Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Ingin Mulakan Bisnes Sendiri? 2022 Peluang Emas Anda!

BY Team Loanstreet

Updated 20 Dec 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.


Zaman sekarang, bergantung pada satu pekerjaan atau pendapatan tidak lagi menjanjikan keselesaan dalam kehidupan. Apatah lagi kalau anda mempunyai tanggungan keluarga dan komitmen bulanan yang tinggi.

Sebab itu ramai yang mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Tapi selalunya, bila disebut pasal bisnes, perkara yang dirisaukan adalah kemampuan kewangan untuk bersaing.


Untuk pengetahuan anda, Bajet 2022 memperuntukkan pelbagai pakej pembiayaan dengan nilai keseluruhan RM40 bilion disediakan di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia atau Semarak Niaga.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Di sini, kami senaraikan inisiatif/bantuan dari Kerajaan untuk anda yang bercadang memulakan bisnes sendiri

Skim ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti dengan sasaran untuk memanfaatkan setiap golongan usahawan termasuk perusahaan mikro dan syarikat tersenarai awam.
 

1.  Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN 

Prihatin dengan dengan usahawan mikro, Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan bantuan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro.

Syarat Pembiayaan:

  • Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas (tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun).
  • Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan.
  • Pemohon mendapatkan pengesahan menjalankan perniagaan dari Ketua Kampung/Pengerusi JKKK/Penghulu/Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon/permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani/pasar tamu.
  • Pemohon mendapat permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau daftar perniagaan dengan SSM yang kurang dari setahun tempoh pendaftaran.
  • Pemohon mempunyai tempat/lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak.
  • Bebas daripada tindakan muflis dan aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah.
     

Ini adalah salah satu pembiayaan yang bagus jika anda seorang usahawan mikro yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau usahawan yang berdaftar dengan SSM/PBT tetapi tempoh pendaftaran kurang daripada setahun. Anda boleh membuat permohonan secara atas talian DI SINI.
 

2. Pinjaman Mikro BSN & Agrobank

Kerajaan menyediakan pelan pembiayaan sebanyak RM150 juta menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank  untuk membantu peniaga kecil, PKS, SME dan usahawan di Malaysia dalam bangkit dan berkembang pada tahun 2022. 

Bank Jumlah Pinjaman Peminjam Faedah Pinjaman Tempoh Pinjaman
BSN SehinggaRM75,000 Semua sektor perniagaan 0% untuk 6 bulan (kemudahan moratorium sehingga 6 bulan), 4% selanjutnya Sehingga 5 tahun
Agrobank Usahawan pertanian & pengusaha pengeluaran makanan 0% untuk 6 bulan (kemudahan moratorium sehingga 6 bulan), 3% selanjutnya


Syarat Kelayakan:

  • Perusahaan mestilah dimiliki oleh warganegara Malaysia;
  • Perusahaan Mikro (Perkongsian, milikan tunggal atau Syarikat Sdn Bhd)
  • Perniagaan telah beroperasi tidak kurang daripada 6 bulan
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh atau separuh masa


Permohonan boleh dibuat secara online ataupun terus mohon di mana-mana cawangan BSN/Agrobank yang terdekat.
 

3. Pembiayaan Mikro iTEKAD

Program kewangan sosial yang dikenali sebagai Program Pembiayaan Mikro iTEKAD ini membantu anda sebagai pengusaha mikro untuk memulakan perniagaan. Selain itu, anda juga akan diberikan latihan keusahawanan, pengurusan kewangan dan sokongan dalam membangunkan perniagaan anda. Bank Negara Malaysia, selaku penyelaras program ini, akan memberi maklumat lanjut dalam masa terdekat. 
 

4. Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) - TEKUN

Pembiayaan SPUMI terbuka kepada warga Malaysia berbangsa India, berumur 18 hingga 60 tahun dengan pemilikan 100% entiti perniagaan serta lesen atau daftar perniagaan yang sah dengan terma pembiayaan:

Had Pembiayaan Sehingga RM100,000
Tempoh Pembiayaan Sehingga 5 Tahun
Kadar Pembiayaan 4% setahun
Kemudahan moratorium 6 bulan


5. Pembiayaan Perniagaan Melalui Pelaburan Ekuiti & quasi-equity

Sumber imej: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)


Usahawan PKS akan berpeluang meningkatkan penyertaan mereka dalam aktiviti pembangunan negara dengan skala yang lebih besar melalui inisiatif pendanaan ekuiti dan quasi-equity dengan dana bernilai RM600 juta yang diterajui SME Bank dengan kerjasama TERAJU dan BSN seperti yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2022.

