Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Apakah Matawang Kripto Terbaik di Malaysia?

BY Team Loanstreet

Updated 03 Dec 2022




Ikuti akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Dengan kerjasama



Pelaburan matawang kripto memang satu topik yang berat. Tak kisah sama ada anda baru bergiat atau merupakan peminat tegar dalam dunia kripto, memang tak hairan jika anda masih keliru dengan matawang kripto. Untuk pengetahuan anda, setakat Julai 2022 sahaja, terdapat 20,268 jenis matawang kripto di dunia.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Tapi, jangan risau. Luno — Bursa aset digital terkawal pertama dan terkemuka Malaysia ada di sini…

…untuk bantu anda memulakan pelaburan aset digital dengan matawang Kripto.


Baru-baru ini, Luno Malaysia telah memulakan kempen #MajuBersamaLuno, dengan tujuan untuk memperkasakan pemahaman rakyat Malaysia tentang aset digital dan faedah pelaburan dalam inisiatif kewangan supaya tanggapan buruk terhadap matawang kripto dapat dihapuskan. 

Untuk merancakkan lagi kempen ini, mereka juga telah melantik atlet negara, Pandelela Rinong (penerjun Olimpik) dan Zaquan Adha (pemain bola sepak profesional), sebagai Duta Jenama untuk berkongsi perjalanan kewangan mereka dan bagaimana Luno membantu dalam rancangan pelaburan mereka.

Bukan itu sahaja. Atas permintaan tinggi daripada pengguna, Luno telah mengembangkan rangkaian aset digitalnya kepada 9 jenis, dengan memperkenalkan 4 koin terbaharu iaitu Uniswap (UNI), Chainlink (LINK), Cardano (ADA) dan Solana (SOL). Ini menjadikan Luno sebagai bursa aset digital terbesar di negara ini. Sehingga hari ini, Luno Malaysia mempunyai lebih 700,000 pelanggan.

Tanpa membuang masa, mari kita jawab persoalan anda mengenai perkara apa yang perlu dipertimbangkan jika ingin melabur dalam matawang kripto.


Sebelum itu, tahukah anda jenis-jenis matawang Kripto yang tersedia dalam pasaran Malaysia?


Setakat ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia hanya telah meluluskan pembelian dan penjualan matawang kripto yang disenaraikan berikut:
 
Matawang Kripto yang Diluluskan SC di Malaysia
Matawang Simbol Pengasas Tahun Penubuhan Keselamatan Nota Tersedia di Luno
Bitcoin   BTC Satoshi Nakamoto (pseudonym) 2009 PoW  Matawang kripto pertama dan paling diiktiraf secara meluas. /
Ethereum ETH Vitalik Buterin 2015 PoW, PoS  Mempunyai had pasaran kedua terbesar dalam pasaran dan menggunakan kontrak pintar dalam memperkasakan pasaran NFT seperti OpenSea. /
Litecoin LTC Charlie Lee 2011 PoW Matawang kripto yang mempunyai kecairan yang tinggi, tersedia di kebanyakan platform pertukaran matawang kripto utama, menjadikannya sesuai untuk pedagang. /
Ripple XRP Chris Larsen &
Jed McCaleb
2013 "Consensus protocol" XRP berfungsi sebagai mekanisme perantaraan pertukaran antara dua matawang/rangkaian. /
Bitcoin Cash BCH - 2017 PoW Matawang kripto yang asalnya datang daripada Bitcoin hasil daripada hard fork dalam rantaian blok. /
Uniswap UNI Hayden Adams 2018 PoW Pemilik dompet Ethereum boleh menukar token secara terus menggunakan kontrak pintar. Ini juga bermakna Uniswap sendiri tidak memegang sebarang aset dalam jagaan. /
Chainlink LINK Sergey Nazarov & Steve Ellis 2017 PoS Ia adalah rangkaian rantaian blok Oracle tidak berpusat yang dibina di atas rangkaian Ethereum. /
Solana SOL Anatoly Yakovenko & Raj Gokal 2017 PoS Ia telah menjadi popular di ruang NFT dan DeFi kerana pengguna Ethereum mencari platform baharu dengan transaksi yang lebih pantas dan lebih murah. /
Cardano ADA Charles Hoskinson 2017 PoS Dikenali sebagai rantaian blok generasi ketiga, ia direka untuk memberikan kebolehlebaran dan keselamatan yang lebih baik berbanding dengan platform kontrak pintar yang lain. /

CATATAN:
  • Proof of Stake (PoS) bergantung pada jumlah aset kripto yang dimiliki oleh pengesah .
  • Proof of Work (PoW) adalah berdasarkan jumlah usaha yang diperlukan oleh pelombong untuk menyelesaikan persamaan kompleks.


