Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Segalanya yang perlu anda tahu mengenai BR1M 2018

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




BR1M 2018 bukanlah sesuatu yang baharu dan merupakan susulan daripada inisiatif yang dijalankan oleh pihak kerajaan. Dengan 7 juta permohonan yang telah diluluskan merangkumi RM6.12 bilion, jumlah ini merupakan satu penerimaan yang sangat besar.

Jadi, apakah maknanya kepada rakyat Malaysia yang layak menerima BR1M 2018?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

Gambaran keseluruhan

Berdasarkan kepada laporan, sebanyak 7 juta rakyat Malaysia telah memohon BR1M pada 2018, berkemungkinan menerima kenaikan tambahan keatas manfaat maksimum RM 1,200 per isi rumah. Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa jumlah bantuan akan digandakan untuk penerima tahun ini. Kemaskini adalah seperti berikut:

  1. Penerima dengan isi rumah RM 3,000 dan kebawah: Penerimaan pembayaran BR1M sekali ganda daripada RM400 kepada RM800 pada Jun dan Julai tahun ini. Ini bermakna, jumlah pembayaran BR1M adalah RM2,000 (termasuk pembayaran kali pertama RM400) pada 2018 berbanding RM1,200 yang telah diumumkan sebelumnya.
  2. Penerima dengan isi rumah di antara RM 3,000 ke RM 4,000: Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pembayaran akan dinaikan dari RM300 kepada RM600, sementara bagi individu bujang dengan pendapatan dibawah RM2,000 akan diberi RM150 sebagai tambahan keatas RM450 yang telah diterima pada Februari.
  3. Dua kategori baharu pada tahun ini: Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah yang berpendapatan RM4,000 dan RM5,000 akan menerima RM700, yang akan dibayar dalam dua ansuran – RM350 pada Jun dan Ogos. Kategori yang kedua adalah bantuan sekali sahaja RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke insititusi-institusi tinggi.

Selain itu, keluarga atau individu yang telah berjaya mendapat kelulusan BR1M sebelum ini tidak perlu memohon semula untuk mendapatkan bantuan BR1M terkini. Walaubagimanapun, penerima adalah dinasihatkan untuk mengemaskini permohonan sama ada melalui cawangan atau secara dalam talian.

 

Proses permohonan

Individu-individu yang berkelayakkan boleh memohon secara dalam talian dengan mendapatkan borang permohonan BR1M 2018 melalui laman web rasmi EBR1M. Tiada caj dikenakan untuk memohon BR1M dan borang permohonan boleh didapati secara percuma. Permohonan juga boleh dilakukan secara manual melalui cawangan – cawangan LHDN yang berdekatan. Anda dinasihatkan untuk mencetak dan menyimpan rekod permohonan yang telah dikemaskini terutamanya bagi permohonan yang telah dilakukan secara dalam talian. Anda juga boleh ikuti Facebook rasmi BR1M untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai BR1M.

  • Permohonan Rayuan untuk BR1M 2018 boleh dibuat di semua cawangan LHDNM dari 2 April 2018 hingga 31 Mei 2018 (tertakluk kepada pindaan). Sila kemukakan keterangan Kod Alasan Tidak Lulus dan Dokumen Sokongan semasa tempoh rayuan
  • Cetakan Salinan Surat Makluman Lulus BR1M 2018 (Fasa 1) boleh dibuat di Cawangan LHDNM mulai 2 April 2018 (Isnin), manakala cetakan secara dalam talian boleh dibuat mulai 6 April 2018 (Jumaat) di Menu MyBR1M > Semakan Status
  • Permohonan Rayuan BR1M 2018 secara dalam talian boleh dibuat mulai 13 April 2018 (Jumaat) hanya bagi pemohon yang berstatus tidak lulus tertentu sahaja. Status tidak lulus yang lain, pemohon perlu mengemukankan rayuan di Cawangan LHDNM . Untuk maklumat lanjut mengenai status tidak lulus, anda boleh rujuk ke laman web rasmi BRIM.

 

Pemohon yang layak untuk BR1M 2018

Untuk melancarkan pembayaran, BR1M 2018 akan dibayar oleh Kerajaan kepada permohon yang layak mengikut katagori. Setiap katagori kalayakkan adalah berdasarkan faktor-faktor tertentu seperti pendapatan dan status semasa pemohon. Senarai katagori yang dinyatakan adalah seperti berikut:

1. Kategori 1: Individu bujang

Pendapatan dibawah RM2,000. Jumlah bantuan diterima adalah RM600.

