Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Apa Itu KWSP? 5 Perkara Yang Korang Mungkin Tak Tahu

BY Team Loanstreet

Updated 20 May 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

Tiap kali hujung bulan, korang mesti happy sebab gaji masuk kan? Tapi sekejap je sebab duit tu nanti akan mengalir macam air terjun. Salah satunya akan ke KWSP. Skim ni bukan scam tau, tapi sebenarnya penyelamat masa depan korang!


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

Apa itu KWSP?

 

KWSP merupakan satu skim yang dilancarkan oleh Kerajaan pada tahun 1991 untuk membantu korang menyimpan wang buat hari tua nanti. Selain daripada skim pencen, apa lagi yang korang boleh jangkakan daripada akaun yang wajib disumbangkan ini? Berikut merupakan 5 perkara yang mungkin boleh membantu korang dalam memahami skim ini.

 

1) Bukan gaji korang sahaja yang disumbangkan kepada KWSP

 

Cuba tengok betul-betul slip gaji korang dan korang mungkin akan perasan bahagian “Employer’s EPF” (rujuk kepada contoh slip gaji di bawah). Ini kerana kebanyakan syarikat adalah diwajibkan oleh undang-undang untuk menyumbang kepada akaun KWSP, jadi makin bertambahlah duit pencen korang nanti.

 

Kadar bagi majikan adalah dihadkan kepada tambahan 13% daripada gaji kasar korang(jika gaji korang di bawah RM5000) atau 12% (jika gaji korang lebih RM5000). Jadi jika korang rasa duit korang banyak dipotong kerana KWSP, sebenarnya korang dah menyimpan sebanyak 11% , malah dapat tambahan sebanyak 13% (atau 12%)!
 

 

2) Korang boleh memilih untuk menambah jumlah sumbangan korang

 

Walaupun Kerajaan telah merendahkan kadar minimum simpanan KWSP kepada 11%, korang masih boleh memilih untuk menyumbangkan pada kadar yang lebih tinggi.
 

Contohnya, kalau korang nak menyumbang 80% daripada gaji korang kepada KWSP setiap bulan, tiada siapa dapat menghalang korang! Namun, korang perlu ingat dua perkara ini sebelum membuat pilihan yang sebegitu drastik: perbelanjaan bulanan korang dan juga risiko menyalurkan kesemuanya kepada satu bentuk pelaburan sahaja.
 

Jika korang tidak mempunyai sumber pendapatan sampingan yang lain, 80% yang disumbangkan daripada gaji korang kepada KWSP mungkin akan menyebabkan korang tidak cukup wang tunai untuk perbelanjaan harian. Selain itu, melaburkan sebahagian besar daripada gaji korang kepada satu ekuiti adalah satu risiko yang besar, kerana portfolio yang dipelbagaikan boleh membantu korang mengurangkan risiko kerugian dan meningkatkan hasil pendapatan.

 

3) Korang boleh mengeluarkan jumlah keseluruhan wang daripada akaun KWSP 

 

 

Selagi korang pencen pada umur 55 tahun, korang cash out duit korang dengan mudah. Tapi kalau ada keperluan lain, ada 15 jenis pengeluaran yang boleh dibuat lebih awal.Korang boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang tersebut untuk pelbagai kegunaan seperti yuran pengajian, bil perubatan ataupun untuk menunaikan haji, walaupun ada sesetengah orang memilih untuk tidak menggunakan cara ini.

 

Menurut pengarah eksekutif Persatuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, “Perlu diingatkan yang simpanan KWSP adalah bertujuan untuk kegunaan pencen, bukannya pelaburan. Prinsip menyimpan wang dalam KWSP adalah untuk memastikan ada wang yang cukup bila ahli-ahli bersara, dan mereka perlu melihat kepada jalan lain buat pendidikan atau perumahan, seperti Bantuan Kewangan Pendidikan Tinggi.”

 

4) Korangboleh memilih untuk membuat pengeluaran daripada ‘Akaun Emas’ dari KWSP

 

 

Jika korang masih lagi bekerja selepas umur 55 tahun dan tak pernah terdengar pun mengenai inisiatif ini, korang duduk bawah tempurung ke? Gurau je; inisiatif ini merupakan peningkatan kepada skim KWSP sedia ada untuk menangani isu simpanan yang tidak mencukupi selepas persaraan. Kesemua sumbangan selepas umur 55 tahun akan diletakkan di bawah dana pencen kedua ini.

 

Ketua pegawai eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan dipetik mengatakan yang “dana tersebut hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencecah umur 60 tahun, untuk memastikan mereka mempunyai pinjaman pencen yang cukup pada umur tersebut. Pada umur 60 tahun, pinjaman ahli pada kedua-dua akaun akan digabungkan bagi tujuan pengeluaran.

 

Kemudiannya, pengeluaran penuh adalah dibenarkan mengikut pilihan ahli. Apa yang menarik, had bagi bayaran dividen telah dinaikkan daripada umur 75 ke 100 tahun untuk membolehkan ahli terus menyumbang kepada akaun simpanan KWSP mereka, lantas memanfaatkan hasil gabungan daripada dana yang tinggal dalam akaun mereka.

 

5) Bukan dividen sahaja kelebihan yang ada pada KWSP

 

Sebenarnya, banyak lagi kelebihan lain yang korang boleh manfaatkan daripada simpanan KWSP seperti kami senaraikan di bawah ini.

 

a. Dividen: 

 

Kadar minimum yang dijamin oleh kerajaan adalah 2.5% dan akan dibayar kepada setiap pemegang KWSP. Walaupun kadar tersebut rendah bunyinya, perlu diingat bahawa sekitar satu dekad ini, kadar tersebut berada pada paras yang sihat iaitu purata 5 ke 6% setahun. Dividen akan dikira berdasarkan baki harian secara agregat.

 

b. Ketidakmampuan dan kematian: 

 

Bila seorang pemegang diisytiharkan tidak mampu untuk bekerja ataupun meninggal dunia, pemegang atau warisnya akan menerima bayaran ihsan daripada KWSP. Wang ini bukan datang daripada akaun pemegang, sebaliknya daripada perbadanan KWSP sendiri untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh penerima atau keluarganya.

 

Bayaran bagi ketidakmampuan adalah RM5000 manakala bagi kematian adalah RM2500. Kedua-duanya tertakluk kepada syarat-syarat KWSP, contohnya tarikh permohonan dan umur pemegang.


c. Pengecualian cukai:

 

Akhir sekali, korang tau tak yang sumbangan KWSP boleh ditolak daripada cukai, sehingga jumlah maksimum RM6000 setiap tahun? Ini juga termasuklah pengecualian insurans nyawa premium. Malah, dividen yang korang dapat dan wang yang dikeluarkan di bawah KWSP semuanya dikecualikan daripada cukai!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

faktor-orang-Malaysia-muflis

Taknak Jatuh Muflis Sebelum Umur 30? Elakkan Buat 5 Perkara Ni!

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!

9 Jenis Pendapatan Ni Kena Cukai Rupanya, Baru Tahu Weh!

5 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Boleh Bayar Online Je

5 Perkara Yang Ramai Tak Tahu Boleh Bayar Online Je