat ape. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh baca Red Book, panduan yang disediakan oleh sekumpulan peguam yang dipanggil untuk bantu rakyat Malaysia pasal hak-hak korang. Selain tu, korang jugak boleh call nombor kat bawah ni kalau korang perlukan bantuan segera. 
 
Nombor balai polis:
Kuala Lumpur: 03-2691 3005 / 03-2693 2072
Selangor: 03-5510 7007 / 03-3281 2428
Negeri Sembilan: 06-6013 844
Melaka: 06-2845 519 / 06-2864 514
Johor: 07-2235 698
Perak: 05-2550 523
Kedah & Perlis: 04-7333 467
Kelantan: 04-7448 660
Pahang: 09-5159 244 / 09-2969 410
Pulau Pinang: 04-2617 451 / 04-3108 451

Nombor talian hotline:
Semenanjung Malaysia: (03) 8880 3500 / (03) 8880 4607
Sabah: (088) 286 100 / (088) 675 570 / (089) 764 40
Sarawak: (082) 442 228 / (085) 418 118 / (084) 333 788 / (086) 334 189
 
Jaga diri tu elok-elok ye. Kalau korang tak nak kena tahan, terutama masa road block, pastikan road tax dan insurans korang sah; tak kisahlah korang bawak kereta ataupun motosikal.



*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)