1. Potongan gaji secara automatik.
Potongan gaji secara automatik telah dikuatkuasakan pada bulan September 2015, ia cuma dikenakan kepada korang sekiranya gagal membuat bayaran dalam tempoh 6 bulan dan mencapai tahap gaji minimum.
Sebelum buat potongan, PTPTN akan tengok dulu latar belakang kewangan korang, supaya tak terlampau membebankan. Kalau korang tiba-tiba diberhentikan kerja atau muflis, lain cerita lah.
2. Dihalang daripada meninggalkan negara.
Korang adalah dilarang sama sekali atau akan disekat untuk keluar daripada Malaysia samada atas urusan rasmi atau bercuti sebaik sahaja rekod pinjaman bayaran balik menunjukkan pembayaran telah tersasar daripada jadual yang ditetapkan.
Selain itu, korang juga tak boleh perbaharui passport korang sampailah sekatan perjalana mereka ditarik balik. Nama-nama yang kena sekat tak akan diumumkan, jadi kalau nak tahu status korang, kena semak kat laman imigresen Malaysia.
3. Di senarai hitam di pengkalan data CCRIS (Central Credit Reference Information Systems)
Sejak tahun 2015, peminjam PTPTN di bawah penelitian rapi dan peminjam yang gagal membuat bayaran balik pula akan disenarai hitamkan pada pengkalan data CCRIS. Bagi korang yang tak tahu, CCRIS ni macam rekod kredit korang yang dilihat oleh semua bank dan institusi kewangan
Laporan ini akan menunjukkan rekod pembayaran pinjaman korang dan ia akan mempengaruhi semua permohonan pinjaman korang yang akan datang. Oleh itu, kalau korang dah kena blacklist, lupakanlah hasrat korang kalau nak apply pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman perniagaan atau kad kredit.
Kebanyakan peminjam PTPTN ni sebenarny takut kena balcklist dengan CCRIS. Sebab tu, bila kerajaan dan PTPTN mula ambil langkah tegas dengan blacklist peminjam yang ingkar, jumlah bayaran balik pun makin meningkat. Ramai dah mula takut bila sedar kesannya bukan main-main, terutamanya bila tak boleh buat sebarang pinjaman baru macam beli kereta atau rumah.
Tapi jangan risau! Kalau korang pernah kena blacklist sebelum ni, korang masih ada peluang untuk perbaiki laporan CCRIS. Caranya? Mudah je, korang cuma perlu bayar balik pinjaman PTPTN secara konsisten selama 12 bulan. Laporan CCRIS hanya rekod pembayaran setahun je, jadi rekod lama yang tak cantik tu akan hilang dengan sendiri bila korang bayar dengan konsisten.
4. Dikenakan tindakan undang-undang
Akhir sekali kalau semua ni tak jalan juga, pihak PTPTN akan ambil tindakan udang-undang dan heret korang masuk mahkamah untuk dibicarakan. Jadi, bukan sahaja korang kena bayar balik hutang pinjaman, korang kena keluarkan lagi duit untuk tampung kos guaman. Kalau korang abaikan notis amaran yang dikeluarkan, korang akan disaman oleh mahkamah.
Namun, sebelum dibawa ke mahkamah, PTPTN masih beri kelonggaran pada korang untuk berunding dengan mereka untuk buat jadual bayaran pinjaman korang.
Tapi, kalau korang ingkar juga, pihak mahkamah akan jatuhkan hukuman dekat korang dengan membekukan atau merampas asset-asset korang.
So, apa pengajaran yang kita boleh ambil?
Semua tindakan yang diambil ni adalah mukatamad. So, korang janganlah ambil ringan pinjaman PTPTN ni. Walaupun ia pinjaman pendidikan dengan kadar faedah rendah, ia tetap hutang yang perlu dibayar balik.
Kalau bilangan peminjam ingkar terus meningkat, besar kemungkinan PTPTN tak dapat lagi tawarkan pinjaman kepada generasi akan datang. Kita tak naklah tengok generasi masa depan tak dapat sambung belajar sebab tak ada sokongan kewangan. Jadi, jangan sia-siakan peluang ni. Bayar balik pinjaman korang untuk pastikan sistem ni terus kekal untuk masa depan.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
Baca Jugak: