Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Adakah BR1M Akan Memusnahkan Malaysia?

BY Team Loanstreet

Updated 22 Feb 2019




Sejak BR1M dilaksanakan pada tahun 2012, ia telah banyak dikritik oleh orang ramai. Ramai melihatnya sebagai tidak lebih daripada membeli undi daripada masyarakat yang terpinggirkan. Pengkritiknya yang paling keras juga telah mendakwa bahawa penggunaan dana awam yang cuai akan menyebabkan negara dirosakkan.

Kami percaya bahawa selain aspek politik, kebaikan BR1M perlu dinilai sendiri. Adakah skim ini begitu dahsyat? Adakah ia akan merosakkan negara, seperti bagaimana sesetengah rakyat percaya?

Kerana kita sendiri tidak tahu bagaimana untuk menilainya, kita memutuskan untuk mengkaji secara menyeluruh isu-isu berkenaan BR1M untuk mengetahui sama ada ia benar-benar skimr yang baik, atau yang boleh menyebabkan Malaysia dirosakkan.

Sedia? Mari kita mulakan!

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1) Adakah BR1M diperlukan?

Terlebih dahulu, kita perlu akui bahawa matlamat sosial BRIM – untuk memberi bantuan dari segi kewangan kepada mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah. Hanya setelah kita menerima hakikat ini, barulah kita boleh menilai BR1M secara objektif.

Apakah pendirian anda tentang isu bantuan kebajikan rakyat? Carta di bawah menunjukkan dua bahagian yang amat berbeza mengenai sifat masyarakat terhadap kebajikan rakyat.

Di bahagian kiri – Egalitarianisme. Fahaman ini berpegang pada prinsip bahawa semua orang mempunyai hak yang sama-rata melalui campur tangan kerajaan. Prinsip ini dapat dilaksanakan melalui pengagihan kekayaan kepada golongan berpendapatan rendah yang memerlukan bantuan. Pengagihan dilakukan dengan pelbagai cara seperti menggunakan peruntukan pembangunan untuk membangunkan bahagian pendalaman, memberi subsidi perumahan kepada golongan miskin dan juga pemberian bantuan kewangan (seperti BRIM).

Di sebelah kanan pula – Meritokrasi. Dalam bentuk yang paling tulen, ia adalah kepercayaan hanya yang benar-benar kuat dapat bertahan. Ia juga berpegang pada prinsip bahawa semua orang diberi peluang yang sama untuk berjaya dalam kehidupan. Pandangannya adalah bahawa segala-galanya perlu diperolehi melalui kebolehan dan kerja keras; manakala untuk menaikkan diri dari kedudukan yang lebih rendah ke status social yang lebih tinggi, ia harus diperoleh melalui merit seseorang.

Kebanyakan daripada kita berada di bahagian pertengahan – tidak mengikuti egalitarianisme atau benar-benar tidak simpatik kepada golongan kurang upaya. Akan tetapi, terdapat juga golongan yang tidak bersetuju dengan bantuan dari segi kewangan untuk kebajikan rakyat.

Sekiranya anda terdiri daripada golongan ini, BRIM tetap dilihat sebagai satu pembaziran dana rakyat dari segala segi.

Tetapi jika anda mempunyai pendapat yang berbeza mengenai isu kebajikan rakyat, maka…

2) Adakah terdapat peruntukan yang lebih bermanfaat?

Kerajaan kini berhadapan dengan cabaran untuk mencapai beberapa matlamat yang berbeza dengan hanya menggunakan sumber yang terhad. Oleh itu, kerajaan perlu memilih atau menyeimbangkan objektif-objektif yang ingin dicapai.

Di antara kritikan yang selalu diutarakan terhadap bantuan kewangan, adalah ia tidak mempunyai matlamat jangka panjang berbanding dengan objektif-objektif yang lain kerana bantuan kewangan tidak semestinya menurunkan kadar kemiskinan tegar.

Sebagai contoh, adakah kerajaan patut memperuntukkan pelbagai bantuan kewangan untuk membantu kebajikan rakyat  atau adakah peruntukan tersebut patut disalurkan ke inisatif yang mempunyai matlamat jangka panjang?

Beberapa contoh termasuk menyediakan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi atau membangunkan infrastruktur di kawasan luar bandar. Adakah anda juga tahu bahawa susbsidi petrol serta peruntukan pendidikan telah dipotong tidak berapa lama dahulu, manakala peruntukan BRIM telah dinaikkan?

Walaubagaimanapun, keutamaan sentiasa sahaja diperbahaskan. Manakah yang lebih utama: memberi makanan kepada anak-anak yang kekurangan makanan ataupun menyediakan pendidikan bertaraf dunia bagi mereka? Tidak ada satu jawapan yang mudah bagi persoalan ini.

Sekiranya kita sependapat bahawa kesaksamaan ekonomi adalah penting, maka…

3) Adakah duit peruntukan diberi kepada golongan yang sesuai?

Mari kita lihat dari dua sudut pandangan yang berbeza:

a. Faktor “SAYA” – Adakah anda berpeluang mendapat manfaat daripada bantuan kebajikan tersebut?

b. Kemurahan hati – Siapa yang anda anggap patut menerima bantuan kebajikan ini?

Jadual di bawah menunjukkan penerima-penerima BR1M setiap tahun, dan jumlah peruntukan daripada bajet keseluruhan:

Tahun Jumlah (Isi rumah) Jumlah (Individu bujang) Jumlah (Lain-lain) Bilangan yang menerima BR1M Jumlah peruntukan
2015 BR1M
  • RM950 bagi berpendapatan tidak melebihi RM3,000
  • RM750 bagi berpendapatan di antara RM3,001 – RM4,000
RM300 bagi berpendapatan kurang daripada RM2,000 N/A 7.1 juta penerima RM4.9bil
2016 BR1M
  • RM1,000 bagi berpendapatan tidak melebihi RM3,000
  • RM800 bagi berpendapatan di antara RM3,001-RM4,000
RM400 bagi berpendapatan kurang daripada RM2,000 E-Kasih programme: RM1,050 bagi berpendapatan tidak melebihi RM1,000

​7.4 juta penerima

RM5.9bil
2017 BR1M
  • RM1,200 bagi berpendapatan tidak melebihi RM3,000
  • RM900 bagi berpendapatan di antara RM3,001-RM4,000
RM450 bagi berpendapatan kurang daripada RM2,000
  • E-Kasih programme: RM1,200 bagi berpendapatan tidak melebihi RM1,000
  • RM1,000 untuk kategori warga emas
7 juta penerima  RM6.8bil
2018 BR1M

Tiada perubahan; jumlah peruntukan sama seperti 2017 BRIM

Jadi, adakah anda layak menjadi penerima BRIM?

Tahniah sekiranya anda layak! Bantuan BRIM ini pasti dapat meringankan kos kehidupan yang semakin meningkat.

Tahniah juga sekiranya anda tidak layak, kerana anda bertuah dapat berada dalam golongan yang berpendapatan tinggi. Anda tidak ingin bertukar tempat dengan orang di atas, betul tak?

Tapi, persoalannya sekarang ialah…

4) Adakah terdapat cara bantuan yang lebih baik berbanding bantuan kewangan?

Ramai percaya bahawa inisiatif-inisiatif lain seperti kupon makanan, kad petrol atau sistem baucar yang lain, lebih ‘bermanfaat’ kepada rakyat.  Perkataan ‘bermanfaat’ di sini boleh diukur secara objektifnya melalui pelbagai sudut:

a. Kecekapan – Pembayaran terus kepada penerima merupakan satu bentuk pindahan yang paling efisien. Ianya segera, dan jikalau tiada penipuan, boleh dihantar terus kepada penerima yang telah terpilih.

b. Kebergunaannya kepada penerima – Secara perbandingan, wang tunai merupakan bentuk bantuan yang mempunyai pelbagai guna. Ia boleh dibelanjakan mengikut kehendak si penerima (sewa rumah, makanan, yuran pembelajaran). Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama, ia juga menyebabkan kebimbangan di kalangan pembangkang, di mana bantuan kewangan itu boleh disalahgunakan.

c. Melemahkan daya saing –  Bantuan kewangan selalunya dilihat sebagai salah satu penyumbang dalam menghasilkan rakyat yang kurang berdaya saing (malas) dan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan. Akan tetapi, sekiranya peruntukan BR1M dinaikkan sehingga ke tahap yang membolehkan pembiayaan hidup pada tahap minimum (contohnya, sama nilai dengan gaji minimum), ianya sepatutnya tidak akan membawa sebarang isu.