Namun begitu, apakah faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli matawang kripto pilihan anda?


Sumber imej: Medium

Kripto ialah pelaburan yang berisiko tinggi kerana harganya boleh berubah dengan drastik dalam tempoh yang singkat. Jadi, sukar untuk menjangkakan potensinya. Namun, jika anda sudah bersedia untuk memulakan pelaburan aset digital, kami ada tips untuk menilai prestasi matawang kripto supaya anda boleh melabur dengan lebih yakin.


1. Baca kertas putih


Pertama sekali, sama seperti pelaburan lain, anda perlu faham aset yang anda bakal beli dan kertas putih merupakan rujukan terbaik. Kertas putih adalah dokumen yang menggariskan matlamat, strategi penggunaan matawang kripto serta butiran tentang cara pengedaran token dalam kalangan pelabur dan had bekalannya. 

Maklumat-maklumat ini adalah penting dalam gambaran potensi pelaburan anda. Jadi, jika tiada kertas putih, itu merupakan petanda awal yang aset tersebut tidak boleh dipercayai.


2. Nilai metrik pasaran




Sumber imej: CoinGecko

Terdapat 3 metrik pasaran asas yang perlu anda nilai - permodalan pasaran (penunjuk penguasaan dan populariti matawang kripto), volum dagangan (berapa banyak matawang kripto telah didagangkan dalam jangka masa tertentu) dan metrik bekalan (untuk memahami potensi kekurangan matawang kripto). Anda boleh mendapatkan maklumat ini dari mana-mana pengagregat matawang kripto.


3. Kaji sejarah harga


Secara amnya, koin dengan had pasaran yang lebih rendah terdedah kepada skim pump-and-dump. Jadi dengan menyemak sejarah prestasinya, anda boleh membuat gambaran kasar tentang prestasi jangka panjang dan jangka pendek koin yang berkenaan.


4. Dapatkan info daripada komuniti kripto



Sumber imej: Luno Facebook Community Page

Mencari komuniti matawang kripto yang bersemangat adalah sama pentingnya seperti elemen lain seperti utiliti, keselamatan, pematuhan dan had pasaran. Cara terbaik adalah dengan mencari moderator komuniti di media sosial yang aktif menyiarkan berita baharu, menyertai perbincangan, dan saling menjawab persoalan ahli. Ini membantu anda mendalami pasaran masa nyata dan faedah pelaburan matawang kripto.

Tak tahu cara nak mula? Jom pergi ke Luno Discover atau Komuniti Facebook Luno. Luno menyediakan pelbagai info mengenai kripto yang mudah difahami dan tersedia kepada orang ramai supaya anda memahami asas-asasnya terlebih dahulu.
 

5. Pertimbangkan ramalan potensi matawang Kripto


Untuk pelaburan jangka masa panjang, kita perlu mengenalpasti koin yang mempunyai tujuan praktikal dalam ekosistem rangkaian blok. Sebagai contoh, Ethereum. Banyak projek kontrak pintar, token tidak terpiawai (NFT) dan perniagaan bergantung pada teknologi Ethereum, jadi ini menunjukkan bahawa potensinya untuknya mengekalkan nilai adalah lebih stabil.


Sumber imej: Twitter


“Apa perlu saya buat untuk mula jadi celik kewangan dengan matawang kripto di Malaysia?”


Memang banyak platform bursa matawang kripto disenaraikan dalam pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk melindungi diri anda daripada sebarang risiko pada masa hadapan, kami mencadangkan supaya anda memilih Bursa Tukaran Digital (DAX) yang dikawal selia oleh SC di bawah Garis Panduan Aset Digital.

