Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Jom Lihat 25 Manfaat Bajet 2022 Untuk Bantu Golongan Belia

BY Team Loanstreet

Updated 15 Dec 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat  terkini.


Apabila berada dalam tempoh penularan pandemik COVID-19 ini, ramai rakyat Malaysia khususnya golongan belia menghadapi masalah kewangan yang kritikal. Hal ini mungkin kerana kurangnya literasi kewangan didedahkan kepada mereka.

Seperti yang telah dilaporkan oleh media tempatan, Pengurus Kanan Jabatan Pengurusan Strategi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Farizan Kamaluddin berkata, “Persediaan situasi di luar jangkaan memang tidak ada langsung dan pandemik ini sememangnya memberi impak besar terhadap kelangsungan kehidupan harian mereka.

Bagi menjamin kesejahteraan kewangan golongan belia untuk jangka masa panjang, Bajet 2022 yang telah diumumkan merangkumi 25 insentif seperti berikut:
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. PerantiSiswa

Bagi memastikan proses pengajian pelajar B40 berjalan lancar, Kerajaan akan membekalkan sebuah tablet kepada kira-kira 600,000 pelajar B40 di IPT di bawah inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.
 

2. e-Start

RM150 bayaran secara one-off akan dikreditkan ke dalam e-dompet bagi 2 juta belia yang berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa di IPT bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui program e-Start iaitu sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai.

 

3. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan. BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima termasuk belia dengan peruntukan RM8.2 bilion.

Kategori Kelayakan Jumlah Bantuan
Bujang Berpendapatan <RM2,500 RM350
Berkahwin tetapi tiada anak Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah RM1,000
Berpendapatan RM2,501 - RM5,000 RM400
Berkahwin & mempunyai 1 atau 2 anak Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah RM1,500
Berpendapatan RM2,501 - RM5,000 RM600
Berkahwin & mempunyai 3 anak atau lebih Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah RM2,000
Berpendapatan RM2,501 - RM5,000 RM800
Ibu tunggal/ bapa tunggal Berpendapatan <RM5,000 Tambahan RM500
 

4. JaminKerja

Dengan peruntukan berjumlah M4.8 bil,  600,000 peluang pekerjaan disediakan pada 2022 di bawah inisiatif Jamin Kerja. Antara program yang ditawarkan adalah:

  • MyStep: Program ini akan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak yang merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 dalam GLC.
  • Insentif penggajian: Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui insentif penggajian JaminKerja untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan terutamanya golongan rentan dan yang tidak aktif bekerja. 
  • Program latihan dan peningkatan kemahiran: RM1.1 bil telah diperuntukkan untuk program ini untuk melahirkan tenaga kerja yang lebih mahir dan mengurangkan lagi kadar pengangguran kepada 4%.  

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif JaminKerja, baca: Hilang Kerja Akibat Covid-19? Ini 4 Program Untuk Pulih Semula
 

5. Pelepasan cukai kemahiran

Bagi belia yang menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan, pelepasan cukai bagi perbelanjaan akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023. Selain itu, terdapat juga pelepasan cukai ke atas yuran kursus dengan mana-mana badan profesional yang diluluskan (contoh: perakaunan) sehingga RM7,000.


6. Baucar Pelindungan Tenang

Program Baucar Perlindungan Tenang bagi penerima bantuan B40 akan diteruskan pada tahun 2022 dengan nilai baucar ditingkatkan daripada RM50 kepada RM75.

Syarat kelayakan:

  • Perima BKM sahaja
  • Satu baucar hanya boleh digunakan untuk membeli / menyertai satu polisi sahaja
  • Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan
  • Baucar hanya boleh digunakan untuk polisi/sijil baharu memperbaharui polisi/sijil sahaja (tidak boleh digunakan untuk polisi/sijil sedia ada)
     

Penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. Sebagai tambahan, baucar itu boleh digunakan untuk membeli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

Untuk maklumat lanjut berkenaan insiatif ini, sila layari www.myptv.my dan www.mycoverage.my.
 

7. mySalam

Skim mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia, dimana:

  • pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnosis menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal. Contohnya, penyakit Alzheimer/demensia teruk, angioplasti, meningitis bakteria dan tumor otak benign.

Pada tahun 2022, skim mySalam akan diperluas kepada semua penerima BKM, dan manfaat tuntutan kos peranti perubatan juga akan dipanjangkan kepada anak penerima mySalam yang layak.

KLIK SINI untuk menyemak kelayakan.

