Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kini Ada App untuk Parking, Tak Perlu Beli Kupon Dah

BY MK Zainal

Updated 19 Oct 2018




Sekarang ni dah ada mobile app untuk korang bayar parking kat Selangor, jadi tak perlu beli kupon dah, tak perlu cari mesin parking yang kebanyakannya tak berfungsi pun.

Banyak app parking yang rupa bentuk masing-masing memang sebiji, jadi kami tak tau kenapa ada app lain-lain. Tapi untuk artikel ni, kami pilih Smart Selangor Parking sebab dia meliputi banyak kawasan termasuk:

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


  • Majlis Perbandaran Petaling Jaya
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Perbandaran Sepang

Korang boleh download app kat sini dan bila korang buka, ini apa yang korang kena buat:

1. Klik bahasa pilihan.
2. Daftar akaun. Masukkan nama penuh, nombor IC, dan maklumat yang lain.
3. Bila pendaftaran selesai, masukkan nombor plet kereta.

4. Sebelum boleh bayar parking, korang kena masukkan duit dulu, jadi klik 'Reload Credit'. Kat sini korang boleh pilih berapa banyak korang nak masukkan.


3. Pilih cara bayaran yang korang nak guna, samada bank ataupun e-wallet macam Boost (biasanya akan ada caj untuk setiap reload, jadi kalau tak nak kena caj selalu, reload la banyak sekaligus).

4. Bila dah ada credit, baru korang boleh bayar parking. Kat sini, korang boleh pilih Majlis Perbandaran/Bandaraya tempat korang berada. Lepas tu, klik untuk bayar parking.

5. Korang boleh pilih berapa jam korang nak parking.

6. Lepas dah bayar, akan ada imej yang bagitau korang berapa lama masa yang tingaal.

Itu je! Kalau korang nak tambah masa parking, boleh buat bila-bila je melalui app. Jangan lupa share dengan kawan, anak penakan, dan group Whatsapp sedara-mara korang semua!

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)