Melalui program pendanaan ekuiti dan quasi-equity tersebut, SME Bank akan menyediakan kemudahan dalam bentuk pembiayaan suntikan ekuiti dan pelaburan sehingga RM5 juta untuk setiap PKS bagi tempoh sehingga 5 tahun.
 

6. Skim Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)

Ia adalah satu jaminan oleh Kerajaan untuk membantu syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam semua sektor untuk mendapat akses kepada pembiayaan daripada Institusi Kewangan (IK) yang terlibat.

Bagi tahun 2022, Kerajaan akan menambah baik Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) untuk membantu syarikat mendapatkan pembiayaan baharu yang sebelum ini sukar diperolehi.

  • Menjamin kemudahan pembiayaan berjadual dan distruktur semula sehingga 80% untuk tempoh 36 bulan, sehingga maksimum RM20 juta termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik.
  • Menjamin kemudahan pembiayaan baharu sehingga 80%, termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik dengan menyediakan jaminan untuk pembiayaan yang dijadual dan distruktur semula dengan tambahan had jaminan sebanyak RM10 bil termasuk RM2 bil yang dikhaskan untuk bumiputera.


7. Program MyKasih Kapital



Dalam pembentangan Bajet 2022, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk pelaksanaan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah secara dalam talian terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.


Insentif ini merupakan bantuan asas modal perniagaan sebanyak RM1,000 yang akan diberikan di samping program bimbingan.

Golongan wanita yang berminat untuk memohon bantuan yang disediakan ini, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan melalui Yayasan Kebajikan Negara, di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
 

8. Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)

Untuk usahawan wanita Bumiputera, Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan Skim DanaNITA khusus untuk keperluan modal pusingan dan pembelian mesin. 

Had Pembiayaan RM150,000
Tempoh Pembiayaan 1-10 tahun @ 12-120 bulan
Kadar Pembiayaan 3.5%

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian menerusi portal rasmi MARA.
 

9. Go-eCommerce

Kempen ini diperkenalkan di bawah PENJANA untuk menggalakkan dan memudahkan semua peniaga kecil dan PKS menggunakan platform atas talian sebagai cara baharu untuk berniaga dan meluaskan pasaran mereka. Bagi 2022, kempen ini akan diteruskan dengan peruntukan RM250 juta di bawah Bajet 2022 bagi membantu perusahaan sosial, halal dan kraf tangan, pertanian dan usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital.

Usahawan PKS akan mendapat manfaat yang besar walaupun perniagaan anda belum didaftarkan. Anda akan mendapat latihan bagaimana menjalankan perniagaan secara atas talian, subsidi serta khidmat bantuan jualan. 

Usahawan industri kecil dan sederhana layak untuk mendapat sehingga RM2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital. Anda boleh menyertai kempen ini dengan mendaftar di www.go-ecommerce.my/penjana .
 

10. Skim Geran Pendigitalan 

Skim Geran Pendigitalan PKS sehingga RM5,000 akan disediakan untuk PKS dengan pengkhususan dana RM50 juta bagi PKS mikro Bumiputera di luar bandar. Ianya bertujuan untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

Melalui geran ini, anda sebagai usahawan PKS boleh memantapkan lagi proses pendigitalan perniagaan anda seperti mempromosikan perniagaan melalui perkhidmatan e-dagang, Sistem Jualan Elektronik (e-POS), serta pemasaran digital melalui media sosial dan sebagainya.

Amaun geran yang ditawarkan melalui inisiatif ini adalah sebanyak 50% atau maksimum RM5,000 dari jumlah invois melalui BSN.

Geran padanan ini terhad untuk satu 1 permohonan sahaja bagi setiap PKS. Walaubagaimanapun, PKS dibenarkan untuk memohon sehingga 3 jenis perkhidmatan pendigitalan dengan satu atau lebih pembekal perkhidmatan pendigitalan yang berdaftar dengan MDEC.

Permohonan geran padanan pendigitalan ini adalah percuma dan tiada yuran dikenakan. Muat turun borang permohonan di laman web BSN.

Ada mana-mana inisiatif yang padan dengan keperluan bagi memulakan bisnes anda? Jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan inisiatif di atas untuk membantu anda terus berdaya saing mendepani cabaran ekonomi yang sukar ini. Ingin tahu inisiatif lain yang disediakan secara menyeluruh? Layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/ untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!