  • Februari 2018: RM450 (Mulai 26 Februari 2018, secara berperingkat)
  • Ansuran kedua: RM150 (Jun 2018)

2. Kategori 2: Isi rumah

Penerima kategori ini termasuk mereka yang berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan. Jumlah bantuan yang diterima adalah RM 1,500

  • Ansuran pertama: RM300: Febuari 2018 (Berkuatkuasa 26 Februari 2018)
  • Ansuran kedua: RM600 (Jun 2018 - Akan dikemaskinikan)
  • Ansuran ketiga: RM600 (Ogos 2018 - Akan dikemaskinikan)

3. Kategori 3: Isi Rumah

Penerima kategori ini termasuk mereka yang berpendapatan bulanan dibawah RM3,000 sebulan. Jumlah bantuan diterima adalah RM2,000.

  • Ansuran pertama: RM400 (Mulai 26 Februari 2018, secara berperingkat)
  • Ansuran kedua: RM800 (Jun 2018 - Akan dikemaskinikan)
  • Ansuran ketiga: RM800 (Ogos 2018 - Akan dikemaskinikan)

4. Kategori 4: Isi rumah (Baru)

Kategori keempat termasuk mereka yang mempunyai pendapatan antara RM4,001 dan RM5,000.

  • Ansuran pertama: RM350 (Jun 2018 - Akan dikemaskinikan)
  • Ansuran kedua: RM350 (Ogos 2018 - Akan dikemaskinikan)

5. Kategori 5: Pelajar (Baru)

Kategori kelima termasuk bayaran sekali sahaja sebanyak RM 1,500 akan diberikan kepada penerima BR1M muda yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Dokumen yang diperlukan untuk memohon BR1M secara atas talian:

  • Maklumat kad pengenalan (IC) bagi pemohon yang layak.
  • Alamat surat-menyurat terkini bagi pemohon yang layak.
  • Maklumat akaun bank terkini (nombor akaun sahaja). Hanya bank akaun yang mempunyai nama penerima sahaja yang diterima untuk saluran BR1M. Akaun yang merupakan akaun bersama, akaun syarikat, akaun pinjaman dan akaun lain tidak dibenarkan.
  • Maklumat kad pengenalan pasangan (suami/isteri) dan tanggungan.

 

Cara bayaran

Bantuan BR1M akan dibayar melalui pelbagai cara. Langkah ini dilakukan oleh Kerajaan untuk kemudahan pemohon yang terlibat dan juga bagi membolehkan pembayaran yang lebih fleksibel dan bersesuian kepada semua penerima BR1M.

  • Akaun bank:

Melalui kaedah ini, bayaran akan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima, dengan menyatakan nombor akaun bank.

  • Baucar BR1M:

Sekiranya pemohon tidak mempunyai akaun bank, mereka akan menerima baucar BR1M. Baucar ini boleh ditunai ke dalam bank-bank seperti berikut,

- Affin Bank
- Agro Bank
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- Am Bank Berhad
- Al Rajhi Bank
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Rakyat
- Muamalat Malaysia Berhad
- National Savings Bank (Bsn)
- CIMB Bank Berhad
- Citibank Berhad
- Hong Leong Bank
- Hongkong Shanghai Bank Malaysia Bhd
- Maybank

 

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018

Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018 adalah pampasan sekali sahaja sebanyak RM 1000 untuk sebuah keluarga atau pemohon individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati. Skim ini hanya layak dituntut oleh waris penerima BR1M yang telah meninggal dunia dari 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2018.

Berikut merupakan dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris sebelum permohonan diluluskan:

Sijil Mati penerima sama ada sijil asal atau sijil salinan JPN, Kad Pengenalan asal (waris) beserta dokumen sokongan sebagai bukti pertalian diantara penerima dengan waris. 

  • Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2018 boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan mulai 26 Febuari 2018.
  • Kaunter rayuan BR1M2018 di cawangan LHDNM hanya dibuka pada hari bekerja. Sila semak Majlis Perasmian Jadual Rayuan BR1M 2018 di semua Cawangan LHDNM.

 

Untuk maklumat lanjut

Sekiranya anda masih tidak jelas atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai BR1M 2018, anda boleh menghubungi salah satu daripada sumber-sumber berikut:

Kementerian Kewangan: 03-8882 4566 atau 03-8882 4565

Lembaga Hasil Dalam Negeri: 1-800-88-2716

Laman web rasmi BR1M juga penuh dengan maklumat dan proses.yang berkaitan dengan inisiatif BR1M.

 

Kesimpulannya

Kerajaan meneruskan misi untuk menawarkan bantuan melalui inisiatif Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sebagai satu bentuk subsidi yang disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, bertujuan untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Walaubagaimanapun, kami telah menyiasat sama ada BR1M akhirnya akan membantu atau memusnahkan Malaysia, dan kami fikir anda juga perlu.

*Nota sampingan: Semua nombor/ jumlah anggaran dalam artikel ini adalah berdasarkan kepada pengumuman terbaru oleh Perdana Menteri pada 7 April 2018 mengenai kemaskini BR1M.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)