Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Hilang Kerja Akibat Covid-19? Ini 4 Program Untuk Pulih Semula

BY Team Loanstreet

Updated 10 Dec 2021




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat  terkini.
 

Pejam celik, pejam celik sudah hampir 2 tahun negara kita berperang dengan  pandemik COVID-19. Sepanjang tempoh ini, sekatan aktiviti ekonomi dan perniagaan yang dikuatkuasakan melalui perintah kawalan pergerakan sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada rakyat dari segi pekerjaan dan kewangan - ada yang dikurangkan gaji, dipotong elaun mahupun diberhentikan kerja.

Berdasarkan laporan tempatan, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menyatakan sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat bulan Ogos 2021, dengan purata 5,811 kes setiap bulan.

Peka akan masalah rakyat yang tertekan akibat kehilangan pendapatan kesan daripada wabak ini, kerajaan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun hadapan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja) yang membabitkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022.

Ini berita baik untuk anda! Test

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Berikut adalah beberapa bantuan/program yang anda patut ambil tahu dan manfaatkan sebagai ‘pelampung keselamatan’ untuk meningkatkan mata pencarian dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini: 

 

1. JaminKerja - Insentif Penggajian

Kerajaan melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan meneruskan usaha pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja dengan sasaran 300,000 orang dan peruntukan RM2 bil. Ini adalah untuk menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan bagi membantu Keluarga Malaysia, terutama golongan rentan dan yang tidak aktif bekerja.

Kategori Insentif Kelayakan Kadar Insentif
Pencari Kerja Individu berumur 16 hingga 50 tahun yang tidak aktif bekerja 20% daripada gaji bulanan pekerja bagi tempoh 6 bulan pertama dan 30% bagi 6 bulan berikutnya. Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 ke atas.
Ganti Pekerja Asing

Ditawarkan kepada pekerja tempatan bagi menggantikan pekerja asing dan pegawai dagang.



 
  • 20% daripada gaji bulanan pekerja bagi tempoh 6 bulan pertama dan 30% bagi 6 bulan berikutnya. Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,500 sehingga RM10,000.
  • Tambahan 10% daripada gaji akan diberikan kepada pekerja setiap bulan selama 12 bulan.
Golongan
Rentan
  • Individu/Graduan yang menganggur selama lebih 180 hari
  • Veteran tentera
  • Orang Asli
  • Banduan/Individu di bawah parol
  • Orang kurang upaya yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Peserta Program RTW PERKESO
  • Pekerja berumur 50 tahun ke atas


30% daripada gaji pekerja bagi 6 bulan pertama dan 40% bagi 6 bulan terakhir dengan gaji minimum RM1,200, maksimum RM10,000.

 

30% daripada gaji pekerja untuk 6 bulan pertama & 40% daripada gaji pekerja untuk 6 bulan berikutnya. Tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 sehingga RM10,000.

Wanita
  • Golongan wanita menganggur selama lebih 365 hari termasuk career break.
  • Ibu tunggal / suri rumah
  • Termasuk tawaran untuk pengaturan kerja yang fleksibel
 
Sektor Utama
  • Berkaitan Kemahiran Digital (ICT)
  • Sektor Pelancongan
 
Perantis
  • Lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun
  • Tawaran pekerjaan untuk jawatan Eksekutif
  • Diploma minimum diperlukan

Elaun RM900 sebulan untuk tempoh 6 bulan. Gaji minima adalah RM1,500.

 
Pekerja Gig

Melibatkan pencari kerja daripada kategori berikut:

  • Individu yang telah kehilangan pekerjaan
  • Kumpulan terdedah termasuk senarai individu yang berdaftar di bawah eKasih
  • Pekerja terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
  • Individu/Graduan menganggur lebih 30 hari
  • Suri rumah dan golongan berpendapatan rendah
  • Insentif bekerja dalam sektor gig berjumlah RM600 sebulan untuk tempoh 6 bulan
  • Tambahan RM200 sebulan akan diberikan sekiranya pekerja gig memperoleh lebih RM2,500 sebulan atau bekerja selama lebih 120 jam.


