Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Tak Tahu Baca Cek? Ni Cara yang Betul!

BY Fadh Ahmad

Updated 07 Sep 2022





Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini

Pernah tak, korang berada dalam situasi yang seumur hidup korang, itulah kali pertama korang dapat gaji, payment atau bonus dalam bentuk sekeping cek? Mesti ada antara korang yang terpinga-pinga sebab korang tak pasti apa yang korang kena buat dengan cek tu, kan?

Takpe, admin dulu pun macam tu jugak. Sebab itulah hari ni, admin nak share dengan korang, cara-cara untuk korang baca cek tu.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Mula-mula, korang perhatikan pulak 11 maklumat yang patut ada pada cek:

cara-baca-cek
* sampel yang diberikan berkemungkinan berbeza daripada cek yang disediakan oleh sesetengah premis bank mengikut spesifikasi keselamatan yang ditetapkan.

1. Bank pengeluar

Penerima boleh tahu duit akan didepositkan/dimasukkan oleh bank mana.


2. Daerah dan kod cawangan bank

Kod arahan bank pemungut untuk bayar amaun duit ke dalam akaun penerima


3. Penerima

Bahagian yang sangat penting. Ruang ni sepatutnya dicatatkan nama orang, syarikat atau organisasi yang menerima cek. Pastikan bahagian ni diisi sejelas mungkin. Kalau kosong, siapa-siapa je boleh tulis nama diorang kat bahagian ni dan ambik duit yang sepatutnya diterima sebab nilah Ia satu-satunya bahagian yang akan menentukan duit ni akan dapat pada siapa.


4. Tarikh

Kalau korang perasan, ada kotak kat bahagian atas sebelah kanan, khas untuk tarikh cek. Pastikan yang tarikh ditulis ikut turutan yang dicatatkan pada bahagian bawah kotak:

  • DD: Hari

  • MM: Bulan

  • YY: Tahun

Untuk pengetahuan korang, biasanya cek tu sah diperlakukan dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh asal cek tu dikeluarkan. Selepas tempoh 6 bulan, cek yang korang dapat tu dianggap sebagai “cek luput

Selalunya, cek tempatan yang korang masukkan dalam mesin cek deposit akan ambil masa tempoh 3 hari waktu bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad dan cuti umum) untuk diproses.

Bagi memudahkan proses, korang disarankan untuk tunaikan cek ikut bank yang mengeluarkan cek tu, ataupun, kalau cek tu cek CIMB Bank, proses untuk tunaikan cek tu akan jadi lebih mudah dan cepat kalau korang pun ada akaun CIMB Bank.


5. Individu yang memegang dan memberi cek

Orang yang memegang dan menyerahkan cek di bank. Adalah dinasihatkan untuk memotong "atau pembawa" untuk mengelakkan cek dari dicuri. 


6. Amaun bayaran

Jumlah bayaran ditulis dalam perkataan dan nombot akan ditulis dalam kotak bersebelahan.

Pastikan jumlah dalam perkataan dan angka berdekatan dengan perkataan ada  "Ringgit Malaysia" dan "RM" yang dicetak pada cek. Jangan tinggalkan sebarang jarak dengan melukis garisan.

Pastikan jumlah dalam perkataan dan dalam pengiraan angka. Kalau tak, bank akan pulangkan kan semula cek korang.


7. Tandatangan pengeluar (kecuali cek janaan komputer)

Cek dikira tak sah melainkan ada tandatangan orang yang keluarkan cek. Sebelum korang tunaikan cek yang korang dapat, pastikan pengeluar dah tandatangan atau cop dulu cek tu.  


8. Nombor siri

Nombor kecil di bawah nombor cek ni adalah satu lagi nombor pengenalan bank. Nombor ni yang mengesahkan cek yang korang dapat tu bukan cek palsu. 


9. Akaun penerima

Nombor ni yang akan tunjukkan cek yang korang dapat tu sebenarnya kepingan yang keberapa dalam buku cek yang pengeluar gunakan (biasanya ada 100 keping cek dalam satu buku). 

Dari sini, pengeluar cek boleh jejak semula pembayaran yang diorang dah keluarkan. Nombor cek disenaraikan dua kali, penjuru kanan sebelah atas dan bahagian bawah cek.


10. Nombor akaun pengeluar

Nombor kanan bawah pada cek ialah nombor akaun semak pembayar, dan tunjukkan dari akaun mana datangnya duit dalam cek tu. Seperti nombor penghalaan (routing number), nombor akaun semak sebenarnya untuk kegunaan bank, bukan kegunaan pembayar atau penerima.


11. Kod bank (internal) pengeluar

Kod dalaman bank penerima untuk produk akaun semasa 


Korang ada hak untuk tolak cek yang korang dapat sekiranya:

  1. Tarikh telah tamat tempoh sah laku atau tak ada tarikh

  2. Tak ada nama penerima

  3. Amaun dalam perkataan dan nombor, berbeza

  4. Tak ada tandatangan, atau cop (kecuali cek janaan komputer)

  5. Terdapat sebarang pindaan

  6. Rosak atau koyak.


Bila dah siap semak, korang boleh untuk depositkan cek guna:

Cheque deposit machine
  • Pilih 'Deposit Cek' pada skrin
  • Masukkan no akaun bank yang tertera pada belakang cek
  • Semak nama pada skrin. Isikan jumlah cek (RM)
  • Masukkan Cek tersebut pada slot setelah arahan diberi dan lampu menyala.
  • Tunggu resit dan simpan resit sampai duit betul-betul masuk dalam akaun. 
Fast Deposit Machine
  • Masukkan dan bank in cek/cheque ke dalam Fast Cheque Deposit Machine.Tak perlu masukkan lagi nombor akaun.
  • Sebahagian bank memerlukan korang masukkan cek dalam sampul sebelum bank-in cek ke. 
  • Kalau mesin tak keluarkan resit, ambil gambar cek sebelum bank-in sebagai langkah berjaga-jaga.
Bank in di kaunter
  • Cara ini  sesuai untuk housing cheque. 
  • Semak nama cawangan bank yang tertera pada cek.
  • Sekiranya ada tulis ‘RHB cawangan Ampang’, maka korang pergi ke RHB cawangan bank Ampang untuk bank in cek kat kaunter urusan yang ada.

Misalnya masa korang nak tunaikan cek tu, korang baru perasan yang cek yang korang dapat tu rupanya cek tendang, korang boleh KLIK SINI untuk buat aduan.

Nampak macam menyusahkan tau. Tapi kalau korang terlepas pandang, impak dia akan bertambah menyusahkan sebab kes cek palsu ni dah melibatkan duit dan kepercayaan orang.

So, korang ada tak pengalaman ditipu atau dapat cek palsu? Jangan lupa share dan kongsikan pengalaman di FB post kami.


*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Fadh Ahmad



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta