Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Dilema Wanita Bekerja Masih Tular. Jangan Terlepas 9 Bantuan Bajet 2022

BY Team Loanstreet

Updated 17 Dec 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat terkini.
 

Pernahkah anda dengar pepatah, “tangan yang menghayun buaian dapat menggoncang dunia”? Pepatah ini menggambarkan kehebatan wanita yang walaupun dengan sifatnya yang lemah lembut, juga mampu membawa perubahan kepada dunia.

Kini, wanita bukan sahaja bergelar isteri atau ibu, tetapi juga wanita bekerjaya dan salah satu penggerak utama ekonomi negara. Namun, wanita bekerja juga masih menghadapi beberapa dilema seperti bayaran gaji yang tidak setimpal malah masih berlaku diskriminasi gender di tempat kerja.

Peka dengan keadaan ini, kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu golongan wanita ini bergerak bersama bagi membangunkan ekonomi negara. Dalam Bajet 2022, kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu wanita bekerja ini. Jom kita lihat senarai inisiatif bajet yang diperkenalkan ini dalam artikel ini.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Insentif kepada majikan yang menggaji golongan wanita yang tidak bekerja melebihi 365 hari

Tahun 2020 merupakan tahun yang sukar bukan sahaja dari sudut wabak pandemik, malah bagi peluang pekerjaan. Ramai pekerja yang telah hilang pekerjaan dan ini termasuk golongan wanita.

Prihatin akan keadaan ini, di bawah inisiatif menjana dan mengekalkan pekerjaan, kerajaan telah memberi insentif kepada majikan yang menggaji sebanyak 30% daripada gaji bulanan bagi tempoh 6 bulan pertama dan 40% bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 ke atas.

Dalam insentif bagi menggalakkan wanita bekerja ini, majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari, ibu tunggal dan suri rumah akan diberikan insentif ini. Dengan pemberian insentif ini, ia akan membantu menggalakkan majikan memberi gaji yang lebih setimpal dan membantu golongan wanita bekerja  menyumbang dan mengukuhkan lagi ekonomi negara ini secara tidak langsung.


2. Suruhanjaya Sekuriti akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam

Bagi mengiktiraf kepimpinan golongan wanita dalam sesuatu organisasi, kerajaan melalui Suruhanjaya Sekuriti akan mewajibkan pelantikan sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita bagi semua syarikat senaraian awam. Ini membuktikan kerajaan mengiktiraf keupayaan golongan wanita bekerja ini untuk memimpin.

Ia akan berkuat kuasa pada 1 September 2022 bagi syarikat bermodal besar dan 1 Jun 2023 bagi syarikat tersenarai lain. Dengan inisiatif ini, golongan wanita bekerja yang berkelayakan turut akan diiktiraf di tempat kerja mereka dari segi kepimpinan.
 

3. Menggalakkan penyertaan golongan wanita bekerja dari sudut kepimpinan dan keusahawanan

Bagi membina kepimpinan serta menggalakkan lagi penyertaan golongan wanita berkerja dalam bidang keusahawanan dan kepimpinan, kerajaan juga menyediakan RM5 juta kepada Yayasan Kepimpinan Wanita bagi merancakkan penyertaan wanita dalam sektor ekonomi melalui latihan kepimpinan muda dan program keusahawanan.

Selain itu,  siapa kata golongan wanita bekerja tidak boleh menjana  duit hanya dari rumah? Dengan penubuhan Program MyKasih Kapital yang bertujuan menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah wanita akan diberi bantuan asas modal perniagaan.

Malah, program bimbingan menggalakkan perniagaan secara dalam talian turut dianjurkan bagi 5,000 peserta termasuk 2,000 orang ibu tunggal dijangkakan akan meraih manfaat daripada program ini.
 

4. Bantuan dana pembiayaan kepada wanita

Bagi golongan usahawan wanita yang bekerja dan terjejas dengan wabak pandemik Covid-19 ini, kerajaan mempamerkan keprihatinan mereka untuk membantu meningkatkan kapasiti perniagaan mereka, sejumlah RM230 juta dana pembiayaan akan disediakan antaranya melalui Program DANANITA di bawah MARA dan TEKUNITA di bawah TEKUN. Di bawah program ini, pembiayaan akan diberikan kepadai usahawan wanita melalui BSN.
 

5. Mewujudkan sistem sokongan yang lebih baik bagi wanita bekerjaya

 

Sebelum ini, kita sering mendengar keluhan wanita bekerja tentang kesukaran menghantar anak ke taska atau pusat jagaan kanak-kanak yang berdekatan. Prihatin dengan keadaan ini, bajet sebanyak RM30 juta disediakan untuk menyediakan kemudahan taska di bangunan-bangunan kerajaan, terutamanya di hospital dan universiti awam.

Selain itu, majikan sektor swasta juga digalakkan untuk mewujudkan sistem pengaturan kerja fleksibel dan menyediakan kemudahan taska di pejabat. Malah, sesuai dengan keadaan ini, kerajaan turut akan meminda garis panduan bagi membenarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat 1 pejabat.
 

6. Pelepasan cukai pendapatan individu wanita bekerjaya

Salah satu dilema lain bagi wanita bekerjaya ialah kos yuran yang perlu ditanggung sekiranya menghantar anak-anak mereka ke taska dan tadika. Bagi meringankan sedikit sebanyak beban dan kos yang ditanggung, kerajaan bersetuju bagi melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 bagi bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2023.
 

7. Insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan

Jika dulu, sektor gig kurang menonjol, namun dengan wabak pandemik ini, peningkatan pekerja di sektor ekonomi gig ini semakin meningkat. Dengan lebih fleksibiliti dari segi masa, ia juga menjadi salah satu pilihan bagi wanita bekerja yang inginkan lebih kebebasan masa namun pada masa yang sama, menjana pendapatan bagi ekonomi keluarga. 
 

Kerajaan menawarkan insentif bekerja di sektor gig berjumlah RM600 sebulan yang melibatkan pencari kerja daripada kategori:

  • Golongan suri rumah dan wanita berpendapatan rendah
  • Orang yang kehilangan pekerjaan
  • Golongan rentan seperti miskin termasuk senarai individu berdaftar dengan eKasih
  • Pekerja yang ditimpa cuti tanpa gaji
  • Individu/Graduan yang menganggur melebihi 30 hari
     

Malah, insentif tambahan sebanyak RM200 sebulan disediakan jika pekerja gig dapat menerima hasil yang lebih daripada RM2,500 sebulan ataupun bekerja lebih daripada 120 jam. Walaupun bantuan ini diberikan secara umum, golongan wanita bekerja boleh memanfaatkan insentif ini sebagai salah satu punca pendapatan.
 

8. Bantuan bajet bagi keselamatan wanita

Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP dijalankan, menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dalam laporannya di Berita Harian, berlaku peningkatan kes keganasan rumah tangga.
 

Sepanjang tahun 2020, menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)sepanjang Januari hingga Disember 2020, sebanyak 5,260 kes keganasan rumah tangga telah dibuka kertas siasatan, manakala mengikut statistik Talian Kasih KPWKM,  sebanyak 2,540 kes keganasan rumah tangga telah diterima. Tidak kira wanita bekerja yang perlu bekerja daripada rumah atau golongan suri rumah, kerajaan telah melancarkan beberapa bantuan bagi membantu melindungi keselamatan golongan wanita ini iaitu:

  • Kerajaan telah memperuntukkan RM13 juta khas untuk memperkasa Bahagian D11 Polis Diraja Malaysia bagi Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak,  termasuk mewujudkan 100 perjawatan baharu. 

  • Program kesedaran komuniti berhubung keganasan terhadap wanita di seluruh negara melalui Skuad WAJA (Wanita Anti Jenayah)
  • Kerajaan juga akan menambah Pusat Sokongan Sosial Setempat serta bekerjasama dengan NGO untuk meningkatkan bilangan Rumah Perlindungan Khas Wanita


 

9. Bantuan bajet kesihatan khas untuk golongan wanita

Selain daripada peka daripada aspek pekerjaan dan keselamatan, kerajaan juga tidak terkecuali bagi memberi inisiatif sejumlah lebih RM11 juta sebagai subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi dan melaksanakan ujian saringan kanser serviks kepada wanita.

Menjadi ibu, isteri atau wanita bekerjaya sekalipun bukannya mudah. Setiap daripada gelaran ini membawa tanggungjawab yang besar dari pelbagai sudut dan aspek. Semoga dengan bantuan Bajet 2022 yang diperkenalkan ini, dapat membantu sedikit sebanyak golongan wanita bekerja ni secara langsung dan tidak langsung. 

Untuk mengetahui bantuan/inisiatif yang lain yang disediakan dari pakej-pakej Kerajaan, layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!