Insentif ini akan bermula pada tahun 2022. Buat masa ini, tempoh laksanaan dan panduan permohonan insentif penggajian JaminKerja belum diumumkan lagi. 

 

2. Malaysia Short-term Employment Program (MySTEP)

Inisiatif MySTEP akan diteruskan dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mulai Januari 2022.

Selain itu, untuk memastikan  golongan orang kurang upaya tidak tertinggal dari  menceburi bidang pekerjaan, kerajaan akan menyediakan kuota khas sebanyak 1% untuk program ini.

Kategori Pekerjaan Jawatan Tempoh Kontrak Perkhidmatan Syarat
Kelayakan
Sektor Awam
  • Semua bidang
1 hingga 12 bulan
  • Warganegara Malaysia
  • 18 tahun keatas
  • Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ke atas
  • Menganggur
GLC/Rakan Strategiknya
  • Bidang teknikal dan kewangan
  • Graduan untuk menjalankan program perantisan
6 hingga 12 bulan  

Untuk pengetahuan anda, kadar upah yang akan ditawarkan adalah berdasarkan kesetaraan akademik dan juga jenis serta kompleksiti tugas yang dikehendaki oleh kementerian/jabatan/GLC/rakan strategik. Selain itu, anda juga layak untuk dilindungi dan dan mencarum PERKESO dan KWSP.
 
Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan Akademik Kadar Upah
Sektor Awam GLC/Rakan Strategik

Ijazah Sarjana Muda



 

RM2,000

 
Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

RM1,800

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) RM1,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia RM1,400


Bagi anda yang berminat, permohonan boleh dibuat terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian. Untuk maklumat lanjut serta senarai kekosongan, sila KLIK DI SINI.


3. Program Global Online Workforce (GLOW)

Di bawah inisiatif JaminKerja, RM1.1 bn telah diperuntukkan untuk program peningkatan kemahiran dan kemahiran semula. Inisiatif ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja yang lebih mahir dan mengurangkan lagi kadar pengangguran kepada 4%. 

Salah satu inisiatif ialah Program GLOW yang dikawal selia oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC.Dengan menjalani program ini, anda disasarkan untuk berjaya menjadi seorang ‘digital freelancer’ sepenuh masa yang akan melaksanakan tugasan-tugasan daripada pasaran global sebagai sumber pendapatan utama/primer anda.

Individu yang layak untuk menyertai Program GLOW:

  • Rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
  • Pekerja yang diberhentikan kerja atau kehilangan pekerjaan
  • Pekerja yang mengalami pemotongan gaji melebihi 50% oleh majikan
  • Graduan yang baru menamatkan pengajian (tidak melebihi 12 bulan dari tarikh graduasi), masih menganggur atau belum memperoleh sebarang pekerjaan teJika anda berminat, sila daftar GLOW melalui portal https://mdec.my/glowmalaysia/


4. Pelepasan Cukai Kursus Peningkatan Kemahiran

 

Untuk menggalakkan lagi rakyat  mengikuti program latihan dan menceburi bidang baharu, kerajaan telah

  • menaikkan jumlah pelepasan cukai daripada RM1,000 kepada RM2,000 bagi perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri sehingga 2023.
  • memberikan pelepasan cukai ke atas yuran kursus dengan mana-mana badan profesional yang diluluskan sehingga RM7,000.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022, kursus profesional yang diluluskan antaranya merangkumi bidang perakaunan, kewangan serta yang berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

Adalah diharapkan inisiatif-inisiatif daripada kerajaan ini dapat membuka jalan anda yang terkesan dari segi pekerjaan dan kewangan pada musim wabak Covid-19. Jika anda mengenali sesiapa yang tergolong dalam kumpulan mereka yang terkesan, kongsikan artikel ini di Facebook ataupun Whatsapp Group anda supaya lebih ramai dapat manfaat.

Selain itu, untuk mengetahui inisiatif lain yang disediakan secara menyeluruh, anda boleh layari https://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/ untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapat manfaat daripada pakej-pakej bantuan kerajaan tanpa mengira latar belakang anda.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul ekoran sebarang kebergantungan anda terhadap maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!