Walau bagaimanapun, tidak semua bursa yang terkawal di Malaysia menawarkan semua kripto yang disenaraikan di atas. Jika anda berminat untuk melabur dalam koin yang diluluskan, anda boleh mempertimbangkan Luno.


Sumber imej: DividendMagic

Selain menjadi platform terkawal tawaran syiling terbanyak di Malaysia, Luno turut memudahkan proses pelaburan matawang kripto disebabkan oleh aplikasi mudah alih dan laman web mereka yang mesra pengguna, amat sesuai untuk semua lapisan pelabur. Lebih menarik lagi, kos kemasukan juga rendah. Anda boleh mula melabur dalam matawang kripto serendah RM1.

Tapi, itu bukanlah sebab semata anda patut melabur dengan mereka. Keselamatan juga penting untuk sebarang pertukaran kripto. Dengan Luno, anda boleh melabur dengan tenang.

Sejumlah besar matawang digital milik pengguna Luno akan disimpan secara “deep freeze” menggunakan dompet multi-signature, dimana kunci akan dijana dan disimpan sepenuhnya secara luar talian, dan luar kawasan. Ini menyukarkan sesiapa sahaja untuk menggodam dan mencuri kerana akses fizikal diperlukan.

Mendepositkan dana ke dalam dompet Luno juga amatlah mudah dan tidak mengambil masa yang lama. Anda boleh mendepositkan wang dalam bentuk MYR serta-merta ke akaun anda melalui FPX. Selain itu, sebagai inisiatif kempen #MajuBersamaLuno, bursa ini juga turut menawarkan aplikasi serta kandungan produknya dalam Bahasa Melayu, yang kini tersedia untuk pengguna. Berita baik buat anda yang lebih selesa menggunakan bahasa tersebut.



Jom, #MajuBersamaLuno hari ini! Dengan kerjasama bersama Luno Malaysia, kami kini menawarkan promosi eksklusif untuk pengguna baharu yang ingin melabur. Gunakan kod rujukan ini: LNSTRT30 untuk dapatkan BTC bernilai RM30, apabila anda membeli RM100 dalam BTC.

Baca lebih lanjut tentang Luno DI SINI untuk melihat sama ada Luno merupakan bursa yang terbaik untuk anda.

Apa sahaja keputusan anda, anda perlu kembali kepada matlamat asal dalam membeli matawang kripto. Tidak ada langkah mudah untuk menjangkakan apa yang bakal berlaku, jadi dalam kes seperti ini, percayakan hasil analisis serta penilaian anda dan buat pilihan yang terbaik.

Namun begitu, ini tidak bermakna anda perlu lakukannya bersendirian. Luno sentiasa bersama anda melalui setiap perjalanan kewangan anda sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menjadikan pelaburan matawang kripto mudah diakses oleh semua.

Baca lagi mengenai Terma Penggunaan Luno dan risiko yang terlibat dengan matawang kripto di sini: www.luno.com

Apa pun, adakah anda seorang pelabur kripto juga? Bagaimana anda menentukan syiling yang hendak dibeli? Kongsikan dengan kami di ruangan komen FB.


Nota: Penerbitan artikel ini hanya untuk tujuan maklumat dan pendidikan dan tidak boleh ditafsirkan sebagai nasihat pelaburan atau kewangan. Pelaburan dalam matawang kripto adalah berisiko tinggi dan mungkin akan mengakibatkan kerugian modal disebabkan oleh nilainya yang berubah-ubah. Kami mencadangkan mana-mana individu untuk berunding dengan perancang kewangan berlesen untuk nasihat kewangan yang lebih terperinci mengenai sama ada matawang kripto adalah pilihan pelaburan yang terbaik. Kelulusan Suruhanjaya Sekuriti terhadap senarai aset digital yang ada pada Luno tidak membawa sebarang indikasi atau pengesahan yang Suruhanjaya Sekuriti telah mengesyorkan atau menyokong produk atau perkhidmatan ini.

*Artikel di atas bertujuan untuk tujuan maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab ke atas kerugian yang mungkin timbul daripada pergantungan pada maklumat yang terkandung dalam artikel.

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?