Secara am, wang merupakan sesuatu yang amat bernilai. Ia merupakan sumber bantuan kebajikan yang paling berguna dan efisien kepada si penerima.

Namun, perkara utama yang bermain di kepala setiap rakyat Malaysia adalah…

5) Adakah negara mampu untuk memberi bantuan kewangan sebegini?

Ada ungkapan yang menyatakan bahawa “Segala yang kerajaan anda berikan, adalah diambil dari poket anda”. Sudah tentunya peruntukan bagi pengagihan BRIM berasal dari sumber-sumber tertentu. Dan tanpa keraguan, ianya hampir pasti telah dibayar oleh warganegara dalam beberapa bentuk.

Ia mungkin diperolehi melalui sumber kewangan kerajaan seperti kutipan cukai (warganegara membayar GST dan cukai pendapatan).

Ia mungkin diperolehi daripada potongan peruntukan kewangan kerajaan seperti potongan peruntukan bagi sektor pendidikan, kesihatan, pembangunan dan lain lain. Ini mendatangkan pelbagai kesan yang mendalam di sektor-sektor tersebut (contohnya, perkhidmatan kerajaan dan infrastuktur yang kurang memuaskan).

Ataupun, ia mungkin diperolehi daripada sumber pinjaman kerajaan di mana hutang negara ditanggung oleh rakyat (dan mungkin anak-anak mereka) serta dikutip melalui pelbagai cukai, perkhidmatan kerajaan dan infrastruktur yang kurang memuaskan, kadar inflasi yang tinggi, penurunan nilai mata wang, dan taraf hidup yang lebih rendah secara keseluruhan.

Kerajaan Malaysia telah terlibat dalam perbelanjaan defisit selama bertahun-tahun lamanya. Walaubagaimanapun, ia adalah isu yang lebih besar daripada BR1M, dan adalah perbincangan untuk masa yang lain.

Jadi, mengapakah terdapat ramai yang tidak bersetuju dengan BRIM?

6) Adakah politik mempengaruhi sebahagian besar perlaksanaan BRIM?

Kita telah sampai ke isu utama berkenaan BR1M. Skim ini dianggap sebagai langkah populis oleh kerajaan. Ianya juga tidak membantu bahawa BR1M merupakan satu skim pembiayaan persekutuan dan dilabelkan di bawah sepanduk parti politik yang terkenal. Oleh kerana itu, tidak hairanlah mengapa kebanyakan pembangkang mempersoalkan motif di sebalik skim seperti ini. Adakah ianya dilaksanakan terutamanya untuk meraih mata secara politik?

Pengaruh politik yang tersembunyi dalam BR1M tidak boleh disangkal. Tetapi kita tidak sepatutnya mencampuradukkan kedua-dua isu ini. Pengaruh politik bukanlah secara automatiknya menghalang usaha untuk berbuat baik. BR1M masih lagi boleh dinilai pada kelebihannya yang tersendiri.

Kesimpulan

Dari sudut pandangan sesetengah golongan isi rumah yang berpendapatan rendah, mereka yang mengalami kos kehidupan yang semakin tinggi akan melihat BR1M sebagai bantuan kewangan yang dialu-alukan, lebih-lebih lagi dengan perlaksanaan GST dan subsidi petrol yang telah dimansuhkan. Akan tetapi, bantuan kewangan sebegini bukan penyelesaian untuk jangka panjang yang telah menimbulkan pelbagai masalah yang melanda negara kita pada masa kini.

Oleh itu, melainkan jika anda tidak mempercayai kebajikan, dalam jangka pendek, BR1M boleh dikatakan "Baik" untuk negara. Tetapi dalam jangka masa panjang, BR1M perlu dinilai dalam konteks perbelanjaan lain di negara kita, terhadap langkah-langkah lain untuk menutup jurang ketidaksamaan ekonomi, dan dalam batas-batas apa yang negara kita mampu secara keseluruhan.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)