Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

COVID-19: 10 Inisiatif Kewangan PERMAI Yang Korang Kena Tahu

BY Faiz Rahim

Updated 22 Mar 2021




Sampai sekarang, dah banyak bantuan PM kita announce untuk rakyat dalam menghadapi wabak Covid-19 ni. Yang terbaru adalah Perlindungan Ekonomi Dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang bernilai RM15 bilion (bn). Dalam ucapan, PM cakap matlamat utama PERMAI adalah untuk perangi Covid-19, pelihara kebajikan rakyat dan sokong perniagaan.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai PERMAI, admin dah share siap-siap semua inisiatif yang korang patut tahu dalam artikel ni. Teruskan membaca!


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 masuk 21 Januari ni!



Untuk BPN, gomen dah bayar kali pertama pada bulan Oktober 2020 lepas. Pada 21 Januari 2021 ni pulak, gomen akan bagi baki yang tinggal dari jumlah keseluruhan kepada kumpulan bottom 40 (B40). Kumpulan middle 40 (M40) pulak akan terima 25 Januari 2021.
 



Mengikut Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), 11.06 juta penerima (10.6 juta penerima BPN sedia ada dan 460,000 penerima baru) akan terima BPN 2.0 - jumlah bayaran keseluruhan adalah RM2.38bn. 

 

2. Permohonan cash handout Banturan Prihatin Rakyat (BPR) dah dibukak!



Bila PM bentangkan Belanjawan 2021 tahun lepas, dia dah bagitau dah pasal BPR ni. Untuk pengetahuan korang, BPR ni lebih targeted antaranya: 

  • Pasangan berpendapatan kurang dari RM2,500 akan dapat RM1,200 (1 anak) atau RM1,800 (2/lebih anak)
  • Pasangan gaji antara RM2,501 hingga RM4,000 dengan 1 anak akan dapat RM800. Diorang akan dapat RM1,200 kalau ada 2/lebih anak
  • Kalau pasangan tu berpendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000, diorang akan dapat RM500 kalau ada 1 anak dan RM750 kalau ada 2/lebih anak
  • Kumpulan bujang berpendapatan kurang dari RM2,500 akan dapat RM350 (umur bujang jadi 21 tahun)

Dalam fasa pertama, golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan akan dapat RM300t, dan kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pulak akan akan terima RM150.

Nota: Korang boleh apply/kemaskini BPR dari 15 Januari - 15 Februari 2021 kat website BPR - senang sikit nanti nak semak. Bayaran pertama akan dibuat pada bulan April/Mei 2021. Untuk yang kedua pulak, dalam bulan September/Oktober 2021. Apply kalau tergolong dalam list ni je:

  • Pemohon yang tak terima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah 
  • Dari golongan Orang Asli yang tak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA. 
  • Pemohon Orang Kurang Upaya yang tak tersenarai sebagai penerima e-bantuan JKM  
    • Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran dibuat secara automatik berdasarkan data di JKM. 

Korang pun boleh apply dengan download dan isi Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) dan hantar ke kaunter-kaunter kat bawah ni:

  • Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negara Malaysia (LHDNM)/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Pejabat Daerah/Residen 
  • Nak selamat sebab PKP kan, better pos ke “Peti Surat BPR, GPO Shah Alam, 40800 Selangor”

Sebarang pertanyaan, boleh contact…

  1. LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00am - 5.00pm) 
  2. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00am - 5.00pm) 
  3. Korang pun boleh walk-in ke Cawangan/PKH/UTC LHDNM


3. RM1,000 untuk pemohon kategori 2 KWSP i-Sinar (yay!)



Sejak beberapa bulan ni, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan i-Sinar ni memang topik hangat. Sorang pencarum siap guna RM1,080 dari RM5,000 untuk buat 11 bumper jalan. Admin takde komen melainkan nak drop artikel ni: Apa Kelebihan & Kekurangan Keluar Duit KWSP Akaun 1 (i-Sinar)?

Untuk tolong pemohon i-Sinar kategori 2 sementara tengah diproses, gomen dan KWSP decide untuk bagi duit pendahuluan (bayaran interim) sebanyak RM1,000. Proses permohonan pun disenangkan lagi - pencarum hanya perlu isytihar sendiri dan hantar dokumen sokongan secara online. 

P/s: KWSP akan update proses pembayaran i-Sinar pada 26 Januari 2021.

BACA JUGAK: i-Sinar & 8 Perkara Yang Membolehkan Korang Untuk Keluarkan Duit KWSP


4. Bantuan moratorium pinjaman bank… diteruskan!



Ramai peminjam dapat enjoy penangguhan bayaran pinjaman bank - mulanya hanya 6 bulan. Selepas tu, gomen lanjutkan untuk peminjam yang hilang pekerjaan dan yang dipotong gaji. Sekarang, gomen akan teruskan moratorium untuk tolong rakyat-rakyat marhaen yang meminjam - bank kat Malaysia pun ada program sendiri.

Korang hanya perlu berhubung dengan pihak bank je - buat masa ni, kadar kelulusan adalah 95%. Kiranya banyak permohonan moratorium dapat approval! 

BACA JUGAK: Moratorium Pembayaran Balik BNM: 4 Perkara Korang Perlu Tahu

Tapi, kalau korang ada masalah pembayaran balik pinjaman, boleh berurusan dengan Bank Negara Malaysia serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Jangan risau, konfem akan bantu!

BACA JUGAK: Moratorium Pinjaman BNM Nak Tamat. Ni Apa Korang Perlu Buat

 

Camne pulak dengan untuk peminjam loan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)?

Berita baik in case korang peminjam MARA dan PTPTN! Sampai 31 Mac 2021, MARA akan teruskan program MARA PRIHATIN Peace of Mind 2.0. Kiranya, peminjam boleh memohon untuk buat penjadualan semula bayaran balik. Bagus lah kan, kalau camtu?

Kalau korang ada buat pinjaman PTPTN pulak, korang boleh apply moratorium bayaran balik selama tiga bulan (31 Mac 2021). Bayangkan ada isi rumah yang ada buat pinjaman bank, MARA dan PTPTN, memang ringan lah beban diorang ni!



5. Bantuan elaun one-off RM300 untuk frontliners kesihatan 



Dalam norma baru ni, tak dapat nafikan yang frontliner penting. Lebih-lebih lagi kalau korang kerja kesihatan cam doktor, nurse, pekerja kat hospital dan klinik. 

Selain dari elaun bulanan untuk frontliners (RM600 untuk frontliner kesihatan, RM200 untuk yang lain), gomen decide untuk kasi one-off elaun bayaran sebanyak RM500. Untuk frontliners bukan kesihatan pulak, korang akan dapat RM300. Tak perlu tunggu lama pun - dapat dalam suku pertama 2021!

 

6. Pemandu kenderaan komersil pun akan dapat elaun RM500!



Kalau korang kerja sebagai pemandu bas, teksi dan jugak e-hailing, gomen setuju untuk bagi bantuan kewangan one-off sebanyak RM500. Paham, bukan banyak sangat customer waktu PKP ni. Dengan inisiatif ni, dapat lah ringankan sikit beban korang tu!

P/s: Kalau korang ada nak jual teksi persendirian untuk dapat duit ekstra, gomen dah pun buat pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan. Asalkan, korang dah ada kenderaan tu selama 7 tahun.


7. Bantuan Program Subsidi Upah 3.0 PERKESO untuk syarikat bawah PKP!



Kalau sebelum ni hanya untuk industri pelancongan dan runcit, sekarang dah open untuk mana-mana syarikat yang beroperasi waktu PKP ni. Limit pekerja yang sebelum ni 200 pun dah ditukar jadi 500 - layak untuk apply!

Untuk pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000, majikan akan terima subsidi upah sebanyak RM600 untuk sebulan. 

P/s: Kalau korang bekerja sebagai delivery riders, gomen akan biayai caruman untuk Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri. Jangan lepaskan peluang ni!

 

8. Bil elektrik? Chill, rebate elektrik ada!



Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan terus kasi rebat elektrik kepada semua pengguna - domestik ke tak belakang kira. 

Dari bulan Januari sampai 30 Jun 2021, semua akan dapat rebat elektrik pada kadar 2 sen setiap kilowatt per jam. Kalau ikutkan, ni sama dengan penurunan bil elektrik sehingga 9%!

BACA JUGAK: 6 Cara Untuk Jimat Bil Elektrik Macam Pengguna Bijak


9. Beberapa jenis pelepasan cukai pun dikembangkan…



Bila berbelanja waktu pandemik global ni, berat hati tu rasa lain macam. Nasib lah ada pelepasan cukai yang korang boleh guna. Dapat lah kurangkan sikit perbelanjaan tu!

Antara pelepasan cukai dalam inisiatif PERMAI adalah:

  • Kalau buat swab test Covid-19, boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM1,000 (ni termasuk kalau buat full medical check-up)
  • Pelepasan cukai sebanyak RM2,500 bila beli handphone, laptop dan tablet baru diteruskan sampai 31 Disember 2021
  • In case korang bos besar dan ada kurangkan sewa premis perniagaan sebanyak 30%, gomen akan lanjutkan potongan cukai khas sampai 30 Jun 2021 - juga diperluaskan untuk kepada syarikat bukan PKS
 

10. Usahawan pun akan dapat bantuan!



Pernah dengar Geran Khas Prihatin? Dia basically bagi bantuan kepada peniaga dan penjaja di Sabah dan Sarawak sebanyak RM1,000. 

Oleh sebab tu, gomen akan perkembangkan lagi insiiatif ni dengan bagi RM1,000 untuk syarikat di 7 negeri PKP. Untuk negeri yang bukan PKP pulak, diorang akan dapat RM500.

Bagi admin lah - semua inisiatif ni cam boleh agak dengan keadaan sekarang. Sama ada dia berjaya naikkan ekonomi dan tolong rakyat tu, kita mampu tengok je lah. Apa pendapat korang pulak terhadap pakej bantuan PERMAI ni? Meh share kat sini!

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!