Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Belanjawan 2021: 5 Perkara Hartanah Korang Patut Tahu!

BY Faiz Rahim

Updated 16 Nov 2020




Korang pernah dengar bunyi meja kena ketuk setiap 5 minit selama 3 jam lebih? Tengok je video Menteri Kewangan kita, Tengku Zafrul Aziz bentang Belanjawan 2021 baru-baru ni - dengar bunyi tu je lah. Just in case korang terlepas, boleh baca artikel belanjawan ni.

Waktu pembentangan, gomen ada propose inisiatif-inisiatif baru yang for sure bagi kebaikan pada rakyat-rakyat marhaen cam kita ni. Lagi-lagi yang berminat nak beli rumah buat kali pertama. Ada je yang tak berminat beli benda-benda besar camni sekarang - sebab tu, kita terima je sebarang pertolongan dari gomen.


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Pertama kali beli rumah? Untung korang...

Konfem korang akan rasa nervous beli nak beli rumah yang pertama - komitmen besar tu. Tapi, jangan risau, gomen ada kasi diskaun sikit untuk korang.



Kalau harga rumah pertama korang tak lebih dari RM500,000, korang akan dapat pengecualian penuh duti setem dari Januari 2021 sampai Disember 2025 (yay!). Cuma, pengecualian ni hanya untuk dokumen pindah milik dan perjanjian pinjaman beli rumah.

Senang citer, korang bayar rumah tu dengan harga diskaun. Best kan, kalau camtu? So, kalau korang dah jumpa rumah, tunggu dulu sampai boleh enjoy kelebihan ni. Katakan lah, harga rumah korang tu RM500,000, boleh jimat RM11,250 kot untuk duti setem!

Tak caya? Cuba guna tool Loanstreet ni, ‘Kalkulator Pinjaman Perumahan & Duti Setem’.

BACA JUGAK: HOC 2020: Nikmati 10% Diskaun & Percuma Duti Setem Bila Korang Beli Rumah


2. Katakan tidak pada projek rumah terbengkalai 

Menurut The Sun Daily, dari 2009, ada 73,959 projek perumahan swasta yang terbengkalai kat Semenanjung Malaysia. Cuba bayangkan - ni tak kira lagi projek perumahan awam. Camne pulak dengan projek perumahan terbengkalai awam dan swasta kat Sabah dan Sarawak?



Jadi, gomen pun decide panjangkan lagi tempoh pengecualian duti setem untuk 5 tahun, dari 2021 sampai 2015 untuk perjanjian pinjaman dan instrumen pemindahan. Malangnya, pengecualian ni hanya untuk:

Harapannya, dengan inisiatif ni, pihak pemaju ambik peluang untuk bekerjasama dengan gomen dalam selesaikan isu ni. Kalau berjaya - semua pihak cam gomen, pemaju dan pembeli untung!


3. Skim Sewa Untuk Milik (RTO) dengan...PR1MA?



Tak banyak lagi yang kita tahu sal inisiatif ni lagi. Sewaktu pengumuman belanjawan, gomen hanya bagitau yang diorang akan collab dengan beberapa institusi kewangan untuk sediakan skim RTO. Kalau nak tahu, program ni hanya untuk pembeli rumah kali pertama dan melibatkan 5,000 rumah PR1MA yang bernilai RM1 billion (bn).

Ni admin jelaskan dulu camne skim RTO ni sebenarnya. Katakan korang nak beli rumah tapi tak mampu lagi. So, korang sewa lah dulu dengan harapan dapat beli rumah tu nanti. Korang pun bayarlah sewa mahal sikit dari cam biasa. Bila sampai masa nak beli, harga rumah akan jadi lebih murah. Perfect kot untuk orang-orang muda sekarang!


4. Tanah Rizab Melayu dimajukan secara komersial?

Admin nak tanya. Korang tahu tak yang Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) ada bangunkan hospital swasta bernilai RM300 juta kat Sungai Penchala? 

Rupanya kan, gomen berniat nak optimumkan nilai tanah rizab melayu. Sebab tu lah gomen akan salurkan RM750 juta ke bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK212) - naikkan nilai pegangan Bumiputera dalam hartanah dan pembangunan komersial kat tanah rizab melayu.

Tak dapat nafikan yang pembangunan ni for sure bagi manfaat dekat komuniti yang berdekatan - peluang pekerjaan jadi banyak. Harga hartanah kat area situ pun konfem naik!


5. Lebih banyak rumah untuk golongan berpendapatan rendah (B40)!

Dalam beberapa tahun ni, kita boleh nampak gomen banyak fokuskan untuk golongan berpendapatan rendah atau kumpulan B40 ada rumah sendiri. Belanjawan tahun ni pun tunjuk benda sama. 



Antara inisiatif gomen adalah:
  • RM1.2bn untuk sediakan rumah untuk pembeli berpendapatan rendah
  • RM500 juta untuk 14,000 unit Program Perumahan Rakyat (PPR)
  • RM315 juta untuk 3,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) dari Syarikat Perumahan Negara Berhad  (SPNB)
  • RM125 juta untuk repair rumah kos rendah yang dah rosak
  • RM310 juta untuk Program Perumahan Penjawat Awam Malaysia

BACA JUGAK: Beli Rumah Dengan Gaji Rendah - Ini Dana Rumah Mampu Milik Untuk Anda!

Secara jujurnya, kita boleh nampak yang inisiatif untuk sektor hartanah kali ni tak banyak sangat cam tahun-tahun sebelumnya. Nak wat camne - ada banyak lagi perkara lain yang gomen patut utamakan (Covid-19 kan…). Tapi, at least ada something dari takde.

Apa pendapat korang terhadap inisiatif-inisiatif ni? Cukup ke tak? Meh share ngan admin dengan komen kat sini!

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-apa-yang-perlu-dilakukan-kalau-terbeli-rumah-di-kawasan-banjir

ALAMAK! Terbeli Rumah Kat Kawasan Banjir, Apa Nak Buat?

 Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Pinjaman Hartanah Komersial: 3 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai

3 Tips Memilih Bank untuk Pinjaman Rumah yang Sesuai