 

8. i-Saraan

Melalui inisiatif i-Saraan, belia yang bekerja sendiri dan membuat caruman KWSP secara sukarela akan turut menerima manfaat caruman KWSP tambahan daripada pihak Kerajaan iaitu sebanyak 15% atau maksimum RM250.
 

9. Kasih Suri

Sumber imej: PERKESO
 

Menerusi Bajet 2022 melalui inisiatif seperti program Kasih Suri Keluarga Malaysia yang memberi perlindungan terhadap suri rumah dan balu, dengan peruntukan berjumlah RM80 juta. Jaringan perlindungan sosial di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah ini akan menggunakan pendekatan yang sama seperti caruman PERKESO yang dikenakan ke atas pekerja lain untuk  membela nasib golongan suri ruma serta melindungi mereka sekiranya berlaku sebarang musibah dan insiden yang tidak diingini.
 

10. Pencaruman PERKESO (Pekerja Sendiri & Sektor Informal)

Kerajaan akan membiayai 80% caruman PERKESO bagi golongan bekerja sendiri atau sektor informal. Liputan ini diluaskan daripada gigi rider kepada 9 kategori pekerja sendiri baharu antaranya petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan dalam Komuniti.
 

11. Sistem Perlindungan Pekerjaan (EIS) 

EIS akan ditambah baik dengan menambah Elaun Mencari Kerja selama 3 bulan untuk para pekerja yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2021 dan sehingga kini masih menganggur di bawah SIP EMP+. Pemberian elaun ini yang sebelum ini dikhususkan untuk pencarum PERKESO akan dipanjangkan kepada bukan pencarum.

 

12. Yuran Taska

Sumber Imej: Bernama
 

Bagi golongan berkeluarga, pelepasan cukai pendapatan individu akan diberikan sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika yang berdaftar sehingga tahun taksiran 2023.

 

13. Kit kebersihan diri

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Malaysia dengan kerjasama Jabatan Penjara akan mengedarkan secara percuma, kit asas kebersihan diri (tuala wanita) setiap bulan kepada 130,000 remaja daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

 

14. Elaun Perantis

Melalui inisiatif insentif penggajian, Kerajaan akan membayar insentif RM900 sebulan kenaikan dari RM800 untuk majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan (lepasan Diploma ke atas & ntuk   jenis   jawatan   Eksekutif) yang berumur di antara 18 hingga 30 tahun. Pihak swasta digalakkan untuk turut memberi elaun yang sama bagi khidmat perantis tersebut.

 

15. Kredit Mikro

Bagi belia menceburi bidang keusahawanan, kerajaan menyediakan pelan pembiayaan sebanyak RM150 juta menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank  untuk membantu peniaga kecil, pks, sme dan usahawan di Malaysia dalam bangkit dan berkembang untuk tahun 2022. 

Bank  Jumlah Pembiayaan Peminjam Faedah Pinjaman
BSN Sehingga RM75,000 Semua sektor perniagaan 0% untuk 6 bulan(kemudahan moratorium sehingga 6 bulan)
Agrobank Usahawan pertanian & pengusaha pengeluaran makanan
 

16. e-Sukan

Di bawah Bajet 2022, Kerajaan turut memberikan fokus terhadap arena esukan, dimana suntikan dana berjumlah  RM20 juta telah diperuntukkan bagi memastikan perkembangan sukan tersebut . Atlet e-Sukan kelahiran Malaysia yang telah mengharumkan negara juga bakal diberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan mereka.
 

Tambahan lagi, dibawah peruntukkan berkenaan juga, kerajaan memperuntukkan RM5 juta untuk membina Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.

 

17. Pembiayaan Perumahan untuk pekerja informal

Bagi membantu golongan pekerja gig atau mereka yang bekerja dalam sektor informal tanpa gaji tetap memiliki rumah, Kerajaan memberi jaminan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM2 bilion untuk mendapat pembiayaan pinjaman perumahan.
 

Kriteria Kelayakan:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM700.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
  • Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.
  • Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
  • Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
  • Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
  • Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
  • Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
     

18. Pas Perjalanan Tanpa Had 

Sumber Imej: KTMB
 

Untuk membantu meringankan beban perbelanjaan pengangkutan awam untuk pelajar sekolah dan orang kelainan upaya  di kawasan tidak ekonomik, Kerajaan telah memperkenalkan pas perjalanan bulanan tanpa had (MyRail5) dengan harga RM5.

Pas ini boleh digunakan selama 30 hari berturut-turut (termasuk hujung minggu dan cuti am) dari tarikh pembelian / pembaharuan pas MyRail5 bagi bagi perkhidmatan KTM Komuter sektor Lembah Klang, KTM Komuter sektor Utara dan Shuttle Timuran (Kuala Lipis – Tumpat). Klik DI SINI untuk borang permohonan digital MyRail5.

Selain itu, terdapat juga inisiatif bagi pas perjalanan tanpa had bas dan rel bernilai RM50 untuk pengguna terutamanya di Lembah Klang bagi tahun 2022. 
 

19. Pelepasan cukai pendapatan

Bagi mengurangkan bebanan rakyat di waktu sukar ini, Kerjaan telah mengumumkan kelonggaran dalam pembayaran cukai pendapatan seperti:

  • Pelepasan cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000 dilanjutkan sehingga Tahun Taksiran 2022.
  • Melanjutkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sebanyak RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember 2022
  • Meluaskan skop pelepasan cukai pendapatan individu buat pemeriksaan kesihatan mental untuk tanggung kos khidmat konsultasi dengan pakar psikiatri, ahli psikologi klinikal dan kaunselor yang berdaftar.
  • Pelepasan cukai sehingga RM4,000 untuk pencarum KWSP secara sukarela bagi mereka yang bekerja sendiri dan pekerja gig.
     

20. Pengecualian bagi pembelian kenderaan EV

Sebagai tanda sokongan terhadap pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan, kerajaan bercadang memberikan:

  • Pengecualian duti import 100% ke atas komponen untuk EV pemasangan tempatan
  • Pengecualian duti eksais dan cukai jualan 100% ke atas EV - CKD
  • Pengecualian duti import dan duti eksais 100% ke atas EV - CBU
  • Pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV. 
  • 100% pengecualian cukai jalan.
     

21. Pengecualian Cukai Jualan

Kerajaan melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang untuk mengurangkan kos pemilikan kenderaan:

  • Pengecualian cukai jualan 100% ke atas kereta penumpang CKD sehingga 30 Jun 2022
  • Pengecualian cukai jualan 50% ke atas kereta penumpang CBU import baharu dan terpakai.


22. Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan telah  bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada peminjam bermula 1 November 2021 hingga 31 April 2022:

  • 15% bagi yang nak buat penyelesaian penuh hutang.
  • 12% bagi yang nak bayar 50% melebihi baki hutang dalam satu bayaran.
  • 10% bagi yang nak buat bayaran balik melalui potongan gaji/debit mengikut jadual.
     

23. Shop Malaysia Online & Go-eCommerce

Kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding (sebuah platform keusahawanan online dengan tool-tool untuk memajukan bisnes  secara online) yang telah memanfaat lebih daripada 500 ribu usahawan tempatan akan diteruskan dengan peruntukan 250 juta ringgit. Ini adalah bagi membantu perusahaan sosial, halal dan kraf tangan, pertanian dan usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital.

Usahawan industri kecil dan sederhana layak untuk mendapat sehingga RM2,000 bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

 

24. Pembiayaan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)

Untuk membantu memulihkan usahawan francais bangkit semula, sekaligus memperkasa ekonomi negara, PERNAS akan memperuntukkan RM74 juta untuk menyediakan program latihan dan bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah 0% selama 6 bulan pertama beserta moratorium.
 

25. Skim Geran Pendigitalan 

 

Skim Geran Pendigitalan PKS sehingga RM5,000 akan disediakan untuk PKS dengan pengkhususan dana RM50 juta bagi PKS mikro Bumiputera di luar bandar. Ianya bertujuan untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan pendigitalan dalam operasi perniagaan harian.

Melalui geran ini, usahawan PKS boleh memantapkan lagi proses pendigitalan perniagaan mereka seperti mempromosikan perniagaan melalui perkhidmatan e-dagang, Sistem Jualan Elektronik (e-POS), dan pemasaran digital melalui media sosial dan sebagainya.

Permohonan geran padanan pendigitalan ini adalah percuma dan tiada yuran dikenakan.
 

26. Pemerkasaan Bumiputera

Bagi meningkatkan daya saing dan kapasiti kontraktor kecil Bumiputera, Kerajaan melalui (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia) CIDB akan mewujudkan accelerator programme khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 mengikuti kursus peningkatan kapasiti dan on-the-job training dengan peruntukan RM10 juta.

Selain itu, sebahagian daripada projek berskala kecil perolehan Kerajaan akan dikhaskan kepada kontraktor belia Bumiputera. Nilai projek terlibat dianggarkan bernilai RM200 juta.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memanfaatkan inisiatif di atas untuk membantu anda daripada belenggu masalah kewangan akibat pandemik Covid-19. Kalau anda ingin mengetahui inisiatif lain yang disediakan secara menyeluruh, anda boleh layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/ untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat dari pakej-pakej kerajaan tanpa mengira latar belakang anda.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!