Sebab perbezaan harga ini adalah amat ringkas dan mudah: inflasi. Kita tidak akan membincang tentang mekanisme inflasi dan puncanya di sini. Apa yang kita perlu tahu dalam konteks ini adalah inflasi akan menurunkan nilai mata wang dari masa ke masa dengan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan.
Sekarang, anda mungkin tertanya-tanya tentang pengaruh inflasi dalam pembayaran balik pinjaman gadai janji (pinjaman rumah), dan bagaimana anda boleh menggunakan pengetahuan ini untuk manfaat anda.
Mari kita mulakan.
Set Minda yang Mengelirukan?
Anda mungking terdengar pepatah konvensional mengenai pinjaman gadai janji – Bayarkan pinjaman ansuran bila anda mempunyai wang tunai yang lebih. Lebih banyak yang dibayar, lebih baik kerana anda dapat menyelesaikan hutang itu dengan lebih cepat.
Namun, di sebalik fahaman tersebut, kebenaran di sebalik pepatah itu mungkin bertentangan sekiranya anda mengambil kira faktor inflasi. Secara ringkas, seringgit pada 30 tahun dahulu mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dengan seringgit pada hari ini disebabkan oleh inflasi. Dengan menggunakan logik yang sama, seringgit pada hari ini amat jelas mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada seringgit pada 30 tahun yang akan datang.
Bayangkan harga makanan di tepi jalan yang akan digandakan sebanyak sepuluh kali ganda dalam masa 30 tahun. Oleh itu, secara logiknya, Ringgit yang anda menggunakan untuk membayar lebih dalam ansuran pinjaman rumah, bernilai lebih besar berbanding dengan tahun-tahun seterusnya
Oleh yang demikian, bukankah anda rugi jikalau anda membayar lebih banyak daripada apa yang anda perlu bayar, walaupun cara tersebut memendekkan tempoh pinjaman anda?
Inflasi Berbanding Dengan Kadar Faedah
Sudah tentu, satu hujah utama perbandingan logik ini adalah bahawa walaupun anda mungkin menjimatkan wang dengan mengalahkan inflasi, akhirnya anda pula didapati membayar lebih dari apa yang dipatutkan disebabkan oleh kadar faedah yang dibayar sepanjang tempoh hutang. Untuk mendapatkan pemahaman tentang kesan inflasi yang lebih jelas, kami perlu menerangkannya dengan lebih teknikal.
Sebagai contoh, mari kita menggunakan pinjaman rumah sebanyak RM450,000 yang dibayar sepanjang tempoh 30 tahun pada Kadar Pinjaman Asas (KPA) yang stabil iaitu 4.2%. pembayaran balik bulanan anda akan berjumlah sebanyak RM2,201.
Untuk perbandigan yang lebih teliti, mari kita lihat dua senario di bawah.
Senario 1 - Pembayaran balik biasa yang dibuat kepada bank sepanjang tempoh hutang
Senario 2 - Sebanyak RM100 ditambah pada setiap bulan kepada pembayaran balik pinjaman rumah sepanjang tempoh hutang.
Senario 1 | Senario 2 | Jumlah Yang Dijimat | |
Ansuran Bulanan | RM2,201 | RM2,301 | - |
Tempoh (Bulan) | 360 | 331 | - |
Jumlah Yang Dibayar | RM792,360 | RM761,361 | RM30,729 |
Daripada jadual di atas, ia boleh diperhatikan bahawa pembayaran lebih kepada ansuran bulanan secara konsisten sepanjang tempoh pinjaman akan menjimatkan anda sebanyak RM30,729.
Tetapi adakah nilai itu merupakan nilai yang dijimat sekiranya anda mengambil kira kadar inflasi ?
Sekarang mari kita lihat kedua-dua senario kadar inflasi yang berbeza untuk mendapatkan anggaran nilai yang dijimat sekiranya anda membayar balik pinjaman rumah anda lebih awal. Semua pengiraan adalah berdasarkan aliran tunai terdiskaun pelunasan gadai janji.
* Diskaun pembayaran aliran tunai = Pembayaran Bulanan/ (1 + (kadar inflasi) )Pembayaran bulan
Jika kadar purata inflasi di Malaysia ditetapkan pada 4% sepanjang tempoh:
Jumlah yang dijimat selepas mengambil kira inflasi = RM157 yang dijimat mengikut nilai Ringgit hari ini
Jika kadar purata inflasi di Malaysia ditetapkan pada 5% sepanjang tempoh:
Anda sebenarnya tidak menjimat wang tetapi akhirnya 'rugi' wang dalam erti kata yang lain.
Jumlah yang dirugi selepas mengambil kira inflasi = RM 2,786 mengikut nilai Ringgit hari ini
Dari sini, ia menjadi jelas bahawa dengan pembayaran tambahan RM100 kepada ansuran bulanan tiap tiap bulan dapat menjimatkan anda sebanyak RM30,729 pada masa depan. Tetapi kalau jumlah itu diterjemahkan kepada nilai Ringgit terkini, jumlah yang dijimatkan mungkin lebih rendah daripada apa yang dianggap hanya kerana kesan inflasi!
Ringkasan
Senario seperti di atas berdasarkan pada andaian tertentu. Apa yang lebih mungkin berlaku adalah turun naik rawak BLR dan kadar inflasi dari masa ke masa. Namun, prinsip-prinsip yang ditunjukkan memegang benar.
Apa yang kita mahu serlahkan adalah bagaimana anda boleh mengekstrak nilai maksimum daripada wang anda dengan hanya mengikuti 3 peraturan mudah Loanstreet di bawah.
Secara ringkas :
1. Jika kadar faedah pinjaman adalah lebih tinggi daripada kadar inflasi:
a. Selesaikan Pinjaman anda (Artikel ini mengabaikan pilihan pelaburan )
2. Jika kadar faedah pinjaman adalah lebih rendah daripada kadar inflasi:
Gunakan wang anda untuk sama ada:
a. pelaburan ATAU
b. barangan penggunaan
3. Dalam kebanyakan keadaan, simpanlah hanya jumlah minimum wang tunai (dalam simpanan / FD dan lain-lain ) kerana nilai wang anda biasanya akan mengecut. (Walaupun terdapat pengecualian tertentu)
Satu nota terakhir, sila ingat untuk memikirkan kepentingan menyimpan wang. Terdapat masa bila anda mungkin akan memerlukan wang tunai tambahan dan perlu menabung untuk masa depan. Walauapapun, sila menabung dengan bijak dengan mengamalkan tabiat untuk menabung amaun yang cukup untuk tujuan praktikal sahaja.
Ini adalah panduan mudah kami untuk mengekstrak nilai maksima untuk setiap Ringgit anda.
Untuk mendapat pengetahuan kadar faedah pinjaman rumah terbaik di pasaran, sila menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan kita.