Bebas dari hutang vs bebas dari kewangan
Bebas dari hutang tak semestinya bebas dari kewangan tau. Contohnya, walaupun korang dah bebas dari segala hutang, korang still kena kerja untuk bayar cukai dan perbelanjaan harian korang.
Tambahan pula, ramai rakyat Malaysia masih bergantung pada pinjaman sebab pendapatan bulanan yang rendah dan kos sara hidup yang makin naik. Jadi, untuk kekal hidup tanpa hutang memang susah. Kesannya, mereka yang tak dapat bayar balik pinjaman tersebut akan jatuh bankrap. Macam jadual di bawah ni:
Pinjaman Peribadi | Pinjaman Perniagaan | Pinjaman Rumah | Kad Kredit |
---|---|---|---|
49.25% | 17.05% | 8.28% | 6.35% |
Jadual 1: Bilangan individu muflis akibat pinjaman dari 2019-2023
Pendapatan vs Perbelanjaan
Walaupunkorang beli kereta tanpa buat pinjaman, tak semestinya korang dah bebas dari kewangan. Sebab ada kos lain yang masih kena tanggung setiap bulan macam minyak kereta, servis berkala, tukar tayar bila dah haus.
Dan itu baru cerita tentang kereta. Belum masuk belanja dapur, bil utiliti, sewa rumah (kalau belum beli), belanja anak-anak, dan simpanan tetap.
Jadi, selagi perbelanjaan korang melebihi pendapatan, memang jauh lagi la dari nak capai kebebasan kewangan tu.
Aset kewangan
Aset kewangan merupakan instrumen kewangan yang dapat menghasilkan aliran tunai tahunan untuk korang. ASB, saham, bond dan dana bersama boleh dijadikan sebagai aset-aset tersebut. Korang boleh mendapatkan dividen dari ASB (Amanah Saham Nasional) kepada bumiputera dan saham dari syarikat atau menerima pembayaran kupon secara berkala daripada bond korang.
Individu yang telah bersara pula boleh menikmati faedah daripada KWSP dan PRS.
Realiti menjadi bebas dari kewangan
Cerita pasal kebebasan kewangan memang best. Lagi-lagi bila kita selalu dengar pasal janji-janji ‘pendapatan pasif’ dan ‘duit masuk tanpa henti’ daripada content creator. Yelah, siapa taknak hidup senang kan?
Tapi hakikatnya tak semua pelaburan akan hasilkan pulangan yang tinggi. Dan tak semua simpanan mampu tanggung kita waktu kecemasan kalau tak dirancang betul-betul. Bagi kami, kebebasan kewangan bukan soal jadi kaya raya, tapi soal boleh hidup tenang tanpa risau pasal duit setiap bulan.
Kalau korang dah sampai tahap tu barulah boleh letak diri dalam kategori “bebas kewangan”.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: