Oleh sebab tu, gomen Malaysia peruntukkan RM10 juta untuk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19.
Untuk info korang, bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin ni ada dua jenis:
- RM50,000 kalau ada kesan sampingan serius yang perlu rawatan hospital berpanjangan
- RM500,000 kalau korang hilang upaya kekal atau mati disebabkan vaksin COVID-19
Jiran kita Singapura pun ada plan sama. Diorang bagi satu kali pembayaran sebanyak SG$10,000 (*RM30,842.93) untuk siapa dapat kesan sampingan serius, masuk hospital dan perlukan rawatan. Diorang pun akan kasi SG$225,000 (*RM693,965.94) untuk siapa yang hilang upaya kekal atau mati.
*Kadar pertukaran pada 7 April 2021.
Wow, banyak betul peruntukan. Tapi, cukup ke?
Secara logik lah kan, kiraan dia tak masuk akal sangat.
Dengar dulu apa admin cakap - Ketua Pengarah (KP) Kesihatan ada bagitau hanya 4 orang dalam satu juta yang terima vaksin COVID-19 akan dapat kesan sampingan. Kalau semua orang Malaysia (32.7 juta) register, bilangan dia jadi lebih kurang 130 orang.
Katakan 20 orang dari 130 tu hilang upaya kekal atau meninggal dunia, duit RM10 juta tu habis camtu je - ‘poof’. Ni tak termasuk lagi yang dapat kesan sampingan serius sampai perlu rawatan hospital berpanjangan.
Kalau camtu je dah habis… apa akan berlaku kalau lebih ramai dapat kesan sampingan serius dan duit gomen pun dah tak cukup? Haa... camne?
Tapi kan, setakat 31 Mac, ada 25,770 orang dapat sampingan vaksin COVID-19 dari 580,765 - JAUH SANGAT BEZA dari apa KP cakap sebelum ni (4 dalam 1 juta). Memang peruntukan habis camtu kalau 200 orang dari 25,770 perlukan rawatan hospital berpanjangan.
Lagi satu, admin pun ada dengar kes rare dari United Kingdom - 30 orang ada darah beku disebabkan vaksin COVID-19 dan 7 orang meninggal dunia.
Bayangkan kalau benda sama berlaku kat Malaysia (harap-harap tak!), gomen kita kena kasi RM50,000 untuk 23 orang dan RM500,000 untuk 7 orang. Kiraan dia camni:
RM50,000 x 23 = RM1,150,000
RM500,000 x 7 = RM3,500,000
RM10 juta - (RM1.15 juta + RM3.5 juta) = RM5.35 juta
Korang boleh nampak sendiri yang bajet RM10 juta ni boleh tinggal separuh kalau dah bagi untuk 30 orang. Tambah lagi 30 orang, memang jadi zero lah.
OKAY, tak dinafikan yang gomen boleh je naikkan peruntukan tapi nak sampai bila? Berapa lama masa diperlukan untuk gomen tambah bajet dan paling penting sekali, senang ke cara nak claim duit? Secara jujur, tak bagus kalau kena tambah peruntukan setiap kali habis. Senang citer, memang tak cukup.
Lebih-lebih lagi bila bantuan kewangan khas ni hanya untuk siapa ada kesan sampingan serius. Kalau kecik, nak tak nak, kena lah bayar check-up, ubat dan rawatan sendiri. Kalau layak pun, tiga jawatan kuasa yang berbeza kena semak dulu. Baru, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bayar.
Tak ke leceh, kalau camtu? Korang kena consider jugak betapa lambatnya proses ni, maklum lah urusan gomen kan...
Okaylah, kalau bantuan khas kewangan gomen ni tak cukup untuk semua... Berapa korang kena bayar?
Kalau dah tak layak, konfem kena guna duit sendiri untuk bayar kos hospital dan rawatan. Tak nak lah kan lagi-lagi untuk siapa yang hilang sumber pendapatan waktu tengah terima rawatan. Semakin kopak lah dompet diorang...
Contohnya, bayaran 1 hari kat Hospital Shah Alam bernilai RM3 - RM120 untuk warganegara. Kalau bukan warganegara, harga dia adalah antara RM160 - RM320. Ni tak tambah kos rawatan 1 hari, dari percuma - RM15 untuk warganegara dan RM100 sehari untuk yang bukan.
Kalau korang stay selama seminggu, ni berapa banyak korang kena bayar:
Kalau warganegara,
Kos rawatan: RM15 x 3 hari = RM45
Kos hospital: RM40 x 4 hari = RM160
Jumlah kos adalah RM45 + RM160 = RM205
Kalau bukan warganegara,
Kos rawatan: RM100 x 3 hari = RM300
Kos hospital: RM180 x 4 hari = RM720
Jumlah kos adalah RM300 + RM720 = RM1,020
Cuma, kena ingat ni kiraan untuk hospital gomen. Kalau korang pergi hospital swasta, memang bertambah mahal lah (berlipat kali ganda!). Bagus lah kalau ada duit. Kalau takde, camne?
Okay, sebahagian korang mungkin ada insurans kesihatan… tapi polisi insurans tu ada cover ke kesan sampingan dari vaksin COVID-19?
Jadi, lagi bagus kalau korang ada insurans vaksin COVID-19!
Welp. Watpe korang spend ratus-ratus kalau boleh dapat perlindungan dengan harga murah je, kan?
Kalau korang nak tahu, sama cam pihak insurans keluarkan produk untuk tengah kuarantin atau positif COVID-19, mesti ada jugak untuk lindungi korang lepas terima vaksin.
In case korang tengah mencari, ni ada Z-eCoVac Protect dari Zurich (siapa cepat, dia dapat!). Hanya dengan bayaran premium sebanyak RM18 sekali, korang dikira selamat lah dari vaksin COVID-19. Mana lah tau korang tetiba sakit dan hilang upaya kekal atau meninggal.
Selain tu, korang kena tahu yang produk ni adalah 'stand-alone'. Kiranya, korang boleh beli walaupun takde insurans dengan Zurich. Bagus lah kan, kalau camtu!
Tapi, korang kena ingat tempoh liputan produk insurans ni adalah 30 hari selepas dapat vaksin (kali pertama kalau terima dua!). Kalau nak claim, korang kena bagi notis bertulis dalam 14 hari bila ada kesan sampingan kepada pihak insurans. Antara manfaatnya adalah:
- RM8,000 in case ada meninggal dan hilang upaya kekal
- RM8,000 untuk meninggal disebabkan vaksin COVID-19
- RM1,500 kalau ada masalah selepas terima vaksin COVID-19
Kalau nak banding dengan bantuan khas kewangan gomen, admin pun mengaku apa lah sangat. Cuma, nak tak nak, kita kena berpijak pada dunia nyata - kita tak tahu camne kesan vaksin COVID-19 tu. Kalau dapat pun, tak semestinya kita akan dapat bantuan khas gomen.
Sebab tu penting untuk pastikan korang sentiasa dilindungi dari segala kesan sampingan - virus, vaksin atau kewangan. Dengan insurans vaksin COVID-19 ni lah, korang dapat kurangkan rasa takut dan naikkan keberanian.
Alah, macam peribahasa Mat Salleh tu, mencegah lagi baik dari merawat. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Z-eCoVac Protect dari Zurich ni, KLIK SINI!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.