1. Hati-hati dengan mata yang memandang
Korang kena peka yang semua transaksi kewangan kita adalah di bawah pengawasan CCRIS. Bagi pembaca yang kurang faham tentang CCRIS, sila rujuk di sini. Nak pastikan rekod bersih? Bayar semua pinjaman selewat-lewatnya 14hb setiap bulan. CCRIS akan update data pada 15hb – so jangan tunggu last minute!
2. Penggunaan nama syarikat
Tips ini penting untuk korang yang nak menjalankan bisnes kecil/sederhana. Banyak yang keliru sama ada nak memohon di bawah nama syarikat atau nama individu. Korang boleh rujuk dari sini.
Contoh:
Adrian merupakan pengarah sebuah syarikat kecil. Beliau mempunyai 51% saham syarikatnya dan membayar gaji sebanyak RM10k kepada dirinya setiap bulan. Adrian juga ingin melabur dalam hartanah di TTDI yang dijangka harganya akan melonjak ke RM1 juta.
A. Nama Syarikat.
.Andaikan syarikat tersebut menjana purata pendapatan bulanan sebanyak RM100k dan Adrian ingin memohon pinjaman perumahan di bawah nama entiti korporat.
Pendapatan Bulanan = Pendapatan Bisnes*Faktor Pendapatan Industri*Pegangan Saham Pengarah = RM100k*10%*0.51
Pendapatan Bulanan yang Diiktiraf oleh Bank = RM5100
B. Nama Individu
Jika Adrian pilih untuk memohon pinjaman perumahan di bawah entity individu,
Pendapatan Bulanan = Yuran Pengarah / Gaji = RM10k
Pendapatan Bulanan yang Diiktiraf oleh Bank = RM10k
Berdasarkan contoh di atas, pendapatan bulanan yang diiktiraf oleh bank menunjukkan perbezaan yang besar di antara situasi A dan situasi B.
3. Dokumen yang sah
Kalau korang ada rumah yang disewakan, pastikan dokumen penyewaan korang lengkap dan sah. Jangan main buat cincai. Sebab bank nak tengok bukti dan tanpa dokumen, pendapatan sewa korang mungkin tak diiktiraf.
4. Promosikan diri korang
Bukan nak suruh korang bermegah-megah dengan timbunan duit korang kat media sosial. Sebaliknya, korang kena mengelakkan daripada menarik perhatian yang tidak sepatutnya. Cukuplah sekadar nak pastikan bank tahu korang ada simpanan/deposit tetap atau pelaburan lain. Ini boleh tingkatkan peluang loan korang diluluskan.
5. Lagi banyak, lagi bagus
Salah satu garis panduan penting yang bank gunakan semasa pemeriksaan kredit ialah nisbah hutang-servis korang(DSR). Kami pernah bincang topik ni sebelum ini; jadi boleh baca di sini.
DSR korang dihadkan oleh pendapatan dan perbelanjaan korang. Untuk meningkatkan skor DSR, korang boleh memohon pinjaman perumahan di bawah permohonan bersama. Jangan lupa bahawa terdapat terma dan syarat serta pro dan kontra dalam cara ini. Buatlah kajian secara teliti sebelum korang buat keputusan.
6. Jangan letakkan semua sumber dalam satu pelaburan
Kita dan bincang yang DSR akan beri kesan kan? Setiap bank ada polisi DSR berbeza. Kalau Bank A reject, cuba Bank B.
Lagi senang, guna alat perbandingan pinjaman perumahan ni je. Korang boleh buat banyak permohonan dalam satu platform. Prosesnya tak sampai 15 minit pun tau!
7. Aset sebagai rakan
Kalau korang cuba apply loan tapi DSR (Debt Service Ratio) dah cecah lebih 90%, jangan give up! Ada bank di Malaysia yang offer Asset-Based Loan (ABL). Tapi, nak qualify, korang kena buktikan aset korang bernilai RM1 juta ke atas.
Aset ni boleh jadi:
- Hartanah tanpa hutang (70% daripada nilai pasaran diambil kira),
- Simpanan tetap,
- Pelaburan saham,
- Aset lain yang diiktiraf.
Jumlah ni kena cukup RM1 juta selepas tolak ansuran bulanan selama 2 tahun untuk semua pinjaman yang korang ada. Kalau korang ada aset cukup power, ini boleh jadi jalan keluar untuk dapatkan loan!
Apa yang korang boleh buat sekarang?
Kadar kelulusan pinjaman adalah rendah setakat ini, dengan trend pembelian hartanah menunjukkan penurunan. Pembeli bergelut dengan harga dan menghadapi lebih kesukaran untuk mendapatkan pinjaman. Walaupun apa yang kami kongsi tidak memberi jaminan, kami berharap anda berada dalam kedudukan yang terbaik untuk membeli rumah idaman korang.
Selain itu, korang kena biasakan mempunyai tabiat kewangan yang bijak. Sebagai peringatan, jangan lupa untuk menggunakan alat perbandingan pinjaman perumahan dan alat perbandingan pinjaman peribadi Loanstreet untuk membuat permohonan pinjaman. Perkhidmatan Loanstreet adalah percuma, mudah dan menjimatkan masa.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.