Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Apa Kelebihan & Kekurangan Keluar Duit KWSP Akaun 1 (i-Sinar)?

BY Nisya Aziz & Faiz Rahim

Updated 30 Dec 2020




Mesti korang tahu yang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dah benarkan pencarum untuk keluarkan duit dari Akaun 1 melalui i-Sinar - bermula dari Januari 2021. Paling banyak boleh keluarkan sampai RM60,000 kot - korang boleh check kat i-Akaun.

P/s: Kalau korang nak tahu apa lagi boleh buat dengan duit KWSP, baca ni: i-Sinar & 8 Perkara Yang Membolehkan Korang Untuk Keluarkan Duit KWSP.

Banyak reaksi rakyat-rakyat marhaen pasal berita pengeluaran duit Akaun 1 - ada yang positif, ada tak. Admin konfiden korang ada nampak waktu tengah online!
 

Ada yang okay, asal dapat keluarkan duit:

 

Ada jugak yang tak okay dengan syarat pengeluaran:

 

Banyak yang rasa tak patut ada syarat pengeluaran - kasi je sesiapa nak keluarkan duit:

 

Pakar-pakar pun ada pendapat masing-masing:

 

Ramai pakar rasa pengeluaran duit KWSP Akaun 1 ni patut jadi pilihan yang last sekali - salah sorangnya adalah Desmond Chong Kok Fei, naib presiden Majlis Perancangan Kewangan Malaysia. Dia rasa benda ni sama cam moratorium pinjaman - penyelesaian sementara je.

“Sekiranya ia tidak dapat diselesaikan walaupun setelah enam bulan, apa yang membuat seseorang berfikir bahawa mereka dapat menyelesaikan masalah pendapatan mereka dengan mengeluarkan dana dari Akaun 1?”

Tapi kan, teruk sangat ke cara ni?

Ya lah, mesti ramai pencarum nak keluarkan duit dari Akaun 1 dalam keadaan ekonomi yang tak stabil dan tengah dalam pandemik ni. Kalau boleh, sebelum korang decide, kena tahu dulu kesan dia - kelebihan dan kekurangan.


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Ni haa kelebihan dan kekurangan keluarkan duit KWSP dari Akaun 1.

Antara kelebihan dia… 

1. Korang dapat extra duit!

Tahu tak dalam 6 bulan pertama tahun 2020, kadar pengangguran meningkat sampai 4.3%? Betul, 652.5 juta orang takde kerja sebab ekonomi tak stabil dan pandemik ni. Mesti ramai yang tetibe je ada masalah kewangan. Kalau diorang ni takde duit simpanan yang cukup, susah nanti beli barang-barang keperluan.



Katakan kalau boleh keluarkan duit KWSP Akaun 1, at least, dapat lah kurangkan beban. Walaupun duit tu tak banyak mana pun, still boleh guna untuk top-up beli barang-barang keperluan yang terjejas - cam bayar sewa, makanan dan pengangkutan.

 

2. Akan tolong naikkan ekonomi negara.

Mesti korang tertanya-tanya camne i-Sinar boleh tolong, kan? Okay, camni. Korang tahu situasi cam sekarang yang ada pekerja gaji kena potong dan kena pecat - affect kuasa beli pengguna. 

Kalau ikut bapa ekonomi Keynesian, John Maynard Keynes, perbelanjaan pengguna ni penting untuk tengok ekonomi perform ke tidak. Kalau bagus, secara tak langsung, dia (perbelanjaan pengguna) akan buat lebih banyak orang berbelanja. 



Seperti yang ramai tahu, ekonomi negara kita tengah dalam proses pemulihan. Kiranya, dengan i-Sinar, dia cepatkan lagi proses pemulihan tu. Ya lah, rakyat akan belanja untuk kekalkan cara hidup diorang. Dari situ, aktiviti bisnes pun naik sebab ada permintaan barang & perkhidmatan.

 

Kekurangan dia pulak...

1. Korang akan dapat sikit je dividen.



Semua tahu yang tujuan utama KWSP adalah untuk tolong pencarum simpan duit selepas bersara. Mengikut artikel berita ni, Hawati Abdul Hamid, penyelidik kanan Khazanah Research Institute (KRI) kata:

“Lebih dari 80% pencarum KWSP tak dapat penuhi target simpanan minimum iaitu RM240,000 bila nak bersara. Lagi 20% pencarum pulak hanya ada rata-rata kurang dari RM7,000 je dalam simpanan.”

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, perkara ni memang merisaukan - lagi-lagi kalau tu je simpanan persaraan yang diorang ada. In case tergolong dalam statistik KRI ni, korang boleh hilang sejumlah duit yang boleh dikumpul kalau tak keluarkan duit Akaun 1.

Kita ambik Nizam sebagai contoh. Sekarang ni, dia ada RM20,000 dalam akaun KWSP. Setiap bulan dia carum sebanyak: 9% (kadar caruman baru tahun 2021) x RM1,680 = RM151.20. Dalam setahun je, dia dapat lah carum sebanyak RM1,814.40. 

Katakan dividen setiap tahun adalah 5% dan gaji dia maintain je, simpanan persaraan Nizam akan jadi banyak ni selepas 3 tahun...

Bilangan tahun Jumlah simpanan persaraan semasa Caruman tahunan Dividen tahunan Jumlah simpanan persaraan selepas 1 tahun
1 RM20,000 RM1,814.40 RM1,090.72 RM22,905.12
2 RM22,905.12 RM1,814.40 RM1,235.98 RM25,995.50
3 RM25,995.50 RM1,814.40 RM1,390.50 RM29,200.40
 

Sebaliknya, kalau Nizam keluarkan RM10,000, simpanan persaraan dia akan jadi banyak ni:

Bilangan tahun Jumlah simpanan persaraan semasa Caruman tahunan Dividen tahunan Jumlah simpanan persaraan selepas 1 tahun
1 RM10,000 RM1,814.40 RM590.72 RM12,405.12
2 RM12,405.12 RM1,814.40 RM710.98 RM14,930.50
3 RM14,930.50 RM1,814.40 RM837.25 RM17,582.15

Haa, nampak tak? Kalau Nizam tak keluarkan duit KWSP, duit simpanan persaraan dia boleh ada extra RM11,618.26. Kalau Nizam berjaya bayar balik pun, still ada sejumlah duit yang dia tak dapat nak kumpul.
 

2. Tak semua boleh bayar duit pendahuluan balik ke KWSP.

i-Sinar ni tak sama cam i-Lestari. Kalau korang tak tahu, i-Sinar ni cam pendahuluan yang korang kena bayar balik. Lebih kurang kalau keluarkan duit dari tabung - lambat laun, akan isi balik.

So, camne korang bayar balik? Sebelum ni, 70% caruman korang masuk Akaun 1 dan lagi 30% masuk Akaun 2. Selepas korang berjaya apply i-Sinar, semua duit caruman akan masuk Akaun 1 sampai habis bayar. Bila dah selesai, baru caruman korang kembali seperti biasa.



Malangnya, admin jujur lah - takde siapa boleh pastikan kalau pencarum yang kena pecat boleh dapat kerja baru dan bayar ke tak. Sama jugak lah untuk ahli KWSP yang dah lama tak aktif mencarum - entah boleh ke tak diorang mencarum lepas ni.

Sebagai contohnya Mei Yi, suri rumah yang buat caruman secara sukarela kepada KWSP. Mana lah tahu, mungkin sebab masalah kewangan, Mei Yi dah lama tak aktif mencarum jadi dia hanya ada RM4,500 dalam akaun KWSP. Sebab tu lah, dia pun decide keluarkan duit untuk cover perbelanjaan - boleh je, takde masalah pun.

Tapi, dengan keadaan Mei Yi yang sekarang, dapat ke dia bayar balik? Camne pulak kalau korang still tengah cari kerja selepas dipecat? Buat masa ni kan, pihak KWSP masih takde kata pape mengenai isu ni.

 

 

So, camne? Tepuk lah dada tanya selera. Harapnya korang guna duit KWSP sebaik mungkin… (kalau dapat lah!)

Jangan pulak jadi cam pencarum-pencarum dalam gambar bawah ni: 



Ya, admin paham - duit korang, terpulang lah nak guna camne pun. Cuma, kena ingat lah yang i-Sinar ni bertujuan untuk tolong pencarum yang ada masalah kewangan. Jadi, kalau korang  masih lagi mampu nak beli handphone lah, perabut rumah lah... tunggu je lah sampai dah bersara.

Cer bagitau admin, apa pendapat korang tentang i-Sinar ni? Banyak kelebihan ke kekurangan? Share sikit kat ruangan komen FB ni. Jangan lupa hantar sekali link artikel ni dengan family ngan member!

Buat lah keputusan dengan bijak ok. Selamat memohon i-Sinar!

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes