Dalam konteks sini, istilah ‘rest’ tidak merujuk kepada relaksasi. Sebaliknya, ia adalah merujuk kepada tempoh masa di mana jumlah prinsipal pinjaman akan dikurangkan apabila kita membayar ansuran .
Mekanisma pengiraan antara kedua-dua kaedah ini adalah seperti yang di berikut:
I. Kadar Faedah Bulanan (Monthly Rest Interest) - Faedah pinjaman adalah dikira berdasarkan baki tertunggak dari bulan sebelumnya.
II. Kadar Faedah Harian (Daily Rest Interest) - Faedah pinjaman adalah dikira berdasarkan baki tertunggak dari hari sebelumnya
Marilah kita melihat bagaiman kedua-dua kaedah pengiraan ini mempengaruhi pembayaran pinjaman kita kepada bank.
Pengiraan Faedah
“Ali mempunyai pinjaman perumahan sebanyak RM500,000. Kadar faedah pinjaman ini adalah 5% p.a. dengan tempoh 20 tahun. Berdasarkan formula pelunasan (amortization), ansuran bulanan Ali adalah RM3, 299.78. Ali membayar ansuran perrtamanya pada 15 Jun.”
Jadual pengiraan yang berdasarkan scenario di atas telah dibinakan untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada anda:
Faedah ‘Rehat’ Bulanan
Jumlah Faedah pada Bulan 1 | = Prinsipal Pinjaman * Kadar Faedah * 1/12 = RM500, 000 * 5% * 1/12 = RM2, 083.33 |
Faedah ‘Rehat’ Harian
Untuk pengiraan faedah ‘rehat’ harian, kita perlu mula dengan mengira faedah yang dikenakan dari Jun 1 hingga Jun 15
Jumlah Faedah dari Jun 1 hingga Jun 15 | = Prinsipal Pinjaman * Kadar Faedah * 15/360 = RM500, 000 * 5% * 15/360 = RM1, 041.67 |
Sekarang marilah kita mengira berapakah jumlah prinsipal pinjaman yang akan dikurangkan selepas membayar faedah dari Jun 1 hingga Jun 15
Jumlah Pinjaman Tertunggak selepas Jun 15 | = Prinsipal Pinjaman – (Ansuran Bulanan – Faedah dikenakan dari Jun 1 hingga Jun 15) = RM500, 000 – (RM3, 299.78 – RM1, 041.67) = RM497, 741.89 |
Sekarang, marilah kita mengira baki faedah untuk hari selebihnya pada bulan 1 (faedah selepas Jun 15)
Jumlah Faedah dari Jun 16 hingga Jun 30 | = Jumlah Pinjaman Tertunggak * Kadar Faedah * 15/360 = RM497, 741.89 * 5% * 15/360 = RM1, 036.96 |
Pengiraan jumlah faedah pada sepanjang bulan
Jumlah Faedah pada Bulan 1 | = RM1, 041.67 + RM1, 036.96 = RM2, 078.63 |
Perbandingan antara Kadar Faedah Bulanan dan Kadar Faedah Harian
Jumlah Penjimatan Faedah pada Bulan 1 | = Faedah ‘Rehat’ Bulanan – Faedah ‘Rehat’ Harian = RM2, 083.33 – RM2, 078.63 = RM4.37 |
*Perhatian: Bilangan hari dalam setahun yang digunakan dalam pengiraan Faedah ‘ Rehat’ Harian adalah berbeza dari bank ke bank. Dalam contoh di atas, kami menggunakan 360 hari sebagai jumlah hari dalam setahun. Pada hakikatnya, bank boleh menggunakan 365 hari sebagai jumlah hari dalam setahun untuk pengiraan faedah ini.
Dalam contoh di atas, Ali akan menjimatkan sebanyak RM4.37 sekirannya dia membayar ansuran bulanannya pada hari-15 bulan itu. Berdasarkan pengiraan di atas, anda juga akan mendapati bahawa semakin awal ansuran bulanan dibuat, semakin banyak anda akan menjimat.
Penjimatan faedah ini mungkin tidak berapa ketara dalam jangka pendek (hanya RM4.37 dalam contoh di atas). Walau bagaimanapun, kesan penjimatan faedah ini akan ditingkatkan pada jangka masa panjang kerana jumlah prinsipal yang lebih besar akan dikurangkan sepanjang tempoh pinjaman.
Adakah Kadar Faedah Harian lebih baik?
Faedah ‘rehat’ harian bukanlah sesuatu yang sesuai dalam semua situasi. Kaedah faedah ‘rehat’ harian juga boleh menjadi pedang bermata dua. Lihat tabiat di bawah:
I. Pembayaran awal untuk ansuran bulanan
II. Sanggup dan mampu membuat bayaran tambahan selain daripada ansuran bulanan
Jika tabiat pembayaran anda sepadan dengan tabiat di atas, faedah ‘rehat’ harian mestilah akan bermanfaat kepada anda.
Sebaliknya, jika anda tidak membayar ansuran bulanan anda pada masa yang ditetapkan, anda akan membayar lebih banyak disebabkan penalti bayaran lewat. Denda bayaran lewat yang dikenakan tiap-tiap hari berdasarkan kadar faedah harian. Bagaimanapun, kesannya hanya mempunyai perbezaan yang kecil berbanding dengan faedah ‘rehat’ bulanan
Kesimpulan
Secara praktikalnya, kadar faedah harian adalah pilihan yang lebih baik berbanding dengan kadar faedah bulanan kerana pengiraan faedahnya adalah lebih adil dan saksama.
Adalah jelas bahawa tabiat pembayaran anda memain peranan yang penting dalam penjimatan/penambahan faedah pinjaman. Namun, terdapat juga beberapa faktor lain yang anda perlu mengambil perhatian, seperti pilihan dalam pinjaman fleksi atau tidak fleksi, ‘lock in period’ dan kos lain yang tersembunyi.
Jika anda sedang cari pinjaman perumahan, peribadi dan lain-lain, sila gunakan alat perbandingan pinjaman perumahan Loanstreet untuk mendapatkan pakej pinjaman yang terbaik dalam pasaran.