Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

PTPTN: Ini Sebab Kenapa 1% Ujrah Membebankan Peminjam

BY Nisya Aziz

Updated 04 Dec 2019




Kalau korang pernah buat pinjaman PTPTN dan belum habis bayar, mesti korang dapat panggilan atau emel dari PTPTN untuk tukar pinjaman ke 1% Ujrah (ujrah bererti caj perkhidmatan). Memang nampak macam menarik skim bayaran balik ni, tapi kenapa kami kata ia membebankan peminjam?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa beza konvensional dan Ujrah?

Kriteria Konvensional Ujrah
Kadar Kos 3% kos pentadbiran daripada baki semasa. 1% kos upah daripada baki tertunggak waktu korang secara rasmi bertukar ke Ujrah.
Kos Bulanan Caj perkhidmatan bulanan berubah-ubah dan akan meningkat/berkurang bergantung kepada amaun dan konsistensi pembayaran (kadar kompaun). Caj perkhidmatan bulanan adalah sama pada setiap bulan (kadar tetap).
Pembayaran Bulanan Ansuran bulanan meningkat secara progresif dalam tempoh 5 tahun pertama tempoh pembayaran balik. Ansuran bulanan adalah sama setiap bulan (kadar rata).
Tempoh bayaran balik Kebanyakan kes adalah dalam tempoh 10 tahun, tetapi boleh dipendekkan bergantung kepada jumlah bayaran balik bulanan. Mengambil masa yang lebih lama (sehingga 20 tahun) dan ianya tetap.
Penstrukturan / penjadualan semula pinjaman PTPTN TIDAK LAYAK. Korang perlu bertukar ke Ujrah terlebih dahulu jika berniat membuat penyusunan/penjadualan semula pinjaman. Korang LAYAK memohon penyusunan/penjadualan semula pinjaman.
Prinsip Bukan Shariah Shariah 



Kalau macam tu, baik bertukar ke Ujrah sebab kadar faedah/keuntungan rendah, kan?

Tak semestinya. Sekali pandang, Ujrah memang nampak macam pilihan yang bagus sebab dia caj 1% je. Tapi… ada udang di sebalik Char Kuey Teow ye kawan-kawan. 

Dengan pelan konvensional, korang masih ada peluang untuk berjimat kalau korang selesaikan hutang cepat. Tapi dengan Ujrah, korang terikat dengan caj perkhidmatan dan tempoh pembayaran yang tetap, dan tak boleh tukar dah. Mereputlah korang bayar hutang sampai 20 tahun. 

Kat bawah ni kami terangkan dengan lebih lanjut:


 

1. Kiraan kadar faedah

a) 3% konvesional

3% konvensional akan dicaj berdasarkan baki jumlah prinsipal - senang cerita ia bergantung baki terkini pinjaman korang. Ini sama dengan konsep pinjaman rumah.

Contohnya: 
Conventional Charges = (jumlah prinsipal x 3%) / 12 bulan
                                       = (RM28,000 x 3%) / 12 bulan
                                       = RM70


Apa yang best tentang skim ni, walaupun kena bayar lebih sikit setiap bulan tapi korang boleh nampak kadar caj perkihdmatan tu berkurang setiap bulan. Maksudnya lagi banyak dan cepat korang bayar, lagi sikit caj perkhidmatan yang dikenankan. Tak percaya? Boleh rujuk gambar kat bawah.


 

b) 1% Ujrah

Skim yang ni pulak dikira berdasarkan baki tertunggak apabila anda memohon pinjaman Ujrah. Pihak PTPTN akan rujuk baki tu sebagai prinsipal pinjaman baru. 

Contohnya:
Jumlah Baki Tertunggak = jumlah prinsipal + jumlah tunggakan
                                                = RM28,000 + RM394.79
                                                = RM28,394.79

Seperti yang kami cakap sebelum ni, Ujrah menggunakan pengiraan kadar caj perkhidmatan tetap (sama macam konsep pinjaman kereta), korang  akan membayar kadar yang sama setiap bulan walaupun jumlah tunggakan korang berkurangan. 

Contohnya:
Caj perkidmatan Ujrah = Jumlah baki tertunggak x 1% setahun x tempoh bayaran balik
                           = RM28,394.79 x 0.01 x 15 tahun
                           = RM4,259.22

Jumlah pembayaran = RM28,394.79 + RM4,259.22
                        = RM32,654.01

Bayaran bulanan = RM32,654.01 / 180 bulan
                            = RM181.41


Seperti yang dikatakan tadi, jumlah pembayaran bulanan korang memang sikit kalau betukar ke Ujrah. Tapi korang kena faham yang korang akan banyak habiskan duit untuk bayar caj perkhidmatan. Lagi satu, kalau korang ter-skip pembayaran bulanan, caj penalti sebanyak 1% akan dikenakan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian di bawah.



Tapi ni mungkin takkan berlaku sebab korang diwajibkan bayar balik pinjaman melalui potongan gaji kalau tukar ke Ujrah. Haaa… maksudnya korang tak boleh lari dari membayar setiap bulan. 



 

2. Tempoh bayaran balik Ujrah

Lagi satu benda korang kena pertimbangkan ialah tempoh bayarh balik sebab benda ni efek korang punya jumlah bayarn bulanan. Lagi lama tempoh bayaran balik, lagi banyak korang kena bayar secara keseluruhan. Korang boleh check dengan guna formula kat bawah dan cara pengiraan kat atas tadi.

Caj perkidmatan Ujrah = Jumlah baki tertunggak x 1% setahun x tempoh bayaran balik

Ini jadual tempoh bayaran balik 1% Ujrah:



 

Okay... so maknanya,  teruskan je pinjaman konvesional tu?



Ha, yang ni bergantung kepada keupayaan kewangan korang. Secara umumnya, dengan pinjaman konvensional ni, korang dapat menjimatkan duit disebabkan caj perkhidmatan yang lebih rendah. Ini sistem yang bagus kalau korang nak selesaikan pinjaman korang secepat mungkin. Selain tu, korang takdelah terikat dengan jadual bayaran balik.

Tapi kalau korang rasa macam struggling, takde disiplin atau tak cukup duit nak bayar lebih-lebih, tak salah bertukar ke Ujrah - cuma rugi sikit. Ye lah, banyak habiskan duit bayar caj perkhidmatan je. Lagi pun, kalau nak dikutkan dalam Islam, seboleh-bolehnya jangan lambatkan bayar hutang kalau kita mampu. 

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha, pun tak bersetuju dengan sistem Ujrah PTPTN ni sebab membebankan peminjam dengan hutang tambahan. Ada yang terpaksa menanggung tunggakan sehingga RM9,000 kesan daripada sistem ujrah. Dia siap mohon kerajaan menghapuskan sistem ni dalam pembentangan Bajet 2019. 

Selain tu, kalau korang bernekad nak bertukar ke Ujrah jugak, jangan lupa baca kontrak sebelum tanda tangan sebab


Ni bermaksud PTPTN boleh ubah caj perkhidmatan tu bila-bila masa dan korang memang tak boleh nak buat apa dah lepas tu. Jadi, buatlah keputusan yang korang rasa sesuai dengan situasi kewangan korang.  


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)