Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Belanjawan 2021: 15 Perkara (Potongan cukai, Subsidi & Lain)

BY Faiz Rahim

Updated 18 Jan 2021




Dari drama nak declare darurat ke pilihan raya mengejut, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz akhirnya announce Belanjawan 2021. Pada pendapat admin, belanjawan tahun ni agak okay  dengan peruntukan sebanyak RM322.5 bilion (bn) - tahun lepas punya RM297bn je.

Make sense sebenarnya peruntukan tahun ni besar. Ya lah, bukan setakat kena pulihkan ekonomi negara, dia kena tolong rakyat-rakyat marhaen (baca: korang) jugak!



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Dari BR1M ke BSH pastu BPN dan sekarang BPR - Yang penting, handouts bertambah



FYI, Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dah tukar nama jadi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Kali ni, gomen decide untuk teruskan inisiatif dengan bajet sebanyak RM6.5bn - lebih targeted.   

Ni admin listkan insentif-insentif BPR: 

  • Pasangan berpendapatan kurang dari RM2,500 akan dapat RM1,200 (1 anak) atau RM1,800 (2/lebih anak)
  • Pasangan gaji antara RM2,501 hingga RM4,000 dengan 1 anak akan dapat RM800. Diorang akan dapat RM1,200 kalau ada 2/lebih anak
  • Kalau pasangan tu berpendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000, diorang akan dapat RM500 kalau ada 1 anak dan RM750 kalau ada 2/lebih anak
  • Kumpulan bujang berpendapatan kurang dari RM2,500 akan dapat RM350 (umur bujang jadi 21 tahun)

Update: Korang dah boleh apply atau kemaskini BPR dari 15 Januari sampailah 15 Februari 2021. Boleh pergi ke website BPR untuk daftar MyBPR, senang sikit nanti nak buat semakan. Bayaran pertama akan dibuat pada bulan April/Mei 2021. Untuk kali kedua pulak, akan dapat dalam bulan September/Oktober 2021.

Sebelum tu, korang kena tahu dulu yang bukan semua perlu buat permohonan. Perlu buat kalau korang tergolong antara orang-orang ni je:

  • Pemohon yang tak terima BSH 2020 atau BPN 2.0 serta pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah 
  • Dari golongan Orang Asli yang tak berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), pendaftaran secara automatik akan dibuat berdasarkan data dari JAKOA. 
  • Pemohon Orang Kurang Upaya yang tak tersenarai sebagai penerima e-bantuan JKM  
    • Bagi penerima e-bantuan JKM, pendaftaran dibuat secara automatik berdasarkan data di JKM. 

Selain dari online, korang boleh apply dengan isi Borang Permohonan BPR 2021 (BK-01) dan hantar ke kaunter-kaunter kat bawah ni:

  • Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negara Malaysia (LHDNM)/Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM/Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
  • Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP)
  • Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) atau Pejabat Daerah/Residen 
  • Boleh pos jugak ke “Peti Surat BPR, GPO Shah Alam, 40800 Selangor”

Sebarang pertanyaan, korang boleh contact…

  1. LHDNM: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00am - 5.00pm) 
  2. MoF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00am - 5.00pm) 
  3. Korang pun boleh walk-in ke Cawangan/PKH/UTC LHDNM

BACA JUGAK: COVID-19: Senarai Bantuan Kewangan Yang Korang Kena Tahu

 

2. Dapat pelepasan cukai atas sebab-sebab kesihatan



Tak tipu - kesihatan kita memang jadi ekstra penting waktu pandemik ni. Tahun ni dah lah tough untuk kewangan, kalau sakit, lagi lah kurang duit. 

Jadi, gomen pun naikkan pelepasan cukai untuk sebab-sebab kesihatan:

  • Pelepasan cukai sebanyak RM8,000 kalau pasangan/anak korang kena dapatkan rawatan untuk penyakit serius (sebelum ni RM6,000)
  • Korang akan dapat RM8,000 (before ni RM5,000) pelepasan cukai if bayar untuk parents korang punya check kesihatan, keperluan khas dan rawatan 
  • Kalau buat full pemeriksaan kesihatan, dapat pelepasan cukai sebanyak RM1,000
 

3. Cukai pendapatan turun 1% 



Kalau tengok data, banyak pembayar cukai kehilangan kerja sebab Covid-19. Memang stres diorang tinggi lah - maybe inisiatif ni dapat kurangkan sikit rasa beban tu.

Okay, cukai pendapatan hanya turun 1% je - tak banyak, tapi asal ada. Tu pun, untuk yang berpendapatan antara RM50,001 hingga RM70,000 je. Gomen pun tambah limit pengecualian cukai pendapatan dari RM10,000 ke RM20,000 untuk tahun penilaian 2020 dan 2021. Apa lagi? Hip hip hooray lah!

 

4. Salah sorang daripada front liners? Korang akan dapat one-off reward.



Sejak dari March 2020, pekerja barisan hadapan bekerja keras untuk selamatkan ramai pesakit. Sebab tu lah, diorang dapat elaun RM600 setiap bulan - bukti gomen appreciate. Dalam  Belanjawan 2021 ni, gomen akan bagi bayaran secara one-off kepada pengawai-pengawai perubatan sebanyak RM500. Well, diorang berhak kot!

 

5. Golongan B40 dapat baucar untuk… beli insurans?



Tak dapat nafikan yang pengajaran paling besar tahun ni adalah hidup kita memang berharga. Sebab tu kita kena ada insurans, sayangnya, tak semua mampu - gomen kasi baucar RM50 sebagai bantuan kewangan untuk golongan B40 beli Perlindungan Tenang.

Gomen siap bagi pengecualian duti setem untuk semua produk dari Perlindungan Tenang. Tak lebih dari RM100 setahun untuk 5 tahun akan datang.

 

6. FREE duit untuk connect internet. Takkan takmau?



Kerja dari rumah, online class, mesyuarat Zoom dan webinar, memang normal lah dalam beberapa bulan ni. Benda-benda ni memang perlukan line internet yang kuat. Ni sebab gomen komited pastikan golongan B40 ada akses internet dengan Program Jaringan PRIHATIN. Tak nak lah ada lagi yang terpaksa panjat pokok sebab assignment...

Pada suku pertama 2021, kumpulan B40 akan dapat RM180 dalam bentuk kredit so that diorang ada akses internet yang bagus dan stabil. Telco-telco pun akan provide data percuma bernilai RM1.5bn. Dah boleh dah kata bye kat line slow! 

 

7. Moratorium pinjaman diteruskan tapi bukan tuk semua...

Topik moratorium pinjaman memang hangat tahun ni. Kitorang siap ada publish artikel berkaitan bertajuk ‘Moratorium Pembayaran Balik BNM: 4 Perkara Korang Perlu Tahu’.

Bermula dari Disember 2020, bank akan panjangkan lagi bantuan moratorium ni kepada peminjam golongan B40 yang juga merupakan penerima BPR. Ni termasuk sekali dengan bisnes mikro yang ada jumlah pinjaman sebanyak RM150,000. Dedua kategori ni boleh pilih sama ada nak: 

  • Tangguh bayar secara bulanan untuk 3 bulan
  • Kurangkan bayaran bulanan sebanyak 50% untuk 6 bulan

Untuk golongan M40 yang affected, jangan risau. Boleh buat declaration yang pendapatan korang dah berkurang. Dah ada, boleh request untuk dapat bantuan pembayaran balik.

Korang berminat? Telefon lah bank ASAP.

 

8. KWSP Akaun 1 & 2? Both can keluar…



Inisiatif ni terpulang nak keluarkan ke tak sebab duit pencen korang kan. Admin rasa yang betul-betul terdesak guna je akan keluarkan. Kalau tak terdesak, maybe tak.

Korang boleh keluarkan duit dari Akaun 2 untuk beli insurans. At least, kalau keluarkan, korang boleh tick satu benda dari tanggung jawab bulanan - takde lah fikir nak kaut duit dari celah mana atau cancel insurans korang. Gomen pun akan benarkan pencarum untuk keluarkan RM500 sebulan dari Akaun 1 starting tahun depan.

Lagi satu, caruman KWSP pekerja pun akan dikurangkan dari 11% kepada 9% selama 12 bulan. Jangan terkejut pulak bila tengok statement KWSP tahun depan.

BACA JUGAK: Korang Boleh Keluarkan Wang KWSP Sebab COVID-19 & 8 Perkara Ni

 

9. Sibuk cari kerja? Sambil-sambil, Employment Insurance Scheme (EIS) still bayar



Gaiz, chill je. Walaupun menganggur, korang akan still terima elaun cari kerja selama 3 bulan bawah EIS ni. Kiranya, dalam 3 bulan, korang akan dapat 80% dalam bulan pertama, 50% pada bulan kedua dan 30% untuk bulan ketiga - ikut jumlah gaji kerja lama korang.

Jujur admin cakap - ni benda bagus. Kita semua tahu betapa susahnya cari kerja. Harap-harap elaun ni dapat lah improve semangat diorang.

 

10. Gomen tak lupa jugak petani, nelayan, penoreh getah & peneroka Felda



No doubt, pekerja-pekerja ni semua tulang belakang negara kita. Malangnya, banyak sebahagian dari diorang ni terkesan disebabkan ekonomi yang tak stabil.

Dari tahun depan, diorang akan dapat beberapa insentif. Antaranya adalah:

  • Insentif pengeluaran getah akan meningkat dari RM150 juta ke RM300 juta
  • Peruntukan sebanyak RM1.7bn kepada petani dan nelayan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif
  • Elaun nelayan pun bertambah dari RM250 ke RM300 pada tahun 2021
  • Gomen akan hapuskan faedah hutang peneroka Felda dengan RM400 juta
 

11. Syarikat ambik pekerja baru? Ada insentif jugak wei!



Follow-up dari insentif program pengambilan pekerja tahun lepas, gomen akan teruskan inisiatif ni bawah PERKESO. Berita baik? Ada insentif yang naik sikit, boleh tengok kat bawah:

  • Gaji pekerja RM1,500 dan ke atas akan dapat RM800 sebulan hingga 40% dari pendapatan bulanan (maksimum RM4,000)
  • Majikan akan dapat insentif sebanyak 60% (naik 20%) kalau ambik pekerja yang kurang upaya, dah lama menganggur dan juga yang baru dilepaskan kerja
  • Kalau ganti pekerja asing dengan lokal untuk sektor cam pembinaan, majikan akan dapat insentif khas sebanyak 60% dari gaji bulanan - 40% pergi ke syarikat, lagi 20% ke pekerja lokal
  • Ambik fresh graduate untuk program perintis? Gomen bagi insentif sebanyak RM1,000 untuk 3 bulan
 

12. Nak upgrade skill korang? Gomen boleh tolong!



In case korang tengah cari kerja atau nak naik pangkat, sekarang ni memang susah. Tak termasuk lagi persaingan yang konfem semakin banyak - sebab tu, better prepare diri sendiri. Nasib baik, gomen ada allocate beberapa insentif untuk korang tinggal pilih je (kalau dapat, jimat duit):

  • RM100 juta diperuntukkan kepada Human Resources Development Fund (HRDF) untuk latih pekerja swasta
  • Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pun dapat RM100 juta untuk ajar tenaga kerja benda-benda berkaitan digital
  • Latihan keusahawanan dari PERHEBAT (dapat RM30 juta) yang bagi manfaat kepada bekas askar negara 

Lagi satu perkara, kalau korang berminat nak tukar career, gomen siap akan cover tuisyen korang sampai RM1,000 untuk setiap tahun penilaian. Ambik selagi boleh, geng!

 

13. Program Subsidi Gaji diteruskan...



Kebanyakan pekerja sampai sekarang masih lagi terkesan dengan potongan gaji. Diorang sendiri tak sure bila gaji akan kembali ke keadaan sebelum ni especially pekerja sektor pelancongan dan runcit. Jadi, gomen pun panjangkan lagi program subsidi gaji ni untuk 2 sektor ni je. 

Kalau gaji pekerja tu RM4,000 dan ke bawah, diorang akan dapat subsidi gaji sebanyak RM600 setiap bulan. Yang bagusnya, gomen siap tambah limit permohonan untuk program tu dari 200 ke 500 pekerja. Kalau camtu, semua win lah kan?

 

14. Insentif E-wallet RM50 (tapi untuk orang muda je...)

Dari tahun lepas, gomen nak pupuk habit guna e-wallet ni. Bak kata orang, cashless society gitu. Cuma, tahun ni, gomen nak fokus semakin banyak golongan muda (umur 18-20 tahun) guna e-wallet dengan kredit kan RM50 melalui Program eBelia. Shopping lah apa lagi!

 

15. Akhir sekali, nak beli rumah yang pertama? Ada berita baik...

Untuk lagi ramai beli rumah yang pertama, gomen kasi pengecualian duti setem untuk 2 situasi ni:

  • Mengecualikan duti setem secara penuh atas surat pindah milik dan perjanjian pinjaman sampai Disember 2025. Limit nilai pembelian rumah pertama pun dinaikkan sampai RM500,000
  • Ada jugak pengecualian duti setem pada memorandum pindahan dan perjanjian pinjaman bagi kontraktor dan pembeli asal yang selamatkan projek-projek hartanah yang terbengkalai selama 5 tahun. Cuma, ni hanya untuk projek bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 

Pada masa sama, gomen akan teruskan Rent-to-Own (RTO) Scheme sampai 2022 - ni melibatkan 5,000 rumah PR1MA yang bernilai lebih dari RM1bn. Jangan lepaskan peluang ni.

Bagi admin lah - semua insentif ni cam boleh agak kalau tengok apa yang berlaku tahun ni. Apa pendapat korang pulak terhadap belanjawan tahun ni? Meh share kat sini!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta