Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bekerja Sendiri? 6 Tips untuk Memohon Pinjaman Perumahan

BY Team Loanstreet

Updated 23 May 2023




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Dengan kerjasama


Kalau pendapatan korang selalu berubah-ubah sebab korang freelancer, konsultan, atau bos perniagaan sendiri, memohon pinjaman rumah mungkin nampak susah. Tapi jangan risau, masih ada jalan nak pastikan bank bagi korang pinjaman!

Ni tips penting yang kena prepare dan dokumen-dokumen yang perlu korang sediakan supaya peluang dapat cap 'approved' kat permohonan pinjaman rumah korang tu lebih tinggi.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Pertama sekali, sediakan dokumen-dokumen berikut untuk menyokong permohonan pinjaman perumahan korang yang bekerja sendiri:




Biasanya, untuk memastikan permohonan pinjaman perumahan berjalan lancar, korang perlu menghantar dokumen-dokumen berikut:
 

  • Slip gaji
  • Penyata KWSP
  • Penyata bank
  • Salinan MyKad

Namun, ini mungkin tidak mencukupi untuk seseorang yang bekerja sebagai pekerja bebas. Selain itu, korang mungkin menghadapi masalah dalam menyediakan dua dokumen pertama dalam senarai di atas.

Jadi, ini adalah dokumen-dokumen tidak standard yang boleh digunakan oleh pekerja bebas untuk permohonan pinjaman perumahan:
 

  • Pendaftaran Perniagaan - Daftarkan perniagaan korang, walaupun korang hanya menjalankan perniagaan sendirian. Perniagaan yang didaftarkan kelihatan sah dan mapan di mata bank, membuktikan bahawa sumber pendapatan korang adalah mampan. Semakin lama perniagaan korang didaftarkan, semakin stabil perniagaan korang kelihatan.
     
  • Profil Perniagaan Terperinci - Cipta profil perniagaan yang nampak profesional, sama ada melalui laman web, laman Facebook, atau profil LinkedIn. Ini membolehkan bank memahami perniagaan dan model pendapatan korang.
     
  • Penyata Kewangan - Kumpulkan borang cukai pendapatan, penyata untung rugi, penyata kewangan, dan penyata bank untuk 2 hingga 3 tahun yang lepas. Rekod kewangan yang teratur menunjukkan kestabilan dan pertumbuhan pendapatan korang dari masa ke masa. Semakin lama rekod, semakin baik.
     
  • Penyata Cukai Pendapatan - Hantar borang cukai pendapatan setiap tahun walaupun pendapatan tahunan korang di bawah ambang cukai yang ditetapkan (RM34,000). Penyata cukai pendapatan adalah bukti rasmi pendapatan korang kepada bank.
  • Penyata Bank - Penyata bank yang menunjukkan pendapatan dan hasil perniagaan dari masa ke masa juga membuktikan kestabilan pendapatan korang dan kemampuan untuk membayar balik pinjaman. Simpanan peribadi juga mencerminkan disiplin kewangan korang.
     
  • Laporan Skor Kredit - Bank menentukan risiko kredit dan kelayakan pinjaman berdasarkan skor kredit CCRIS dan CTOS korang. Semak laporan kredit korang, selesaikan sebarang hutang yang salah dan mengekalkan kedudukan kredit yang baik. Skor kredit yang baik akan membolehkan korang mendapatkan terma pinjaman yang lebih baik.
     

Apa lagi yang korang boleh buat untuk meningkatkan peluang permohonan pinjaman rumah korang berjaya?




  1. Declare pendapatan korang  - LHDN nak tengok pendapatan korang yang sebenar untuk nilai cukai dan risiko kredit. Kalau korang declare pendapatan kurang dari sebenarnya, memang akan timbul masalah nanti. 
     
  2. Contribute kat EPF - Walaupun korang bekerja sendiri, jangan lupa contribute kat EPF ye. Penyata dari EPF ni boleh jadi bukti kukuh tentang pendapatan korang untuk bank-bank.
     
  3. Kurangkan hutang - Kalau ada hutang lain, cuba lah settlekan dulu sebelum nak mohon pinjaman rumah. Kurangkan ratio hutang-ke-pendapatan (DTI) tu penting supaya ada lebih banyak duit lebih untuk pembayaran balik pinjaman rumah.
     
  4. Bayar deposit tinggi - Kalau boleh, bayar deposit lebih sikit lah. Minimum 20% dari harga rumah. Ni bukan sahaja kurangkan jumlah pinjaman, tapi interest pun lagi sikit. Dan, peluang untuk dapatkan loan pun lebih tinggi dengan jumlah deposit yang tinggi.
     
  5. Dapatkan Pra-Kelayakan Pinjaman Rumah - Jumpa dengan beberapa bank untuk dapatkan pre-approval untuk loan rumah yang korang boleh bayar berdasarkan dokumen pendapatan korang. Atau, boleh guna Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan dari Loanstreet untuk tahu kelayakan pinjaman korang di 17 buah bank di Malaysia. Dengan pra-kelayakan ni, korang boleh offer dengan lebih yakin bila nak beli rumah.
Pendek kata, nak dapatkan pinjaman rumah memang agak mencabar kalau korang bekerja sendiri. Tapi jangan putus asa. Kumpulkan semua dokumen yang diperlukan, settlekan hutang lain, check betul-betul dan pilih bank yang paling sesuai dengan korang.
 

Kalau korang dah bersiap sedia, bolehlah mohon pinjaman rumah secara online hari ni!

 

Kalau korang nak cari servis home loan terbaik yang jimat, jangan lupa tengok pakej Pinjaman Perumahan Fleksi dari Bank of China (Malaysia). Ada banyak faedah menarik macam pilihan pinjaman fleksibel dan kadar faedah serendah 4.10%* setahun (tawaran sah sehingga 31 Disember 2023).


 

Lagi best, korang boleh apply home loan korang secara online! Guna BOCM e-Mortgage Platform. Ada fungsi e-Mortgage Appointment yang membolehkan bakal pelanggan yang nak tanya pasal BOCM mortgage loan buat janji temu secara digital. Tak payah lagi call hotline bank atau pergi cawangan atau cari staff jualan loan dekat bank.

Selain tu, ada jugak fungsi e-Mortgage Application yang membolehkan korang submit maklumat loan online sebelum bank buat assessment. Korang pun boleh upload dokumen permohonan secara digital.

Jadi, dah bersedia nak mohon? BOCM e-Mortgage Platform memudahkan permohonan loan rumah dengan senang. Lagi pun, ada pakej Pinjaman Perumahan Fleksi yang menarik dari BOCM yang membantu korang buat impian jadi kenyataan.

Mari mulakan perjalanan pinjaman perumahan korang hari ini dengan BOCM e-Mortgage Platform. Tertakluk kepada terma dan syarat. Semoga berjaya!

 

*Tertakluk kepada Terma dan Syarat Kempen Pinjaman Perumahan 2023
**Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu