Apa sebenarnye Dana BNM untuk rumah mampu milik?
Dana sebanyak RM1 bilion yang diwujudkan oleh BNM (Bank Negara Malaysia) untuk membantu golongan rakyat malaysia yang berpendapatan rendah bagi membiayai pembiayaan rumah pertama mereka dengan harga hartanah sehingga RM150,000.Dana ini akan tersedia selama 2 tahun bermula 2 Januari 2019 sehingga dana ini habis digunakan. Dana ini hanya boleh digunakan bagi pembelian rumah kediaman di pasaran utama sahaja iaitu rumah yang dijual oleh pihak pemaju perumahan termasuk yang masih dalam pembinaan.
Apa keistimewaan dana ini berbanding pembiayaan bank yang lain?
Untuk senang korang faham, apa yang best pasal dana ni berbanding dengan pinjaman perumahan yang lain, admin dah bandingkan siap-siap untuk korang kat bawah ni.
DANA BNM | PERBANDINGAN | PINJAMAN BANK BIASA |
---|---|---|
Kadar faedah sangat rendah iaitu 3.5% setahun | KADAR FAEDAH | Kadar faedah bergantung kepada pihak bank, secara purata bermula dari 4.5 % setahun. *mengikut perbandingan yang dilakukan di Loanstreet, kadar faedah boleh berubah mengikut ekonomi semasa |
Maksimum 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun yang mana lebih rendah | TEMPOH PEMBIAYAAN PINJAMAN | 30-35 tahun |
Wajib sebagai syarat proses permohonan pinjaman perumahan | PROGRAM PENDIDIKAN KEWANGAN OLEH AKPK | Tidak wajib |
Perbezaan besar yang korang boleh nampak adalah program pendidikan kewangan iaitu Rumahku oleh AKPK sebagai salah satu syarat wajib bagi korang untuk memohon dana BNM ni. Sebenarnye, ada sebab kenapa kerajaan wajibkan benda ni seperti:
- Korang sebagai pihak peminjam akan lebih terdedah kepada ilmu mengenai pembelian hartanah, secara tak langsung akan kurangkan risiko pembelian hartanah yang salah.
- Melalui program ini, korang boleh menilai komitmen kewangan dan kelayakan pinjaman yang boleh korang pohon.
Ada insentif tambahan lagi...
Kerajaan jugak ada tawarkan insentif tambahan di mana kos keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh korang untuk buat pinjaman dapat dikurangkan dengan:- Deposit bayaran pendahuluan boleh dimasukkan dalam jumlah pembiayaan (bergantung kepada penilaian pihak institusi kewangan)
- Kadar berpatutan untuk perlindungan gadai janji MRTA/MRTT
- Tiada yuran pemprosesan permohonan pinjaman
- Pengecualian duti setem oleh LHDN
Macam best je dana ni, saya layak tak ye?
Sebab dana ni terhad untuk bantu golongan yang berpendapatan rendah, ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sebelum korang memohon dana ni. Admin share syarat kelayakan untuk korang ni kat bawah:
- Warganegara Malaysia, dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM 2 300
- Bekerja makan gaji atau sendiri
- Tiada rekod pembiayaan lampau yang kurang baik untuk tempoh 12 bulan yang lalu
- Peminjam bersama dibenarkan dengan syarat peminjam bersama juga warganegara Malaysia
Semua bank terlibat ke untuk dana ni?
Bagi dana ini, ada beberapa institusi kewangan yang terlibat dan bukan semua bank terlibat tau! Jangan salah pergi serbu bank lain pulak ye! Jadi, admin dah listkan kat bawah bank yang terlibat dengan dana ni:- Ambank
- BSN
- CIMB Bank
- Maybank Bank
- RHB Bank
Tapi... ada syarat penting yang korang kena ikut...
Syarat penting bagi pembiayaan ini adalah dalam tempoh lima tahun pertama selepas tarikh pengeluaran pembiayaan terakhir, peminjam tidak dibenarkan menjual rumah yang telah dibeli dan akan dikenakan penalti sebanyak 2% atas jumlah baki pembiayaan sekiranya tak patuhi syarat. Syarat ini merupakan usaha yang bagus bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan terhadap kemudahan dana yang ditawarkan.
Ada beberapa impak yang diharapkan dapat membantu korang sebagai generasi muda untuk memiliki rumah ni melalui dana yang ditawarkan iaitu:
- Statistik pemilikan rumah dalam kalangan warganegara Malaysia berpendapatan rendah dapat ditingkatkan dengan perlaksanaan kadar faedah yang rendah dan ansuran bulanan yang lebih rendah apabila tempoh pembiayaan dipanjangkan
- Masalah lambakan unit rumah yang tidak terjual daat dikurangkan
- Syarat wajib bagi pendidikan kewangan secara tidak langsung dapat membantu pemohon lebih memahami proses pembelian rumah dan membuat pengiraan kos yang akan terlibat dalam proses pembelian rumah nanti
- Sekatan lima tahun dan penalti bagi penjualan rumah dapat mengelakkan penyalahgunaan dana oleh kerajaan sebagai langkah mengaut keuntungan.
Kesimpulannya, program ni sebenarnye merupakan satu usaha yang baik oleh kerajaan bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah. Walaupun program ini masih pada peringkat permulaan, tapi jika langkah penambahbaikan terus dilakukan, tak mustahil dana ini boleh memberi impak yang besar pada pasaran hartanah akan datang.
Untuk korang yang tak layak nak memohon dana BNM ni, jangan bersedih sebab korang masih boleh dapatkan loan rumah dengan kadar faedah yang masih lagi berpatutan tau! Korang boleh terus buat perbandingan kadar faedah pinjaman hanya di hujung jari di Loanstreet! Sebelum tu, jangan lupa check korang punya kelayakan pinjaman perumahan di sini. Semoga berjaya!