Jadi, apa kos maintenance yang korang kena ambik kira?
NOTA: Kami guna Perodua Myvi 1.5 yang berharga RM52,697 sebagai contoh. Nape Myvi? Cuba tengok kat jalan raya, berlambak orang guna Myvi. Silap-silap, lebih dari 5, sekali pandang!
Sumber Imej: Perodua
1. Bayaran ansuran bulanan
Jarang kita dengar orang beli kereta terus by cash. Kang tak pasal-pasal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) datang buat rombongan melawat. Kebanyakannya rakyat marhaen akan buat pinjaman kereta.
Ni kami bagi contoh. Katakan, Adlin nak buat pinjaman kereta untuk beli Perodua Myvi 1.5. Dengan pendapatan bulanan sebanyak RM2,500, dia nak pinjam sebanyak 90% dari harga kereta. Jadi, jumlah bayaran ansuran kereta Adlin kena bayar adalah antara RM642.84 hingga RM722.72 sebulan (kita ambik paling rendah ya).
Kos bayaran ansuran bulanan: RM642.84
Kos bayaran ansuran setahun: RM642.84 x 12 bulan = RM7,714.08
Kalau korang masih mencari pinjaman kereta yang sesuai, boleh pergi SINI.
2. Bersihkan kereta
Kebiasaannya, memang digalakkan cuci kereta selalu - paling busuk pun dua kali sebulan. Ni boleh buat sendiri atau bawak ke car wash untuk cuci secara manual, tanpa air atau automatik. Kalau sendiri, boleh cuci secara manual atau tanpa air (guna spray dan kain je!). Ke korang ada terowong cuci kereta?
Nak senang, better pilih cucian manual. Harga dia pun antara RM10 hingga RM30.
Kos bayaran cuci kereta sebulan: RM30
3. Insurans dan roadtax kereta
Nak tak nak, insurans kereta memang wajib korang beli kalau ikut Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kalau takde insurans, korang boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga 3 bulan atau kedua-duanya sekali. Silap haribulan, lesen korang boleh ditarik selama setahun. Kalau beli insurans, roadtax jangan lupa pulak. Itu pun boleh kena saman jugak.
Okay, sambung. Untuk Perodua Myvi 1.5, kadar insurans komprehensif adalah RM1,680 setahun. Kadar roadtax pulak adalah RM120 setahun. Kiranya, total adalah RM1,800. Kalau bahagi 12 bulan dalam setahun, kos dia adalah:
Kos insurans dan roadtax kereta setahun: RM1,680 + RM120 + RM1,800
Kos insurans dan roadtax kereta sebulan: RM150
Kalau korang nak berjimat, Loanstreet ada promo bulan Merdeka ni. Bila renew insurans dan roadtax dengan Loanstreet, korang boleh dapat 5% diskaun dan e-baucar shopping dari Vettons sebanyak RM40. Selain tu, korang siap boleh menang Philips 55inch 4K UHD LED Smart TV. Jangan lupa guna kod promo: MERDEKAW waktu checkout - renew SINI!
4. Petrol
Mengikut website Perodua, kapasiti tangki minyak Myvi 1.5 adalah 36 liter (36l). Katakan Adlin menggunakan RON95, harga untuk 1 liter adalah RM2.05*. Kalau nak kasi penuh tangki, Adlin kena bayar sebanyak RM73.80.
*Harga minyak RON95 semasa pada 28 Julai 2021
Bayangkan kalau Adlin isi minyak seminggu sekali, ni kos penggunaan petrol kereta dia dalam sebulan: RM73.80 x 4 minggu = RM295.20
Kalau setahun, dah boleh cecah RM3,542.40. Bilalah harga minyak nak turun agaknya...Kalau korang nak check harga minyak terkini, singgah ke artikel ni HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel) setiap hari Rabu.
5. Servis kereta
Servis kereta memang penting untuk buat. Antara yang kena servis adalah tayar, bateri dan minyak engin. Kalau korang hantar kereta pergi servis 6 bulan sekali pun dah nice dah.
Dari website Perodua, korang boleh check berapa harga servis kereta korang patut bayar buila buat servis. Kalau nak tahu, korang hanya perlu masukkan jenis kereta dan jarak perjalanan.
Sebagai contohnya, korang bawak kereta pergi servis untuk check engine oil. Ni adalah kos benda-benda yang akan di maintenance nanti:
- Perodua Engine Oil Fully Syn 0W-20 4L: RM162.00
- Drain Plug Gasket - Engine Oil: RM3.80
- Engine Oil Filter: RM11.90
Jadi, harga servis kereta dia yang sepatutnya adalah RM177.70 (setahun habis lah RM355.40). Cuma, ni kalau dia buat dengan workshop Perodua lah (tak kira lagi upah kerja dan SST!). Harga konfem berlainan kalau pergi ke workshop lain.
Sumber Imej: Perodua
Kos servis kereta sebulan: RM177.70 bahagi 6 bulan = RM29.61
Keseluruhannya, jumlah kos maintenance kereta yang korang kena tanggung sebulan adalah sebanyak RM1,147.65.
Nak jimat jaga maintenance kereta? Follow 7 perkara ni (rewind sikit belajar apa waktu kelas memandu dulu!)
- Check paras minyak engin & gearbox kat level sesuai.
- Pilih minyak hitam sesua
- Jangan biarkan air radiator korang kering (bahaya!)
- Check pressure tayar so that dalam keadaan baik
- Jaga kualiti alas brek supaya tak haus atau nipis (boleh mendatangkan bahaya!)
- Lampu kereta berfungsi
- Sentiasa panaskan bateri kereta
Psst… psst. Boleh je korang bawak kereta ke bengkel dan mintak diorang yang check semua benda alah ni. Tapi, tak ke lagi bagus kalau korang boleh buat sendiri? Bukan je korang boleh lebih mahir dalam perkara berkaitan kereta, siap boleh jimart duit lagi (yayy!).
Alang-alang cakap pasal maintenance ni, korang jangan lupa pulak renew insurans & roadtax kereta pulak. Lagi-lagi kalau korang punya dah expired.
Nak senang, buat je dengan Loanstreet. Servis cepat, senang dan roadtax dihantar terus ke rumah (puji diri sendiri). Korang tak perlu upload sebarang dokumen pun.
BACA JUGAK:
- Boss, Berapa Harga Lesen Memandu Kereta & Motosikal?
- 7 Cara Korang Boleh Jimat Duit Beli/Renew Insurans Kereta
- Transfer NCD Ke Kereta/Insurer Baru? Hah, INI Caranya!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.