1. Apa tahap kewangan aku sekarang
Sebelum korang buat keputusan, nilai tahap kewangan korang ni dekat tahap mana? Tanya soalan ni dekat diri sendiri:
- Aku ni terjejas atau tak dari segi kewangan?
- Aku dah ada simpanan kecemasan ke belum?
- Aku mampu tak nak survive kalau tak ambik moratorium ni?
- Kalau aku ambik moratorium ni, apa faedah yang aku boleh dapat untuk baiki kewangan aku ni?
- Kalau aku ambik moratorium ni, ada effect apa-apa tak dekat kewangan aku?
Ingat jangan mudah terikut dengan nasihat orang lain, hanya diri korang je tahu apa tahap kewangan korang.
2. Tanya bank korang, apa yang akan berlaku sekiranya ambil moratorium
Setakat artikel ni ditulis, dah ada beberapa bank yang sudah buka permohonan dan ada yang akan buka mulai 7 Julai nanti. Nanti bila semua dah dikemaskini, tanya bank korang tentang syarat yang ditetapkan.
Setiap bank dan setiap jenis loan yang korang buat, ada syarat berbeza sama ada interest akan berjalan atau tidak. Yang ni, korang kena confirmkan dengan bank yang korang buat loan tu betul-betul.
Biasanya, moratorium ni akan effect sama ada ansuran bulanan korang bertambah atau tempoh pinjaman dipanjangkan. Yang penting, fahamkan betul-betul dan tanya pihak bank sampai korang betul-betul jelas.
Jangan bile korang dah ambik moratorium tapi tak faham apa yang akan effect, lepas tu nak marah orang lain ye. Sekali lagi ingat, pastikan korang tanya dan fahamkan betul-betul.
3. Dah cukup simpanan kecemasan atau belum?
Kalau simpanan kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan belum ada, ada baiknya ambil moratorium ini. Yang penting, pastikan bila ambil moratorium ini, duit itu disimpan dan diambil ke tabung kecemasan (boleh simpan di ASB atau tabung haji) jangan pergi ke lain. Jangan tak tau ke mana, atau buat-buat terbelanja .
Kalau rasa pekerjaan korang ni tak tahu stabil ke tak, boleh buat simpanan kecemasan sehingga 1 tahun gaji, untuk pastikan kewangan korang mampu bertahan.
4. Saya memang terjejas daripada segi pendapatan, perlu ke saya ambil moratorium ini?
Kalau memang terjejas dari segi pendapatan, kena potong gaji atau memang tak ada pendapatan lain, ambil moratorium ni untuk korang rancang kewangan. Gunakan betul-betul untuk survival, utamakan keperluan daripada kehendak.
Kalau korang dalam keadaan ni, rancang kewangan betul-betul, tak ada masa untuk membazir. Rancang kewangan dan kalau ada lebihan duit, simpan sebagai tabung kecemasan. Jangan menggatal nak join mana-mana skim pelaburan yang meragukan. Nanti duit entah ke mana, korang nak survive pun susah.
5. Kalau tak terjejas, perlu ambil ke tak?
Kalau korang tak terjejas, soalan ni tak ada jawapan yang betul atau salah. Ada beberapa situasi yang bagi korang yang tak terjejas ni.
Tak terjejas pendapatan tapi langsung tak ada simpanan, duit ada cukup-cukup untuk hidup
Yang ni, korang boleh gunakan moratorium untuk bina tabung kecemasan. Tabung kecemasan ni paling minimum 3 bulan gaji. Jangan main-main, korang tak tahu apa akan jadi masa depan tau!
Tak terjejas pendapatan tapi hutang bertimbun-timbun
Kalau hutang dah bertimbun-timbun, korang ada dua pilihan. Korang boleh gunakan duit lebihan dari moratorium untuk simpanan kecemasan atau selesaikan hutang yang paling kecil dahulu atau teknik snowball.
Sebenarnya, ada banyak cara untuk settlekan hutang dan korang boleh baca beberapa cara di sini. Bila korang dah settlekan salah satu hutang yang korang ada, at least setiap bulan lepas moratorium ni habis, korang dah ada cashflow yang positif atau duit lebih. Dengan duit lebih ni, boleh jugak masuk dalam tabung kecemasan.
Yang penting, jangan tutup lubang, gali lubang ye. Hapuskan hutang lama, buat hutang baru tu kurang cerdik ye uolls!
Tak terjejas langsung, simpanan kecemasan ada, hutang sikit
Kalau tak nak menanggung interest yang berjalan semasa moratorium, terjejas, teruskan bayar, tak payah ambil moratorium. Jangan melabur melainkan korang betul-betul yakin dan memang dah pakar dalam pelaburan tersebut.
Ingat, moratorium hanya penangguhan hutang, bukan pelepasan hutang serta dengan syarat-syarat bergantung kepada bank masing-masing.
6. Kalau saya nak melabur dengan duit yang disimpan masa moratorium
Sebenarnya, konsep melabur yang selamat ni, bila kau dah ada duit lebihan baru melabur. Bukannya tanpa simpanan kecemasan, hutang bertimbun, terus melabur. Sebab setiap pelaburan ada risikonya tersendiri. Kalau tak mahir, melabur pula boleh jadi melebur tanpa asas ilmu yang kukuh.
Kalau nak melabur pun,hanya bila korang yakin tidak melebur. Kaji betul-betul sebelum buat pelaburan dan pastikan korang-benar mahir. Selain melabur,korang jangan gatal masuk skim cepat kaya musim-musim ni. Ingat tu!
Sebenarnya, tiada jawapan salah atau betul sama ada patut atau tak korang ambik moratorium, semuanya bergantung kepada keadaan kewangan masing-masing. Gunakan sebaiknya peluang semasa moratorium ni dan jangan pula peluang ini jadi peleburan. Yang lebih bagus, pelaburan ilmu dan korang boleh dapatkan percuma kat Loanstreet!
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.